Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Lexus LM 500h Ultra Luxury 2024 untuk Australia dengan Dua Kerusi Kapten, Harga RM683k!
Roda4

Lexus LM 500h Ultra Luxury 2024 untuk Australia dengan Dua Kerusi Kapten, Harga RM683k!

Abang HirataBy Abang Hirata14/02/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TOYOTA Alphard dan Vellfire sudahpun dilancarkan di pasaran tempatan pada Oktober 2023 yang masing-masing berharga RM538,000 dan RM438,000.

Ini tempoh yang cepat kerana kedua-dua model itu baru saja diperkenal di Jepun pada Jun 2023. Bagaimanapun, ada satu model lagi belum dilancarkan, iaitu Lexus LM bagi meneruskan penawaran terdahulu.

Toyota dan Lexus tidak menunggu lama untuk memperkenalkan trio itu di pasaran dunia selepas diangkat sebagai model antarabangsa berbanding sebelum ini yang menumpukan pasaran terpilih.

Terbaharu, Lexus memaklumkan penawaran LM 500h Ultra Luxury di Australia dengan pemilihan nama yang langsung tidak berselindung bagi menyerlahkan kemewahannya.

Bahagian belakang hanya dipasang dua kerusi kapten dan penumpang ada ruang sepanjang 1,108mm dari pinggang hingga dinding pemisah depan yang boleh ditutup dengan satu sentuhan pada butang.

Kerusi itu boleh dilaras ke depan dan belakang sebanyak 480mm, dan direbahkan hingga 63º dengan bahagian Ottoman (penyandar kaki) dinaikkan untuk dibaringkan rata.

Inilah dikatakan banglo bergerak. Selain itu, sama seperti kerusi kapal terbang kelas pertama, kedudukan tersebut boleh ditegakkan dengan sentuhan butang.

Satu lagi kegunaan bermanfaat ialah pemanas kerusi yang boleh dinikmati pada bahagian perehat tangan dan Ottoman. Fungsi pengudaraan dan urutan juga boleh ditetap dan dilaras mengikut pilihan penumpang.

Mengenai trenkuasa, LM 500h Ultra Luxury digerakkan enjin 2.4L hibrid yang menghasilkan output kuasa 271hp, dan tork 460Nm dengan gabungan motor elektrik 366hp dan sistem pacuan semua roda (AWD) DIRECT4.

Ciri Lexus LM 500h Ultra Luxury Australia:

  • Kawalan suhu berasingan untuk penumpang dengan fungsi boleh laras bersasar menggunakan sensor matrik sinaran inframerah bagi mengesan suhu anggota badan secara terperinci (muka, dada dan lain-lainl) dan membuat pelbagai pelarasan suhu bersesuaian.
  • Peti sejuk dengan kompresor bunyi rendah untuk suasana kabin senyap.
  • Meja boleh simpan.

  • Kotak depan kerusi penumpang untuk simpanan barang dan dua ruang simpanan kecil pada konsol tengah.
  • Pengecas telefon wayarles dan dua port USB Type-C.
  • Skrin lebar saiz 48 inci, paling besar ditawarkan bagi kenderaan di Australia.
  • Boleh dijadikakan skrin interaktif untuk mesyuarat. Satu atau dua paparan terpisah dan slot fon kepala untuk penumpang berasingan.
  • Sistem bunyi Mark Levinson™2 Reference 3D Surround Sound System dengan 23 pembesar suara.
  • Tablet skrin sentuh untuk kawalan kerusi, media dan fungsi kabin.
  • Bumbung kaca berasingan untuk penumpang dengan penahan cahaya matahari.
  • Lampu ambien dengan 64 pilihan dan pancaran corak geometri pada lantai.
  • Pemegang payung sebelah pintu gelangsar.
  • Sistem suspensi adaptif dan brek ditala bagi meminimumkan kejutan (pitch and roll) ketika memecut, membrek dan melalui selekoh.
  • Menumpukan suasana kabin senyap dengan meminimum bunyi pada punca, mencegah bunyi masuk ke dalam kabin dan mengurangkan bunyi dalam kabin.
  • Pemijak sisi tersimpan dalam.

Di Australia, Lexus LM 500h Ultra Luxury ditawarkan pada harga bermula AUD$220,888 (RM683,240).

 

Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) Lexus Lexus Lm Lexus LM 500h Lexus LM 500h Ultra Luxury Lexus LM 500h Ultra Luxury 2024 Roda4
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Honda N-BOX 2026 – Wajah N-BOX Custom lebih garang!

    19/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    #KLIMS2026: Zeekr 009 Grand – MPV EV Ultra Mewah, Harga Anggaran RM600K

    18/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Honda Prelude Baharu Akhirnya Di Malaysia – Casis Type R, Harga RM278,000

    18/06/2026
    Auto Terkini

    Audi A6 allroad 2027, Wagon Versi Lasak Untuk Pelbagai Permukaan Jalan

    17/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.