Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Lewis Hamilton Jual Semua Koleksi Kereta Mewah Bernilai RM74 Juta
Auto Terkini

Lewis Hamilton Jual Semua Koleksi Kereta Mewah Bernilai RM74 Juta

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam25/09/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Selebriti F1, Lewis Hamilton memutuskan menjual semua koleksi kereta miliknya.

JUARA dunia Formula Satu (F1) tujuh kali, Lewis Hamilton memang sinonim dengan kereta, kelajuan dan gaya hidup mewah.

Namun keputusan beliau menjual keseluruhan koleksi kereta jalanan miliknya yang dianggarkan bernilai £13 juta (sekitar RM74 juta) nyata mengejutkan ramai peminat

Bercakap menjelang Grand Prix (GP) Azerbaijan 2025, Hamilton mengesahkan beliau kini tidak lagi memiliki sebarang kereta.

Saya sudah jual semua kereta saya. Sekarang saya lebih minat kepada seni. Kalau pun saya nak simpan satu kereta, mungkin Ferrari F40, itupun lebih sebagai karya seni,” katanya.

Minat Jalan Raya Semakin Pudar Sejak Lama

Lewis Hamilton dalam rancangan Netflix - 'My Next Guest Needs No Introduction' dengan David Letterman
Lewis Hamilton dalam rancangan 'My Next Guest Needs No Introduction' dengan David Letterman

Sebenarnya, kecenderungan Hamilton menjauhkan diri daripada kereta jalanan bukanlah perkara baharu. Dalam wawancara Netflix ‘My Next Guest Needs No Introduction’ dengan hos terkenal David Letterman pada 2019, beliau pernah membuat pengakuan jarang memandu kerana tidak benar-benar menikmati pengalaman berada di jalan raya.

Aku suka berlumba, tapi di jalan raya tiada persaingan. Lagipun banyak pemandu gila kat luar sana,” katanya sambil berseloroh.

Malah Hamilton pernah mendedahkan pengalaman ditahan polis kerana keretanya berbunyi bising. Menurutnya, ketika itu pegawai polis tersebut bertanya;

Hang fikir hang siapa, Lewis Hamilton?”

Bagaimanapun situasi itu menjadi lucu selepas pegawai tersebut akhirnya tersedar memang betul dia sedang bercakap dengan Hamilton sendiri.

Dari Diesel ke Elektrik

Lewis Hamilton dan Mercedes GL420 diesel miliknya.

Minat Hamilton terhadap kereta jalanan pernah mencetuskan kejutan dalam rancangan Top Gear selepas memberitahu Jeremy Clarkson kereta pilihannya ialah Mercedes GL420 diesel.

Aku boleh pasang rim 24 inci, duduk santai dan pandu. Itu saja yang aku perlu kat jalan raya,” katanya bersahaja.

Namun, sejak 2020, Hamilton hanya menggunakan Mercedes EQC elektrik, sebelum membuat pengakuan dalam rancangan Jimmy Kimmel Live (2022) yang beliau langsung tidak suka memandu kecuali jika boleh memecut laju.

Aku tak suka trafik, sebab buat aku stres. Aku lebih suka jadi penumpang je,” katanya.

Koleksi Ikonik Kini Jadi Sejarah

Lewis Hamiltaon bersama Pagani Zonda 760 LH Edisi Khas.
Lewis Hamiltaon dan Ferrari LaFerrari.

Koleksi Hamilton sebelum ini merangkumi model ikonik seperti Pagani Zonda 760 LH edisi khas dan Ferrari LaFerrari, selain beberapa supercar eksotik lain. Semua itu kini sudah dijual, seiring dengan minat baharunya dalam dunia seni.

Bagi seorang pelumba yang sering dianggap lambang kelajuan dan kemewahan, keputusan Hamilton meninggalkan kereta jalan raya mungkin tampak pelik. Namun, melihat rekod kenyataannya sejak beberapa tahun kebelakangan ini, langkah itu sebenarnya sudah lama dijangka.

Lewis Hamilton bersama Mercedes EQC
Lewis Hamilton bersama Mercedes GL420 diesel.
Lewis Hamiltaon bersama Pagani Zonda 760 LH Edisi Khas.
Lewis Hamilton bersama Ferrari LaFerrari.
Lewis Hamilton kini menjadi pelumba F1 untuk pasukan Scuderia Ferrari.
Lewis Hamilton bersama model klasik, Ferrari F40
Lewis Hamilton dalam rancangan 'My Next Guest Needs No Introduction' dengan David Letterman
Lewis Hamilton dalam rancangan Netflix - 'My Next Guest Needs No Introduction' dengan David Letterman

SUMBER: Motorsport.com

Auto Terkini F1 Ferrari LaFerrari Formula Satu (F1) Koleksi kereta Lewis Hamilton Lewis Hamilton Jual Koleksi Kereta Pagani Zonda 760 LH
Shazwan Hisam

Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

Artikel Berkaitan

LRT3 sudah 93.3 peratus siap
Auto Terkini

Projek LRT3 Lewat Siap, Kontraktor Berdepan Denda LAD RM474.8 Juta

04/03/2026
Harga diesel Semenanjung Malaysia
Auto Terkini

Perbelanjaan Subsidi Diesel Turun RM6.2 Bilion pada 2025, Kerajaan Jimat RM4 Bilion

04/03/2026
Volvo panggil balik Vovlvo EX30, masalah bateri overheating.
Auto Terkini

Pek Bateri Panas Lampau, Volvo Thailand Panggil Balik 1,668 Unit EX30

04/03/2026
Nozel pam minyak
Auto Terkini

Kerajaan Kekalkan Subsidi RON95 Walaupun Harga Minyak Global Tidak Menentu

04/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
Kenali jiwa motosikal anda
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…

By Shazwan Hisam01/03/2026
Auto Terkini

Baru 5 Minit Buka! Tiket Bas Balik Raya ke Kelantan Terus ‘Licin’

By Syafie25/02/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

By Shazwan Hisam27/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.