Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»LEVC L380, MPV Elektrik 6 dan 8 Tempat Duduk, Lancar Di China Pada 2024, Menyusul Ke Pasaran Lain
Auto Terkini

LEVC L380, MPV Elektrik 6 dan 8 Tempat Duduk, Lancar Di China Pada 2024, Menyusul Ke Pasaran Lain

Abang HirataBy Abang Hirata13/07/2024
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

LEVC (London Electric Vehicle Company) pada 12 Disember 2023 memperkenalkan L380, sebuah Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) janaan tenaga elektrik.

L380 juga langkah peralihan LEVC daripada pengeluar teksi kepada penyedia penyelesaian e-mobiliti.

Nama 380 mengingatkan kepada pesawat Airbus A380 dan reka bentuk MPV ini tampil ringkas dan tidak membawakan ciri-ciri tradisional teksi hitam London seperti lampu bulat dan jeriji besar.

L380 merupakan model pertama dibangunkan dari seni bina Space Oriented Architecture (SOA) Geely Holding Group yang diperkenal pada Mei 2023.

LEVC tidak memberikan maklumat terperinci kecuali didatangkan dalam pilihan enam atau tujuh tempat duduk dan bakal dilancar di China pada 2024 sebelum menyusul ke pasaran lain.

Apa yang menarik ialah L380 tidak menggunakan pelantar Sustainable Experience Architecture (SEA) seperti model elektrik lain di bawah kumpulan Geely.

Seperti yang diperkenal sebelum ini, MPV besar Zeekr 009 dan Volvo EM90 dibangunkan dari pelantar SEA.

SOA dibangunkan lebih tiga tahun lalu di pusat penyelidikan dan pembangunan di China, Sweden, United Kingdom dan Jerman.

Berikut ciri-ciri Space Oriented Architecture (SOA) seperti yang dikongsi semasa pelancaran:

Ciri-ciri umum

  • Lantai rata.
  • Komponen trenkuasa di depan untuk kelegaan ruang buat pemandu dan penumpang.
  • Bateri pada bahagian tengah.
  • Jarak langkah rendah.
  • Ruang simpanan di bawah ruang kargo, di belakang gandar belakang.

Ukuran

  • Panjang 4,860 mm – 5,995mm.
  • Lebar 1,945 mm – 1,998 mm.
  • Jarak roda 3,000  mm- 3,800mm.

Pacuan 

  • Depan, belakang atau semua roda

Kegunaan

  • Penumpang
  • Kargo dan komersial

Bateri

  • Pilihan bateri 73 kWj – 120 kWj.
  • Jarak pemanduan sehingga 695 km.
  • Pengecasan pantas.

LEVC L380:

LEVC Space Oriented Architecture:

LEVC LEVC (London Electric Vehicle Company) LEVC L380 LEVC Space Oriented Architecture
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Pemandu Mabuk Rempuh Palang Keselamatan Pintu 2 Istana Negara

23/01/2026
Auto Terkini

DENZA Malaysia Rai Ulang Tahun Pertama, Harga D9 Disahkan Kekal Hingga 2026

23/01/2026
Pemegang lesen memandu yang tamat tiga tahun tidak layak mendapat subsidi RON95
Auto Terkini

Tiada Lagi Bukti Perjalanan Luar Negara untuk Lesen Memandu Fizikal, Caj RM20

23/01/2026
Lepas L8
Roda4

Lepas Umum Perluas Rangkaian di Malaysia, Debut Separuh Pertama 2026

23/01/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/20261
Modenas Spider Ace 115 Tiga Roda
Roda2

Modenas Spider Ace 115: daripada Kapcai Standard Jadi Tiga Roda

By Syafie19/01/20261
Warga asing bawa lori sampah
Auto Terkini

JPJ Tak Halang Warga Asing Bawa Lori Sampah Kalau…

By Syafie21/01/2026
Modenas Z15GT 2026
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapa Modenas Guna Nama ‘Z15GT’?

By Syafie19/01/2026
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Benarkah Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie19/01/2026
Yamaha NMAX 155 ABS 2025 | Japan
Roda2

Yamaha NMAX 155 ABS 2026 Perkenal Warna Baharu untuk Jepun!

By Abang Hirata20/01/2026
Auto Terkini

Kawasaki Brusky 125 ‘Kembar’ Modenas Karisma 125 Terjual 17,000 Unit di Filipina

By Syafie15/01/2026
Auto Terkini

OMODA & JAECOO Malaysia Belanja Ang Pow Hingga RM18,888, Siap Servis Percuma 5 Tahun!

By Han Othman23/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.