Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Lepas Umum Perluas Rangkaian di Malaysia, Debut Separuh Pertama 2026
Roda4

Lepas Umum Perluas Rangkaian di Malaysia, Debut Separuh Pertama 2026

SyafieBy Syafie23/01/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Lepas L8

JENAMA automotif baharu dari China, Lepas (sebut: Leh-pas)mengumumkan strategi peluasan rangkaian pengedar di Malaysia sebagai persediaan menjelang pelancaran rasmi pasaran tempatan separuh pertama 2026.

Lepas Malaysia mendedahkan akan menubuhkan 20 cawangan jualan dan perkhidmatan di lokasi strategik merangkumi negeri-negeri utama di Semenanjung dan Malaysia Timur, dengan sasaran 30 cawangan menjelang akhir 2026.

Barisan SUV Dibina atas Platform NEV Global Chery

Logo LEPAS

Barisan model Lepas, terdiri daripada L4, L6 dan L8, dibangunkan berasaskan platform global, Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) serba baharu milik Chery Group.

Platform berkenaan direka untuk menyokong pelbagai saiz kenderaan dan konfigurasi trenkuasa, termasuk enjin pembakaran dalaman (ICE), sistem hibrid dan pacuan elektrik (EV) penuh, selari keperluan pasaran global yang semakin beralih kepada elektrifikasi.

Asas global Lepas disokong keupayaan penyelidikan dan pembangunan (R&D), kejuruteraan dan rantaian bekalan bertaraf dunia Chery Group, yang memiliki hampir 30 tahun pengalaman dalam industri automotif.

Falsafah Rekabentuk Berteras Keanggunan

Lepas dibangunkan berteraskan falsafah ‘Leopard Aesthetics‘ sebagai bahasa rekabentuk, ‘Exquisite Space‘ sebagai kekuatan produk, dan ‘Elegant Driving‘ sebagai teras pengalaman pemanduan.

Pendekatan itu bertujuan menjadikan keanggunan sebagai bahasa universal global, sejajar aspirasi jenama untuk memperkasa pengguna melalui falsafah ‘Drive Your Elegance‘.

Fokus Generasi Moden, Seimbang

Naib Presiden Eksekutif Chery Corporate Malaysia, Men Lin Bo berkata, Lepas direka khas untuk generasi moden yang yakin, kreatif dan berhubung secara digital.

Lepas dibangunkan untuk individu yang mencari keseimbangan antara kerjaya, keluarga dan minat peribadi, serta mengharapkan kenderaan mereka mencerminkan estetika dan gaya hidup masing-masing,” katanya.

Beliau berkata, peluasan rangkaian pengedar itu mencerminkan komitmen jangka panjang Lepas terhadap pasaran Malaysia, dengan tumpuan memastikan setiap pelanggan menikmati gabungan rekabentuk halus dan teknologi boleh dipercayai.

Jejak Global Semakin Kukuh

Lepas kini sedang membina kehadiran global dengan pantas, merangkumi pasaran Eropah, Timur Tengah, Afrika dan Asia Tenggara.

Perkembangan itu mencerminkan keyakinan komuniti global terhadap visi Lepas dalam menawarkan mobiliti inovatif berteraskan keanggunan.

Pelanggan di Malaysia bakal menjadi antara terawal merasai jenama yang dibentuk berasaskan kejuruteraan dipercayai, komitmen jangka panjang dan pengalaman pemanduan yang mengilhamkan keyakinan.

Pusat Pengalaman Gaya Hidup akan Diperkenal

Selain rangkaian pengedar, Lepas turut merancang memperkenal Pusat Pengalaman Gaya Hidup, khas di Lembah Klang.

Ruang imersif itu membolehkan pelanggan merasai konsep ‘Jenama Pilihan untuk Gaya Hidup Mobiliti Elegan‘ (Preferred Brand for Elegant Mobility Life) menerusi zon gaya hidup terpilih, selain memperkenalkan teknologi dan falsafah Teknologi Elegan Lepas (Lepas Elegant Technology).

Sorotan Rangkaian Lepas Malaysia

Antara perancangan utama rangkaian Lepas di Malaysia ialah:

  • 20 bilik pameran meliputi Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Pulau Pinang, Sarawak, Sabah dan negeri utama lain
  • 30 lokasi strategik menjelang Disember 2026
  • Kakitangan jualan dan servis terlatih di bawah program pensijilan Lepas Malaysia
  • Rangkaian bekalan alat ganti dan sistem jaminan komprehensif bagi mengekalkan standard kualiti perkhidmatan

Secara keseluruhan, pengumuman itu menandakan langkah awal penting Lepas dalam memasuki pasaran automotif Malaysia, dengan penekanan terhadap rekabentuk elegan, teknologi canggih dan pengalaman pemilikan menyeluruh.

Auto Terkini chery group LEPAS LEPAS Malaysia Roda4
Syafie

Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Syarikat Penerbangan Asia Mula Naikkan Harga Tiket

10/03/2026
Roda4

Porsche Pertimbang Satukan Model Taycan dan Panamera

10/03/2026
Auto Terkini

Chery TIGGO 7 Raih Empat Penarafan Keselamatan Lima Bintang Global

10/03/2026
Auto Terkini

JPJ Bakal Guna Dron Teknologi Tinggi Dalam Ops Hari Raya Aidilfitri

10/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

By Shazwan Hisam06/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.