Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Lepas 5 Negeri Layak Masuk Fasa 2 PPN, Ada 4 Lagi Negeri Bakal Menyusul?
Auto Terkini

Lepas 5 Negeri Layak Masuk Fasa 2 PPN, Ada 4 Lagi Negeri Bakal Menyusul?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju03/07/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

LIMA negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Perak, Pahang dan Perlis akan beralih dari Fasa 1 kepada Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula Isnin ini.

Keputusan itu dibuat apabila semua negeri itu berjaya memenuhi syarat utama nilai ambang seperti berikut:

  • Lebih 10 peratus penduduk sudah terima vaksin
  • Kapasiti katil Unit Rawatan Rapi (ICU) dan penyediaan rawatan kepada pesakit Covid-19 turun daripada paras kritikal ke paras sederhana.

BACA >>> Ini Dia Empat Fasa Pelan Pemulihan Negara

Secara ringkas, Kerajaan nampaknya sudah mengambil pendekatan fokus peralihan fasa ke fasa mengikut negeri. Semua negeri yang memasuki Fasa 2 PPN akan berpeluang menikmati kelonggaran dan beberapa sektor ekonomi boleh beroperasi semula seperti berikut:

ORANG AWAM

  • Rentas negeri dan daerah masih TIDAK dibenarkan KECUALI :
    • Pasangan jarak jauh (PJJ) BOLEH rentas daerah dan negeri bagi kes kecemasan TETAPI kena dapat kelulusan Polis Diraja Malaysia
    • Guru sekolah dan pelajar kelas peperiksaan DIBENARKAN rentas daerah dan negeri.
  • Restoran, kedai dan gerai makan, food truck, penjaja, medan selera dan kioks boleh beroperasi dari jam 6 pagi sampai 10 malam
  • Pasar tani dan pasar pagi DIBENARKAN operasi dari jam 7 pagi sampai 11 pagi tetapi terhad kepada enam barangan iaitu: sayur, buah, barangan runcit, ayam proses, makanan laut dan daging
  • Pasar minggu, pasar malam dan pasar tamu TIDAK DIBENARKAN dibuka
  • Semua aktiviti sukan dan rekreasi secara INDIVIDU dan TIADA SENTUHAN fizikal DIBENARKAN tetapi perlu ada penjarakan fizikal 2 hingga 3 meter. Antaranya ialah joging, senaman, taichi, berbasikal, main skateboard, memancing, ekuestrian, memanah, mendaki, tenis perseorangan, golf, permotoran dan seumpamanya.
  • Aktiviti keagamaan tertakluk kepada SOP dan pihak berkuasa agama negeri.

SEKTOR

Ada beberapa sektor pembuatan serta perdagangan dan pengedaran dibenarkan beroperasi di bawah Fasa 2 PPN iaitu

  • Pembuatan: Automotif (kenderaan dan komponen), seramik, kilang perabot bagi tujuan eksport, getah, simen, besi dan keluli
  • Perdagangan dan Pengedaran:  Kedai buku dan alat tulis, komputer dan telekomunikasi, barangan elektrik, kedai cuci kereta dan kedai gunting rambut (perkhidmatan gunting rambut asas sahaja)

4 LAGI NEGERI DALAM SENARAI?

Ada empat negeri lain menunjukkan prestasi positif mencapai nilai ambang untuk beralih ke Fasa 2 PPN iaitu Johor, Kedah, Pulau Pinang dan Sabah. Ini disebabkan semua negeri tersebut:

  • Mencatat kes purata bawah 4,000 kes selama tujuh hari dan
  • Penggunaan katil ICU kini di paras sederhana
  • Menuju kadar vaksinasi 10 peratus

Berhubung kes purata Covid-19, Johor catat 320 kes Covid-19 diikuti Kedah (218), Pulau Pinang (165) dan Sabah (217).

Kedah sebenarnya salah satu negeri yang berjaya melepasi kadar vaksinasi 10 peratus untuk penduduk dengan catatan 12.1 peratus. Tiga negeri lain masih belum memenuhi syarat itu dengan Johor sebanyak 9.5 peratus, Pulau Pinang (9.8 %) dan Sabah (7.8 %).

Untuk katil ICU pula, Sabah sudah beralih kepada paras sederhana tetapi Johor, Kedah dan Pulau Pinang nampaknya masih  pada tahap terhad.

Fasa 2 PPN Pelan Pemulihan Negara
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    20/06/2026
    Auto Terkini

    Honda N-BOX 2026 – Wajah N-BOX Custom lebih garang!

    19/06/2026
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    19/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026 Nissan X-Trail e-Power e-4ORCE Facelift Sah Tiba Di Malaysia Suku Keempat 2026

    By Shazwan Hisam12/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.