Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Lelaki Kesal Pemandu Waja Sawan Terbiar Pagi Hingga Petang Kerana Disyaki Mabuk
Auto Terkini

Lelaki Kesal Pemandu Waja Sawan Terbiar Pagi Hingga Petang Kerana Disyaki Mabuk

FarahBy Farah26/05/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEORANG lelaki berdepan detik cemas apabila diserang sawan ketika sedang memandu hingga menyebabkan kereta Proton Waja dipandunya terbabas masuk ke dalam longkang.

Apa menyedihkan, ketika berdepan situasi getir itu, tiada yang datang membantu atau membuat panggilan kecemasan kerana menyangka pemandu tersebut sedang mabuk.

Kisah itu diceritakan seorang lelaki, Mady Abdul Sani yang meluahkan kekecewaannya terhadap sikap orang awam yang mementingkan diri dan dianggap sudah hilang rasa peduli terhadap manusia lain.

Menurut Mady, dia dimaklumkan kereta itu sudah berada dalam keadaan demikian sejak pagi lagi, tetapi tiada datang membantu sebelum kehadirannya kerana menyangka pemandu tersebut dalam keadaan mabuk.

Aku balik rumah hari ni dalam pukul 2.15 petang. Aku nampak satu kenderaan masuk dalam longkang. Bila aku teliti rupanya ada seorang lelaki berbangsa India tertunduk dalam kenderaan sambil tercungap-cungap.

“Aku didatangi beberapa warga indonesia memberi tahu kenderaan ni terbiar dari pagi lagi. Orang lalu lalang langsung tak peduli apa yang terjadi sebenarnya. Beratus kenderaan dan manusia lalu lalang di sini.

“Warga indonesia seorang tu kata ‘India ni mabuk bang’. Aku sanggah. Aku tak rasa begitu. Di jalan yang lurus boleh melencong ke tepi lalu melanggar SUM longkang sampai macam tu sekali hingga masuk ke longkang. Mesti ada yang tak kena.

“Aku call pihak PDRM dan call 999 untuk bantuan ambulans. Ambulans dari HTAR (Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang) datang selepas 20 minit. Bila check tengok, rupanya mangsa terkena sawan dalam kenderaan ketika sedang memandu dan mengakibatkan berlakunya kemalangan.

“Apa yang aku kesalkan sini, beratus orang lalu lalang takde siapa peduli. Nampak saja kulit gelap bangsa India terus cop ‘India Mabuk’.

Sangkaan aku benar, sama ada sakit jantung ataupun terkena sawan. Rupa-rupanya betui terkena sawan. Dan aku dapat tahu lagi, tadi tengah hari ada saksi memberitahu dah ada orang yang dah menjenguk, tetapi lepas tu mangsa dibiarkan begitu sahaja. Apa salahnya, call pihak polis atau pihak ambulans,” katanya.

Sementara itu, rata-rata netizen berpendapat mungkin ramai yang menyangka kenderaan itu dibiarkan kerana pemandu itu lambat menerima bantuan atau bimbang menjadi mangsa sindiket penipuan.

Apapun, syabas dan terima kasih atas keprihatinan Mady membantu mangsa tersebut.

BACA>>> Penunggang Mengaku Tidak Bersalah Belasah Warga Emas
BACA>>> Kongsi Video Pemandu Myvi Cari Gaduh, Tapi Tak Sangka Sendiri Kena Kecam!

Auto Terkini pemandu disangka mabuk pemandu kena sawan Waja
Farah

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Honda Super-N Diperkenal, Hanya GBP20k (RM106k)!

    10/04/2026
    Auto Terkini

    Denza Z9GT: Shooting-Brake China Kini Di Eropah, Fungsi Crab-Walk, EV dan Hibrid

    10/04/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    Kerajaan Teliti Mekanisme MyKad, MyKasih untuk Subsidi Diesel

    10/04/2026
    Kerajaan cadang letak polis di stesen minyak sempadan
    Auto Terkini

    Kerajaan Teliti Letak Polis di Stesen Minyak Sempadan

    09/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

    By Syafie10/04/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
    Auto Terkini

    Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Yamaha Tenere 700 2026
    Roda2

    HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Pakej aksesori Mitsubishi Xforce 2026
    Aksesori

    MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700!

    By Syafie09/04/2026
    Moto Morini X-CAPE 700 2026
    Roda2

    Moto Morini X-CAPE 700 2026 Kini di Malaysia, Harga RM33,888

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Chear Motorrad rasmi membuka bilik pameran, jualan dan servis baharu motosikal BMW di Shah Alam.
    Auto Terkini

    Chear Motorrad Shah Alam Rasmi Buka – Bilik Pameran Motosikal BMW Serba Lengkap

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Ford Ranger Super Duty โ€“ 209 Horsepower, Harga Hampir RM200k di Thailand

    By Shazwan Hisam01/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.