Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Lelaki Ini Menabung Lebih Setahun untuk Beli Motosikal Tunai, 5 Jam Baru Selesai Kira
Auto Terkini

Lelaki Ini Menabung Lebih Setahun untuk Beli Motosikal Tunai, 5 Jam Baru Selesai Kira

AryonBy Aryon20/08/2021
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MEMILIKI barang impian memang jadi cita-cita banyak orang, termasuk kenderaan.

Pelbagai cara dilakukan bagi memenuhi impian memiliki kenderaan idaman dan inilah dilakuakn seorang warga Indonesia, Daniel Budi yang berjaya membeli skuter impiannya secara tunai hasil kegigihan menabung selama dua tahun!

Daniel membeli skuter Yamaha Lexi 125 dengan menggunakan wang syiling yang dibungkus dalam bungkusan kantung dan  dibawa ke pengedar Yamaha di Mataram, Jawa Tengah.

BACA >>> Komaki XGT X5 – Skuter Elektrik untuk Penunggang OKU, Warga Emas India
BACA >>> Kymco KRV 180 Lancar, Skuter Maksi Urban dengan Gaya Sporty!

Walaupun mengambil masa untuk mengiri semua wang tersebut, wakil pengedar Yamaha Mataram Sakti Setiabudi tetap menerima cara pembayaran unik Daniel dan pekerjanya sanggup mengira wang dikumpulkan itu hingga selesai.

Pengurus Yamaha Mataram Sakti Setiabudi, Ayuni Wulan berkata;

Menerima bayaran pembelian motosikal secara tunai bukanlah asing bagi kami, tetapi dengan wang pecah yang banyak adalah perkara baru kami. Tambahn lagi dalam keadaan pandemik hari ini, tetapi kami terima dengan penuh syukur dan mengira dengan hati-hati mengikut standard protokol kesihatan ketat.”

Apa yang unik dengan duit tabung Daniel? Wang dibawa lelaki itu datang dalam pelbagai jenis, daripada syiling 500 rupiah dan 1,000 rupiah hingga wang kertas 1,000, 2,000, 5,000 dan 10,000 rupiah.

Daniel berkata, wang tabungan itu dikumpul selama setahun tujuh bulan yang diambil daripada perbelanjaannya.

Pentingnya, saya mesti menabung setiap hari, tidak kira bera pun nilainya. Kereta dengan menggumpulkan wang sedikit demi sedikit, maka saya optimis keinginan saya memiliki Yamaha Lexi akan ada,” kata Daniel.

Tempoh mengira semua wang tabungan Daniel itu mengambil masa lima jam dengan jumlah keseluruhan 22 juta rupiah (RM6,450).

Lexi dilancarkan di Indonesia pada 2018 dan harga atas jalan di pasaran republik itu ialah 24.7 juta rupiah (RM7,240). Model itu termasuk dalam barisan skuter maksi Yamaha dengan kapasiti enjin paling kecil, 125cc dan dilengkapkan ciri terkini seperti lampu hazard, ruang simpanan bawah pelana luas, dan port pengecas, manakala enjin menggunakan teknologi BlueCore Yamaha yang jimat minyak.

Apapun, kegigihan Daniel menabung untuk memiliki motosikal impian wajar dijadikan telasdan, terutama kepada golongan muda Malaysia yang kebanyakannya cenderung mahu berhutang. Kata orang, takkan sama geran di tangan dan geran di kedai motor.

BACA >>> Yamaha Lexi S ‘Maxi Signature’ Kini dengan Kemasan Keemasan
BACA >>> Ola S1 – Skuter Elektrik Teknologi Tinggi, Ada Arahan Suara, Harga Mula RM4.5k!

SUMBER: AutoNetMagz.com

 

Auto Global Auto Terkini Cerita Inspirasi Indonesia Menabung Beli Motor roda2 Yamaha Lexi Yamaha Lexi S
Aryon

Artikel Berkaitan

Roda4

Leapmotor C10 PLUS, C10 PLUS ‘Night Edition’ Rasmi Dilancar, Harga Mula RM148k!

27/02/2026
Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Auto Terkini

Petron Catat Untung Bersih RM246 Juta Sepanjang 2025

27/02/2026
Kenderaan terbiar Shah Alam
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang kuasa PBT adalah terhad kecuali.. – KPKT

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.