Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»LEKAS Aktif ‘Smart Lane’ Mula Hari Ini, Tangani Kesesakan Waktu Puncak
Auto Terkini

LEKAS Aktif ‘Smart Lane’ Mula Hari Ini, Tangani Kesesakan Waktu Puncak

SyafieBy Syafie12/02/2026
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

LEBUHRAYA Kajang-Seremban Sdn Bhd (LEKAS) kini mengaktifkan sistem Smart Lane di beberapa seksyen terpilih bermula Khamis ini sebagai langkah mengurangkan kesesakan trafik pada waktu puncak pagi dan petang.

Pelaksanaan tersebut melibatkan laluan:

Arah Utara

  • KM1.0 hingga KM0.1
  • Dari Persimpangan Kajang Selatan (LEKAS) ke Persimpangan Kajang Perdana (SILK) menuju Putrajaya

Arah Selatan

  • KM0.0 hingga KM0.4
  • Dari Persimpangan Kajang Perdana (SILK) ke Persimpangan Kajang Selatan (LEKAS)

Menurut kenyataan LEKAS, pelaksanaan Smart Lane ini sudah mendapat kelulusan daripada Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai pelan mitigasi bagi meningkatkan kelancaran trafik serta memperkukuh tahap keselamatan jalan raya di lokasi yang sering mengalami kesesakan.

Lorong Kecemasan Diguna Secara Sementara

Sistem Smart Lane ini mengoptimumkan penggunaan ruang jalan sedia ada dengan membenarkan penggunaan sementara lorong kecemasan sebagai lorong tambahan ketika waktu operasi tertentu.

Bagi memastikan keselamatan pengguna, LEKAS akan memasang:

  • Kon trafik di lokasi terpilih
  • Lampu amaran
  • Papan tanda panduan
  • Paparan “Smart Lane Mula” dan “Smart Lane Tamat”
  • Lampu LED hijau yang menyala apabila lorong dibuka

Lorong kecemasan akan dikembalikan kepada fungsi asal di luar waktu operasi.

Kurangkan Weaving, Tingkat Kapasiti Jalan

Ketua Pegawai Operasi LEKAS, Chua Lay Hoon berkata, pengaktifan Smart Lane mencerminkan komitmen berterusan syarikat dalam pengurusan trafik secara proaktif, khususnya di kawasan persimpangan kritikal.

Menurut beliau, penggunaan sementara lorong kecemasan serta penambahbaikan papan tanda destinasi disasarkan untuk:

  • Meningkatkan kapasiti jalan
  • Mengurangkan pergerakan silang (weaving)
  • Memperbaiki aliran trafik

Pelaksanaan ini akan dipantau dan dinilai secara berterusan bagi memastikan keberkesanannya.

SUMBER: AstroAwani

Auto Terkini Lebuhraya Kajang-Seremban Sdn Bhd (LEKAS) Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Smart Lane
Syafie

Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

Artikel Berkaitan

KTM Komuter
Auto Terkini

KTMB Tambah 46,000 Tiket ETS, EMUPlus Sempena Tahun Baharu Cina

12/02/2026
Auto Terkini

PROTON S70 2026 Empat Silinder Kini Dalam Pasaran, Harga Mula RM73,800

12/02/2026
Wmotot Island 150i dan Hawk 200i lancar di Malaysia
Roda2

WMoto Island 150, Hawk 200i Masuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM6,688

12/02/2026
Roda2

Cyclone RA600 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM25,888

11/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Gong Xi Eid Bersama EON 2026
Auto Terkini

Gong Xi Eid Bersama EON: Rebat hingga RM58k, Faedah Rendah dan Pelbagai Hadiah Menanti Tiga Hari Sahaja!

By Han Othman05/02/2026
Morbidelli N125V 2026
Roda2

Morbidelli N125V 2026 dengan Enjin V-Twin 125cc, Frem Trellis dan Monoshock

By Abang Hirata04/02/2026
Mitsubishi Xforce 2026 serba baharu dihasilkan CKD di kilang di Pekan
Auto Terkini

Mitsubishi Xforce 2026 Serba Baharu CKD dari Kilang di Pekan, Pahang

By Syafie10/02/2026
Roda2

Yamaha Tracer 9 GT Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM71,888!

By Syafie30/01/2026
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Januari 2026, Proton Saga Jadi ‘King’ Baru!

By Syafie11/02/2026
Roda2

CFMoto 250 Dual 2026 Rasmi Lancar untuk Pasaran Malaysia, Harga RM9,888!

By Syafie03/02/2026
Auto Terkini

Chery Malaysia Dedah Empat Model SUV Bakal Dilancar Tahun Ini

By Syafie03/02/2026
Auto Terkini

Honda Malaysia Sasar 60,000 Unit, Lancar Enam Model Baharu Tahun 2026

By Shazwan Hisam11/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.