
SESI penyerahan kenderaan di Zeekr Space Sunway City pada Jumaat lalu, bukan penyerahan yang biasa tetapi menjadi satu simbolik perjalanan baharu apabila legenda badminton negara, Lee Chong Wei secara rasmi menerima SUV elektrik premium, Zeekr 7X.
Majlis tersebut menandakan penyertaan beliau sebagai pemilik rasmi Zeekr 7X, sekali gus menyertai komuniti pengguna yang dipacu inovasi, teknologi dan mobiliti masa depan.

Kehadiran ikon sukan negara itu turut mencerminkan keyakinan terhadap jenama EV premium yang semakin berkembang di Malaysia.
Simbol Kepercayaan, Permulaan Baharu

Momen menandatangani papan alu-aluan bukan sekadar formaliti, tetapi melambangkan kepercayaan, hubungan dan komitmen bersama terhadap kemajuan mobiliti elektrik.
Penyerahan Zeekr 7X kepada Lee Chong Wei bukan hanya tentang pemilikan kenderaan baharu, tetapi permulaan kepada pelbagai perjalanan akan datang – didorong ketepatan kejuruteraan, prestasi dan semangat untuk terus bergerak ke hadapan.
Dengan reputasi sebagai juara dunia yang sinonim dengan disiplin dan kecemerlangan, pemilihan Zeekr 7X dilihat selari dengan imej progresif dan gaya hidup moden beliau.




