Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Lebuhraya DASH Buka Kepada Orang Ramai Esok, Percuma Sampai 30 November 2022
Auto Terkini

Lebuhraya DASH Buka Kepada Orang Ramai Esok, Percuma Sampai 30 November 2022

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju13/10/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

LEBUHRAYA Bertingkat Damansara Shah-Alam (DASH) dirasmikan hari ini dan dibuka kepada orang awam bermula jam 12.01 pagi, 14 Oktober 2022. Pengguna boleh menggunakan kemudahan itu secara percuma sehingga 30 November 2o22.

Jajaran DASH merupakan penghubung antara bahagian timur dan barat Lembah Klang itu adalah sepanjang 20.1km, bermula dari Puncak Perdana ke Penchala.

Setiap laluan dua hala mempunyai tiga lorong dengan setiap satu berukuran 3.5 meter. Lorong kecemasan pula selebar 3 meter. Lebuhraya DASH merangkumi 90 peratus bertingkat dan bakinya pula atas tanah.

Selain itu, Lebuhraya DASH turut bersambung dengan tiga lebuh raya lain iaitu:

  • Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE)
  • Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP)
  • Penchala Link, Skim Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT)

BACA >>> #TahukahAnda: 30 Fakta Menarik Anda Perlu Tahu Tentang Lebuhraya DASH

Sekadar makluman, ada tiga plaza tol iaitu Denai Alam, RRIM (Kwasa Damansara) dan Kota Damansara. Ada dua kawasan rehat dan rawat (RnR) di kedua-dua arah Plaza Tol Denai Alam (RSA Denai Alam) yang bakal dibina. Plaza Tol RRIM (Kwasa Damansara) lebih komprehensif dan ada dua hentian sebelah di kedua-dua arah.

Kemudahan baharu itu dikatakan mampu mengurangkan kesesakan trafik di Persiaran Mokhtar Dahari (39 peratus), Jalan Sungai Buloh (33 peratus) dan Persiaran Surian (43 peratus).

Malah masa perjalanan dari Puncak Perdana ke Penchala dapat dikurangkan 60 minit iaitu dari 90 minit sebelum ini mengikut laluan biasa kepada cuma 30 minit.

Lebuhraya Bertingkat Damansara Shah-Alam (DASH)
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Aprilia RS 660, RS 457 Kuasai Pasaran Itali, Pegang Lebih 21% Segmen Sport Bike

    23/03/2026
    Auto Terkini

    Honda N-VAN 2026, Varian Turbo Baharu, Harga Mula RM37 Ribu

    20/03/2026
    Auto Terkini

    Pikap Comel Toyota Pixis Truck 2026 Jepun Dengan Keselamatan Pintar, Serendah RM28 ribu!

    20/03/2026
    Auto Terkini

    Mazda CX-60 dan CX-80 2026 Jepun, Naik Taraf dan Gugur Varian Untuk Mudah Pilih

    19/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Honda Rebel 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

    By Shazwan Hisam13/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    QJMotor AX200s recall
    Auto Terkini

    Isu Mufler Retak: QJMotor Malaysia Panggil Balik Skuter AX200s

    By Shazwan Hisam17/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PMX Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tol
    Auto Terkini

    Diskaun Tol 50 Peratus Sempena Aidilfitri 2026!

    By Shazwan Hisam18/03/2026
    WMoto NX150S 2026
    Roda2

    Skuter Urbah, WMoto NX150S 2026 Lancar di Malaysia, Harga RM6,688

    By Shazwan Hisam16/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.