Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Lebih 54,000 Aduan Kerosakan Jalan Diterima Menerusi MYJalan
Auto Terkini

Lebih 54,000 Aduan Kerosakan Jalan Diterima Menerusi MYJalan

SyafieBy Syafie23/02/2026
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Ahmad Maslan - peruntukan baiki jalan berlubang.

SEBANYAK 54,055 aduan kerosakan jalan diterima menerusi aplikasi MYJalan bagi tempoh Ogos 2023 hingga Januari 2026.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Ahmad Maslan berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 16,671 aduan (30.8 peratus) melibatkan Jalan Persekutuan, lebuh raya dan jalan negeri di bawah seliaan Kementerian Kerja Raya (KKR).

Selebihnya membabitkan jalan di bawah kementerian atau agensi lain.

Lebih 15,000 Aduan Selesai

Berikut jumlah aduan yang masih dalam proses dan sudah selesai:

  • 1,511 aduan masih dalam siasatan
  • 15,160 aduan sudah selesai bagi jalan di bawah KKR

Walaupun bukan di bawah bidang kuasa KKR, aduan yang diterima tetap disalurkan kepada kementerian atau agensi berkaitan bagi tindakan lanjut.

KKR mengamalkan dasar ‘tiada pintu yang salah’, iaitu semua aduan diterima tanpa mengira kategori jalan,” katanya.

Pendekatan itu meliputi jalan bandar, kampung, pertanian, jalan di Sabah dan Sarawak serta jalan persendirian.

Penyelenggaraan Dilaksana Secara Rutin, Berkala

Mengulas pelan penyelenggaraan, Ahmad berkata KKR melaksanakan kerja penyelenggaraan Jalan Persekutuan secara rutin dan berkala.

Antara kerja rutin termasuk:

  • Penampalan lubang
  • Penyelenggaraan longkang
  • Penyelenggaraan bahu jalan
  • Pemotongan rumput
  • Kerja berkaitan keselamatan jalan

Pelaksanaan dibuat mengikut pusingan dalam perjanjian penswastaan syarikat konsesi di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Bagi penyelenggaraan berkala pula, ia merangkumi kerja turapan dan bukan turapan, tertakluk kepada kelulusan peruntukan dari semasa ke semasa.

Saluran Aduan Rakyat Semakin Aktif

Jumlah aduan yang tinggi menunjukkan tahap kesedaran rakyat untuk melaporkan kerosakan jalan semakin meningkat.

MYJalan kini menjadi antara platform utama bagi menyalurkan aduan secara terus kepada pihak berkuasa, sekali gus mempercepat tindakan pembaikan demi keselamatan pengguna jalan raya.

SUMBER: AstroAwani

Ahmad Maslan Jalan Berlubang Kementerian Kerja Raya (KKR) MYJalan
Syafie

Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

Artikel Berkaitan

Anthony Loke cadang kurangkan parkir di projek dekat LRT
Auto Terkini

Waktu Puncak Rapid Rail Dilanjutkan Sempena Ramadan 2026

23/02/2026
Auto Terkini

#TahukahAnda Kereta Sendiri, Kereta Api atau Kapal Terbang, Mana Paling Berbaloi Guna?

23/02/2026
Auto Terkini

JKDM Johor Sita 42 Kenderaan Mewah Bernilai RM22j Dalam Ops Terma

23/02/2026
Auto Terkini

#F12026: Lima Perkara Perlu Diperhati Dalam F1 2026

23/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

Cyclone RA600 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM25,888

By Syafie11/02/2026
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Januari 2026, Proton Saga Jadi ‘King’ Baru!

By Syafie11/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Auto Terkini

Yamaha PG-1 2026 Tampil Warna Baharu, Harga Kekal RM6,998

By Shazwan Hisam11/02/2026
Wmotot Island 150i dan Hawk 200i lancar di Malaysia
Roda2

WMoto Island 150, Hawk 200i Masuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM6,688

By Syafie12/02/2026
Ducati Formula 73 2026
Roda2

Ducati Formula 73 – Cafe Racer Edisi Terhad 873 Unit Sempena Ulang Tahun ke-100!

By Abang Hirata13/02/2026
PLUS mula projek rintis ANPR
Auto Terkini

200,000 Pengguna Muat Turun Aplikasi JustGO Malaysia untuk Sistem ANPR

By Syafie20/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.