• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Lebih 470 Orang Pandu Uji SUV Mewah JAECOO J7 dalam Empat Hari

Lebih 470 Orang Pandu Uji SUV Mewah JAECOO J7 dalam Empat Hari

May 14, 2024 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


LEBIH 470 orang tidak melepaskan peluang memandu uji dua varian kenderaan utiliti sukan (SUV) mewah JAECOO J7 dalam tempoh empat hari di BÖN Estates Gallery di Bangsar, Kuala Lumpur.

Varian disediakan ialah J7 AWD (pacuan semua roda) dan 2WD (pacuan dua roda). Selain itu, acara itu turut menerima kunjungan kira-kira 2,000 orang yang mahu mengenali SUV tersebut lebih dekat.

Menurut JAECOO Malaysia, rata-rata individu yang menyertai sesi pandu uji tersebut dapat merasai prestasi enjin SUV itu dengan mencuba teknologi Kawalan Jelajah 7-tetapan dan memahami pakej teknologi yang ada pada model berkenaan.

Ciri lain yang menambat hati pengunjung ialah kabin teknologi pintar J7 menerusi unit infotainmen 14.8 inci, kamera 540º, pengecas wayarles 50W dan sistem bunyi keliling SONY.

Naib Presiden JAECOO, Emily Lek berkata;

JAECOO Malaysia gembira menjalin kerjasama dengan jenama seperti BÖN Estates untuk menawarkan pengalaman terbaik kepada pelanggan. Kami berbesar hati mengumumkan sesi pandu uji J7 mendapat sambutan baik.

"Kami mencatat lebih 400 janji temu untuk sesi pandu uji J7. Kaji selidik dilakukan mendapati ramai orang yang mencuba SUV itu tertarik dengan aspek daya tork, keupayaan dan pengendalian, elemen mesra pengguna serta sistem suspensi multilink J7."

Sesi pandu uji J7 akan diteruskan di BÖN Estates Gallery. Jika berminat, anda perlu membuat janji temu menerusi laman web JAECOO Malaysia terlebih dulu.

Selain itu, orang ramai juga berpeluang memandu uji JF di Malaysia Autoshow 2024 bermula 22 hingga 24 Mei ini.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: autoterkini, Emily Lek, JAECOO J7, JAECOO Malaysia, Malaysia Autoshow 2024, Roda4, SUV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
    Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
  • Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
    Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
  • Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
    Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
  • Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar
    Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my