• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Lebih 42,000 Kenderaan Singapura Belum Aktif RFID VEP

Lebih 42,000 Kenderaan Singapura Belum Aktif RFID VEP

July 1, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

JPJ Malaysia kuasa permit VEP untuk pemandu Singapura.
JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) memulakan penguatkuasaan penuh Permit Kemasukan Kenderaan (VEP) bermula jam 12.01 tengah malam tadi melibatkan kenderaan berdaftar Singapura yang memasuki Malaysia tanpa pengaktifan tag RFID.

Walaupun majoriti pemilik kenderaan sudah mematuhi arahan, terdapat lebih 42,000 kenderaan yang belum mengaktifkan tag RFID masing-masing setakat 29 Jun lalu.

42,000 Lagi Kenderaan Belum Aktifkan RFID

Tag RFID VEP

Setakat ini, JPJ sudah mengeluarkan 248,504 tag RFID kepada kenderaan persendirian individu berdaftar di Singapura, namun hanya 206,088 tag (82.93 peratus) yang diaktifkan. Baki 42,416 kenderaan masih belum melengkapkan proses pengaktifan walaupun sistem VEP kini dikuarkuasaan sepenuhnya.

Bagi kenderaan milik syarikat pula, sebanyak 3,765 tag dikeluarkan dan semuanya sudah diaktifkan. manakala permohonan pradaftar bagi kategori ini pula mencecah 19,690 unit setakat tarikh sama.

Pemeriksaan Dilaksanakan Bermula di Johor

Sebanyak 55 anggota JPJ digerakkan untuk operas khas sempena penguatkuasaan ini, bermula berhampiran CIQ Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Johor Bahru. Fokus utama adalah kenderaan asing yang belum berdaftar atau belum mengaktifkan tag RFID.

JPJ memaklumkan buat masa ini tindakan tertumpu kepada pematuhan VEP dan belum melibatkan saman tertunggak lain seperti saman JPJ atau polis. Bagaimanapun, tindakan susulan terhadap saman tertunggak dijangka dilaksanakan dalam tahun ini.

Kompaun RM300 Jika Gagal Aktifkan Tag

Permit VEP untuk pamendu asing

Pemilik kenderaan Singapura yang masih gagal mengaktifkan tag RFID akan dikenakan kompaun RM300, selaras dengan Seksyen 66H(7) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).

Malah, kenderaan terbabit tidak dibenarkan meninggalkan Malaysia sehingga kompaun diselesaikan dan tag VEP diaktifkan.

JPJ turut menyediakan unit bergerak di lokasi penguatkuasaan bagi memudahkan pemilik menyelesaikan kompaun serta pengaktifan RFID secara serta-merta.

Fokus Penguatkuasaan di Johor Sebelum Diperluas

Buat permulaan, penguatkuasaan dijalankan secara berkala di lokasi strategik sekitar Johor, memandangkan negeri ini menjadi pintu masuk utama rakyat Singapura. Tindakan akan diperluas ke negeri lain yang menjadi laluan utama kemasukan kenderaan asing ke Malaysia.

JPJ menyeru semua pemilik kenderaan Singapura agar segera melengkapkan pendaftaran, pemasangan dan pengaktifan tag RFID bagi mengelakkan kesulitan semasa memasuki atau keluar dari negara ini.

Fakta Penting VEP RFID 2025

Kaunter JPJ untuk permit VEP

  • 42,416 kenderaan Singapura belum aktifkan tag RFID
  • Semua kenderaan milik syarikat telah aktifkan RFID
  • Penguatkuasaan bermula 1 Julai 2025, jam 12:01 pagi
  • Kompaun RM300 jika gagal aktifkan VEP
  • Tidak boleh keluar dari Malaysia jika belum selesaikan kompaun
  • JPJ sediakan unit bergerak untuk pengaktifan dan bayaran terus
  • Pusat VEP Danga Bay beroperasi 24 jam setiap hari

SUMBER: AstroAwani

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Permit Kemasukan Kenderaan (VEP), Singapura

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
    Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
  • 10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
    10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
  • Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
    Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev