Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Lebih 40 Jenama Automotif Sertai Pameran Motor Antarabangsa Bangkok (BIMS) 2023!
Auto Terkini

Lebih 40 Jenama Automotif Sertai Pameran Motor Antarabangsa Bangkok (BIMS) 2023!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju07/03/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

LEBIH 40 jenama kereta dan motosikal mengesahkan menyertai Pameran Motor Antarabangsa Bangkok (BIMS) ke-44 yang bakal berlangsung 12 hari bermula 22 Mac ini di Thailand.

Pameran tahunan itu, anjuran Grand Prix Company International Public Company Limited (Grand Prix International), akan berlangsung di Challenger Hall, IMPACT Muang Thong Thani di Thailand, melibatkan ruang pameran seluas 170,960 meter persegi.

BACA >>> Honda Vario 125 (2023) Lancar Ahad Ini (12 Mac), Harga RM6.8k?
BACA >>> WMoto Bobbie VII 700cc Lancar Ahad Ini, Harga Anggaran RM35k?

PERINCIAN BIMS 2023

  • Lokasi Challenger Hall 1-3, Impact Muang Thong Thani
  • Bertemakan ‘COLORFUL EXPERIENCE, an experience of all colors’
  • Tiket masuk cuma 100 baht (RM13)
  • Maklumat lanjut boleh layari laman web www.motorshow.in.th
  • Ada acara e-Racing iaitu Gran Turismo Pro Series Thailand Championship 2023.

VIP, Media

  • 20 Mac 2023 (Isnin): Khas tetamu VIP dan jemputan istimewa (12 tengah hari-8 malam)
  • 21 Mac 2023 (Selasa): Khas pengamal media (9:59 pagi-6 petang)

ORANG AWAM

  • Pintu pameran dibuka kepada orang awam selama 12 hari bermula 22 Mac – 2 April 2023.
  • Waktu operasi hari bekerja bermula jam 12pm-10pm. Jika hari cuti, pelawat dibenarkan masuk lebih awal, jam 11am-10pm.

BOLEH MENANG MOTOSIKAL, KERETA EV

Pengunjung yang membeli tiket BIMS 2023 berpeluang memenangi hadiah kereta atau motosikal dengan menjawab soalan diberikan. Hadiah ditawarkan berupa:

  • Hadiah Utama: Kereta elektrik (EV) NETA V bernilai 549,000 baht (RM71,200)
  • Hadiah Kedua: Kawasaki KLX230 bernilai 145,200 baht (RM18,830)
  • Hadiah Ketiga: Yamaha Fazzio berharga 52,323 baht (RM6,780)
  • Hadiah Keempat: Honda Scoopy Urban berharga 48,800 baht (RM6,330)
  • Hadiah Kelima: Suzuki Address 125 bernilai 46,500 baht (RM6,030)

Pelawat yang membuat tempahan kereta dan motosikal di acara sama pula berpeluang memenangi hadiah:

  • Kereta EV MG4 bernilai 869,900 baht (RM112,820)
  • Motosikal Royal Enfield Classic 350 berharga 139,900 baht (RM18,140)

SENARAI PENGELUAR SERTAI BIMS 2023

Jenama automotif yang menyertai acara kali ini terdiri daripada:

  • Ford, BMW, MINI, Mercedes-Benz, Great Wall Motors, Rolls-Royce, Aston Martin, Maserati, Peugeot, Jeep, Toyota, Lexus, BYD, MG, Mazda, Suzuki, Isuzu, Hyundai, Hyundai Bus & Truck ,Audi, Honda, Mitsubishi Motors, Nissan, NETA, Volvo, Porsche , Bentley, Kia serta Subaru.
  • Thai Honda Manufacturing, Suzuki Motosales, Yamaha, BMW Motorrad, Harley-Davidson, Ducati, Triumph, Alpha Volantis, Kawasaki dan Royal Enfileld.

APA KATA PENGERUSI BIMS

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Grand Prix International yang juga Pengerusi BIMS 2023, Dr Prachin Eamlumnow berkata, tema tahun ini adalah menyampaikan hasil ciptaan dan kemajuan teknologi menerusi pengalaman unik kepada pengunjung.

Acara itu akan disertai pengeluar kereta, motosikal, kenderaan lain dan pembuat komponen daripada industri automotif selain mendapat sokongan daripada pelbagai agensi kerajaan Thailand. BIMS juga menjadi lokasi pengenalan beberapa model kereta  dan motosikal elektrik baharu.

PAMERAN FIZIKAL MASIH RELEVAN

Ketua Pemasaran dan Pegawai Operasi Jualan Grand Prix International, Chaturon Komolmit yang juga Naib Presiden BIMS 2023 berkata, trend pembelian dan jualan kenderaan melalui saluran atas talian semakin berkembang ketika ini.

Jelasnya, trend baharu itu banyak mempengaruhi amalan dan pendekatan aktiviti pemasaran dalam industri automotif. Malah penganjur mengunjurkan peningkatan antara 15-20 peratus untuk jumlah pelawat dan tempahan kenderaan.

Beliau berkata;

Namun, lebih 40 pengeluar jenama kereta dan motosikal masih membawa produk masing-masing ke ruang pameran lebih 170,960 meter persegi di Pameran Motor Antarabangsa menandakan masih memainkan peranan penting untuk merangsang permintaan pengguna dan menyokong jual beli industri automotif.

“Saya yakin acara tahun ini akan mengembangkan potensi BIMS untuk mempromosikan ekonomi dan mengembangkan bisnes automotif Thailand.”

BACA >>> SAH!!! Tesla Rasmi Masuk Malaysia!
BACA >>> 200k Pengunjung Bakal Hadiri Malaysia Autoshow 2023, Ada Model Bakal Lancar?

Auto Terkini Bangkok International Motor Show 2023 Grand Prix Company International Public Company Limited (Grand Prix International) pameran kenderaan 2023 Pameran Motor Antarabangsa Bangkok (BIMS) ke-44
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Geely Auto No.1 di China 2 Bulan Berturut-Turut!

10/03/2026
Auto Terkini

Viral Pemandu BMW 325i ‘Drift’ di Genting Highlands Ditahan Polis, Kereta Kena Sita

09/03/2026
Kilang Mforce Bike di Pulau Pinang
Auto Terkini

Mforce Experience Club (MEC) – Platform Komuniti Rasmi Pemilik Motosikal Mforce

09/03/2026
JPJ lancar JPJvBID
Auto Terkini

JPJ Lancar JPJvBID – Platform Digital Lelongan Kenderaan Sita

09/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.