• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Lebih 4.5k Pemandu e-Hailing Maxim Operasi Tiada Permit

Lebih 4.5k Pemandu e-Hailing Maxim Operasi Tiada Permit

March 10, 2023 By Sharil Leave a Comment

145
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) melaksanakan Ops e-Hailing yang menumpukan operasi Syarikat Pengedali Perniagaan Pengantaraan (EHO) yang membenarkan penggunaan kenderaan tidak berdaftar (tanpa permit EVP) untuk beroperasi.

Hasil pemantauan dan risikan Ops e-Hailing selama 14 hari, syarikat yang mengendali aplikasi e-hailing Maxim didapati membenarkan hampir 4,500 pemandu mengambil penumpang tanpa permit.

BACA >>> Pemandu Grab Kena Ludah, Siku Sebab Nombor Plat Tak Sama dengan Aplikasi
BACA >>> Potong Garis Kembar, Langgar Kereta Keluar Simpang, Penunggang GrabFood 'Terbang'

Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) mendapati daripada 5,000 kenderaan aktif bawah Maxim, hanya 402 unit saja mempunyai EVP.

Dalam operasi terhadap Maxim yang beroperasi di Kuantan, JPJ mendapati syarikat itu melanggar Seksyen 12A(5) Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010 kerana membenarkan kenderaan bawah kendalian syarikat itu beroperasi tanpa EVP sah sekitar Putrajaya dan Pahang.

Kesalahan itu boleh disabitkan bawah Seksyen 12(9) APAD 2010 yang memperuntukkan denda tidak kurang RM1,000 dan tidak lebih RM500,000, atau dipenjara tidak lebih dua tahun.

Dalam serbuan itu, beberapa peralatan dan dokumen seperti komputer, papan iklan, sepanduk dan bunting dirampas dan disita di bawah Seksyen 222 APAD 2010.

JPJ akan berterusan memantau perkhidmatan EHO bagi mengesan mana-mana syarikat yang mengendalikan perniagaan e-hailing tanpa lesen dan kenderaan perkhidmatan tersebut yang tidak mematuhi undang-undang di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 (Akta 334) dan APAD 2010 (Akta 715).

JPJ turut menasihati syarikat yang mahu menjalankan perniagaan pengantara supaya mendaftar dan dilesenkan bawah APAD atau Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP).

Orang awam turut dinasihat berhati-hati dan memastikan aplikasi e-hailing digunakan adalah berdaftar dan berlesen melalui semakan di portal APAD/LPKP supaya penumpang menerima jaminan perlindungan insurans jika berlaku kemalangan.

BACA >>> #Bajet2023: Lesen B2 Percuma, Kerajaan Tanggung Lesen PSV untuk Khidmat Pengangkutan, e-Hailing
BACA >>> APAD Minta Datuk Bandar Henti Pembangunan Dekat Stesen LRT Bandaraya Serta-Merta

Related

145
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), aplikasi e-hailing, Auto Terkini, JPJ, LPKP, Maxim, Ops e-hailing, tiada permit

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Abang Drebar Bas Rapid vs Geng Kayuh, Bolehkah Berbasikal di Jalan Raya?
    #TahukahAnda: Abang Drebar Bas Rapid vs Geng Kayuh, Bolehkah Berbasikal di Jalan Raya?
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Tarif Import 25 Peratus AS Jejas Sektor Automotif di Malaysia?
    Tarif Import 25 Peratus AS Jejas Sektor Automotif di Malaysia?
  • Proton X50 2026 Serba Baharu Buka Tempahan, 10k Pelanggan Terawal Terima Rebat RM1k!
    Proton X50 2026 Serba Baharu Buka Tempahan, 10k Pelanggan Terawal Terima Rebat RM1k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev