Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Lebih 200 Pengedar Yamaha Tawar Servis Percuma, Boleh Menang EZ115 (2023)!
Auto Terkini

Lebih 200 Pengedar Yamaha Tawar Servis Percuma, Boleh Menang EZ115 (2023)!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju13/04/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HONG Leong Yamaha Motor (HLYM) menerusi rangkaian pengedar memulakan tawaran servis motosikal percuma kepada pelanggan selama tiga hari bermula hari ini, 13 April 2023.

Tawaran dilakukan di lebih 200 Pusat Kualiti Servis Yamaha (YQS) seluruh negara, tetapi dihadkan kepada 48 pelanggan pertama setiap hari sepanjang tempoh tersebut.

Khidmat servis percuma itu adalah sebahagian Kempen Keselamatan Jalan Raya Balik Kampung ke-25 yang dilancarkan di Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

Pelanggan yang menghantar motosikal untuk diservis percuma itu juga berpeluang menyertai peraduan cabutan bertuah dengan hadiah utama ialah kapcai Yamaha EZ115. Senarai pusat dan lokasi terlibat boleh klik pautan  INI.

Kempen Keselamatan Jalan Raya Balik Kampung ke-25 melibatkan kerjasama dengan Pengedar Motosikal dan Skuter Malaysia (MMSDA). Program itu diadakan di empat universiti iaitu:

  • Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam
  • Universiti Tun Hussein Onn
  • Universiti Teknologi Petronas
  • Universiti Utara Malaysia

Pengarah Urusan Kumpulan Hong Leong Industries, Datuk Dr Jim Khor Mun Wei berkata;

Di HLI, kami utamakan keselamatan produk dan Kempen Keselamatan Jalan Raya Balik Kampung HLYM adalah teras kepada tanggungjawab sosial kami.

“Pada masa sama, sebagai pengeluar motosikal, kami ada peranan utama untuk mempromosikan kesedaran menunggang dengan selamat dalam komuniti kita.”

BACA >>> HLYM Lancar Yamaha EZ115 (2023), Harga Mula RM5,598!
BACA >>> #ApaNakBuat: 7 Aksesori Perlu Ada dalam Kereta Sebelum Balik Kampung Beraya
BACA >>> HLYM Lancar Kempen Balik Kampung Yamaha di Petronas, Periksa Motor Percuma!

Auto Terkini Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) Jim Khor Mun Wei Kempen Keselamatan Jalan Raya Balik Kampung ke-25 Pengedar Motosikal dan Skuter Malaysia (MMSDA) Pusat Kualiti Servis Yamaha (YQS) roda2 Servis Percuma Yamaha Yamaha
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Mercedes-Benz GLS 2027, S-Class Versi SUV 7 Tempat Duduk, Canggih Dengan AI!

    01/04/2026
    Auto Terkini

    Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

    01/04/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Tesla Model Y L Rasmi Di Malaysia, Harga Anggaran RM260k!

    01/04/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Changan Lancar Jenama Keempat di Thailand – Nevo Q05, Malaysia Mungkin Menyusul

    01/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

    By Han Othman01/04/2026
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    By Syafie26/03/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Ron95
    Auto Terkini

    Sekatan Kad Debit, Kredit Asing Beli RON95 Bermula 1 April

    By Syafie31/03/2026
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.