Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Lebih 183k Pengunjung Lawat KLIMS 2024 Sepanjang Tujuh Hari
Auto Terkini

Lebih 183k Pengunjung Lawat KLIMS 2024 Sepanjang Tujuh Hari

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju16/12/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PAMERAN Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2024 bertemakan Beyond Mobility memperagakan hampir 70 jenama automotif dan mobiliti  di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) Kuala Lumpur pada 5 hingga 11 Disember lalu.

KLIMS 2024 edisi ke-10 menerima kunjungan 183,221 pengunjung sepanjang tempoh tujuh hari penganjuran. Antara jenama automotif yang menyertai acara itu adalah seperti berikut:

RODA 4

Pembabitan pengeluar kenderaan empat roda melibatkan jenama dari Jepun, China, Malaysia, Korea Selatan dan Eropah. Meskipun ada sebilangan jenama tidak mengambil bahagian, KLIMS 2024 tetap memberi satu persembahan bertenaga. Ini senarai peserta 2024:

  • Toyota
  • Perodua
  • Proton
  • Honda
  • Mitsubishi
  • Nissan
  • Mazda
  • Kia
  • Great Wall Motor (GWM)
  • MG Motor
  • XPeng
  • Peugeot
  • Leapmotor
  • Aion

RODA 2

Sambutan pengeluar dan pengedar roda dua terhadap KLIMS 2024 agak mengecewakan dengan hanya empat jenama mengambil bahagian dalam pameran tersebut, iaitu:

  • Modenas
  • Kawasaki
  • Royal Enfield
  • Harley-Davidson

MODEL KONSEP

Ada beberapa model konsep dibawa peserta pameran untuk tontonan pengunjung. Antaranya Toyota dengan empat model konsep, iaitu FT-3e, Land Cruiser SE, Hilux FCEV dan Kayoibako.

Nissan pula menarik pengunjung dengan membawa kenderaan pelbagai guna Hyper Tourer yang ditempatkan di atas pentas pameran mereka.

Honda mencipta keunikan tersendiri dengan membawa tiga model konsep mobiliti yang dilihat sebagai pendekatan paling menarik dengan penampilan sulung Prelude Concept, skuter elektrik Honda Motocompacto dan dron eVTOL.

Perodua hanya mempamerkan dua model sepanjang KLIMS 2024, iaitu model konsep eMO-II dan Ativa FUZE. Itupun sudah cukup kuat menjadikan ruang pameran mereka paling meriah dan dikerumuni ramai pengunjung.

PEMENANG ANUGERAH REKABENTUK RERUAI TERBAIK

Ada dua kategori dipertandingkan untuk KLIMS 2024, iaitu OEM dengan keluasan 400 meter persegi dan ke atas dan Bukan OEM. Berikut pemenang setiap kategori:

Kategori OEM

  • Juara: UMW Toyota Motor Sdn. Bhd.
  • Naib Juara: Proton Holdings Bhd
  • Ketiga: Perodua Sales Sdn Bhd
  • Juara keseluruhan reruai 399 meter persegi ke bawah: Stellantis Malaysia Sdn. Bhd.

Kategori Bukan OEM

  • Juara: PECCA Leather Sdn. Bhd.
  • Naib Juara: Wedrink Enterprise Management (Malaysia) Sdn Bhd
  • Ketiga: Didi Group

SIAPA MENANG KERETA?

  • Toyota Yaris 1.5G Limited: Mohd Azzarain Abdul Aziz
  • Perodua Axia: Leaw Xiu Qi
autoterkini KLIMS 2024 Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) Roda4
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Honda Super-N Diperkenal, Hanya GBP20k (RM106k)!

    10/04/2026
    Honda Vario 125 Street 2026
    Roda2

    Honda Vario 125 Street 2026 Rasmi Tiba di Malaysia – Gaya Street, Harga RM7,468

    10/04/2026
    Auto Terkini

    Denza Z9GT: Shooting-Brake China Kini Di Eropah, Fungsi Crab-Walk, EV dan Hibrid

    10/04/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    Kerajaan Teliti Mekanisme MyKad, MyKasih untuk Subsidi Diesel

    10/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

    By Syafie10/04/2026
    Pakej aksesori Mitsubishi Xforce 2026
    Aksesori

    MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700!

    By Syafie09/04/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
    Auto Terkini

    Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Yamaha Tenere 700 2026
    Roda2

    HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Moto Morini X-CAPE 700 2026
    Roda2

    Moto Morini X-CAPE 700 2026 Kini di Malaysia, Harga RM33,888

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Proton X50 2026 Quartz Black
    Roda4

    Proton X50 2026 Terima Warna Quartz Black, Gantikan Passion Red

    By Shazwan Hisam09/04/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Ford Ranger Super Duty – 209 Horsepower, Harga Hampir RM200k di Thailand

    By Shazwan Hisam01/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.