Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Lebih 15j Kenderaan Gagal Perbaharui Cukai Jalan Lebih Lima Tahun, Majoriti Motosikal
Auto Terkini

Lebih 15j Kenderaan Gagal Perbaharui Cukai Jalan Lebih Lima Tahun, Majoriti Motosikal

SyafieBy Syafie16/03/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Slip Lesen Kenderaan Motor (LKM) @ Road Tax

JABATAN Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) mengesan lebih 15 juta kenderaan di negara ini tidak memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM) melebihi tempoh lima tahun sehingga Disember tahun lalu.

Jumlah itu mewakili kira-kira 37 peratus daripada lebih 41 juta kenderaan yang berada dalam pangkalan data JPJ, dengan sebahagian besar dipercayai merupakan kenderaan terbiar.

Motosikal Paling Banyak

Setiausaha Bahagian Darat Kementerian Pengangkutan Malaysia, Mohamed Irwan Mansor berkata, daripada jumlah tersebut:

  • 9.76 juta adalah motosikal
  • 4.07 juta kereta
  • kira-kira 2 juta lagi melibatkan bas, teksi, kenderaan barangan dan lain-lain

Menurut beliau, situasi ini menunjukkan terdapat banyak kenderaan yang berisiko menjadi kenderaan terbiar di kawasan perumahan atau parkir awam.

Perlu Dilupuskan Secara Sah

Mohamed Irwan menjelaskan kenderaan yang tidak lagi digunakan sepatutnya dilupuskan melalui prosedur yang betul supaya rekodnya boleh dikeluarkan daripada pangkalan data JPJ.

Pada masa ini, jumlah kereta aktif dengan LKM sah adalah sekitar 15.61 juta, menjadikan keseluruhan kereta yang berdaftar kira-kira 19.69 juta termasuk yang sudah tamat tempoh cukai jalan.

Bagi motosikal pula, daripada 18.9 juta unit berdaftar, kira-kira 9.2 juta sudah tidak aktif di jalan raya.

Inisiatif Jejak Kenderaan Lama

Bagi menangani isu ini, kementerian melaksanakan beberapa inisiatif termasuk Program Geran Padanan bagi Penggantian Kenderaan Lama.

Program tersebut bertujuan menjejaki kenderaan lama berusia 20 tahun ke atas yang tidak aktif serta menggalakkan pemilik melupuskannya secara sah.

SUMBER: BeritaHarian

Auto Terkini Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kenderaan Terbiar Lesen Kenderaan Motor (LKM)
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    24,135 Kes Langgar Had Laju Direkod Kamera AwAS di Kelantan

    16/03/2026
    Auto Terkini

    iCAUR Malaysia Rai Pencapaian Baharu, 1,800 Kenderaan Kini Di Jalan Raya

    16/03/2026
    Aksesori

    Mforce Oil Sintetik Penuh 4T Dilancar Semula, Dikuasakan Teknologi PETRONAS

    16/03/2026
    MRT Laluan Putrajaya
    Auto Terkini

    MOT Cadang Hukuman Lebih Berat Terhadap Pencuri Kabel Pengangkutan Rel

    16/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    By Han Othman15/03/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    #Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

    By Han Othman15/03/2026
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Aksesori

    Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

    By Han Othman13/03/2026
    Aveta Viper 180
    Roda2

    Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

    By Syafie05/03/2026
    Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
    Roda2

    Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.