
STELLANTIS Malaysia memperkenalkan versi dipertingkat bagi Leapmotor C10 PLUS bersama edisi terhad C10 PLUS Night Edition, sekali gus memperkukuh penawaran SUV elektrik segmen-D di pasaran tempatan.148
Model baharu ini tampil dengan naik taraf rangkaian kuasa yang menawarkan kecekapan pengecasan lebih tinggi, jarak pemanduan lebih jauh serta prestasi dipertingkat, dengan harga bermula RM148,000.
Platform 800V, Jarak 510KM

Leapmotor C10 PLUS kini menggunakan platform 800V bersama bateri lebih besar berkapasiti 81.9kWj, membolehkan jarak pemanduan sehingga 510km (WLTP).
Kuasa turut meningkat kepada 299hp dan 360Nm, berbanding 215hp dan 320Nm sebelum ini, dengan pecutan 0-100kmj hanya 6.2 saat. Kadar penggunaan tenaga dicatatkan pada 15.1 Wj/km.
Pengecasan pantas DC turut dinaik taraf kepada 180kW, membolehkan pengecasan 30 hingga 80 peratus diselesaikan dalam tempoh hanya 22 minit.
Bahagian kabin mengekalkan rekaan moden dengan material mesra alam OEKO-TEX® Standard 100. Pilihan warna termasuk Pearly White, Canopy Grey dan Tundra Grey dengan dalaman hitam, manakala Glazed Green dipadankan eksklusif dengan dalaman Camel Brown.
Night Edition Terhad 50 Unit
Versi C10 PLUS Night Edition dihadkan kepada hanya 50 unit, menampilkan kemasan dua tona dengan bumbung hitam, kit badan aerodinamik baharu serta rim 20 inci “Trident” berwarna hitam matte.
Harga bagi C10 PLUS ialah RM148,000 (MSRP), manakala Night Edition ditawarkan dengan tambahan RM8,000.
Rebat Sehingga RM13,000

Pelanggan boleh menikmati rebat RM9,000 untuk kedua-dua model, selain subsidi insurans RM4,000 untuk pembeli terawal, menjadikan jumlah penjimatan sehingga RM13,000. Promosi sah sehingga 31 Mac 2026.
Kedua-dua model dipamerkan kepada umum di Sunway Pyramid (LG2, Orange Concourse) dari 27 Februari hingga 1 Mac 2026.
Dari segi jaminan, C10 PLUS hadir dengan waranti kenderaan 6 tahun atau 150,000km dan waranti bateri 8 tahun atau 160,000km (mana satu tiba dulu).







