Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Land Rover Terbit ‘Icon’ – Buku Peringatan Khas Sempena 70 Tahun Penubuhan
Roda4

Land Rover Terbit ‘Icon’ – Buku Peringatan Khas Sempena 70 Tahun Penubuhan

Abang HirataBy Abang Hirata19/04/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


LAND Rover dalam dunia kenderaan pacuan empat roda (4WD) atau 4×4 ibarat aur dan tebing yang tidak boleh dipisahkan. Sedar tidak sedar, jenama ikonik itu sudah mencecah usia 69 tahun sejak pertama kali diperkenalkan di Pameran Motor Antarabangsa Amsterdam (AutoRAI) pada 30 April 1948.

Sepanjang tempoh tujuh dekad itu, rasanya tiada ceruk bumi ini yang tidak pernah dikunjungi Land Rover. Jadi, bagi meraikan ulang tahun ke-70 tahun pada 30 April 2018 (tahun depan), Land Rover bakal mengeluarkan buku peringatan berjudul ‘Icon’ yang memuatkan kisah-kisah ekspedisi membabitkan model Series dan Defender serata dunia.

Buku tersebut turut mengumpulkan pelbagai foto lama, temuramah individu di sebalik model berkenaan daripada operator pengeluaran hingga pemilik kereta. Lebih menarik, ada juga kalangan mereka yang terlibat dengan Defender generasi baharu, seperti Ketua Pegawai Pereka (CDO), Gerry McGovern dan Pengarah Eksekutif Kejuruteraan Produk, Nick Rogers. Kedua-dua mereka akan berkongsi kenapa Defender ialah model yang sangat istimewa.

FOTO DAN CERITA MENARIK

Menambah lagi perasa buku itu ialah prakata ditulis selebriti permotoran, Richard Hammond yang kini terlibat dalam rancangan The Grand Tour bersama dua rakan pengacara terkenal Top Gear, Jeremy Clarkson dan James May. Malah, selebriti lain seperti pengacara TV rancangan survival Man vs Wild, Bear Grylls dan pereka bilionair, Ralph Lauren turut dipaparkan.

Icon menyenaraikan 10 bab dalam 200 muka surat yang menghimpunkan aneka model Series dan Defender, termasuk kisah menarik sejak 69 tahun lalu. Jika berminat, anda boleh dapatkan buku menarik itu dengan membeli terus daripada laman web Land Rover.

Icon dijual pada harga £50 (RM281).

4x4 autotainment buku peringatan khas Icon James May Jeremy Clarkson kenderaan pacuan empat roda Land Rover Land Rover Defender Richard Hammond Roda4
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Lotus Eletre X Guna Teknologi Hibrid, 952 ps/935Nm, 0 – 100 km/j 3.3 Saat!

07/03/2026
Chery Malaysia sambut Aidikfitri dengan rebat sehingga RM18,888
Auto Terkini

Chery Malaysia Sambut Aidilfitri dengan Rebat Sehingga RM18,888

06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

06/03/2026
BYD Raya Fiesta 2026
Auto Terkini

BYD Raya Fiesta 2026 Tawar Rebat Hingga RM18,000, Duit Raya RM2,000

06/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Auto Terkini

JPJ Negeri Sembilan Buka Bidaan Nombor Plat Siri ‘NEK’ Bermula 9 Mac

By Syafie04/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.