Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Land Rover Defender Works V8 Edisi Terhad Sempena Ulang Tahun – 150 Unit, 400hp
Roda4

Land Rover Defender Works V8 Edisi Terhad Sempena Ulang Tahun – 150 Unit, 400hp

Han OthmanBy Han Othman19/04/20182 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


LAND Rover Defender Works V8 baharu sempena ulang tahun ke-70 pengeluar dari Britain itu dilnacarkan dalam unit terhad, iaitu cuma 150 unit sahaja.

Walaupun kenderaan 4×4 ikonik itu sebenarnya sudah ditamatkan pengeluar sejak dua tahun lalu, tetapi Land Rover nampaknya semacam tidak sudah mematikan model itu sepenuhnya. Model khas ulang tahun ini didatangkan dalam versi pantas dan lebih berkuasa yang pernah dihasilkan.

BACA >>> Pameran Bergerak Land Rover Defender – Tiada Lagi Model Ikonik [SALUTE]

Defender Works V8 ialah model istimewa daripada divisyen Land Rover Classic dan dijual pada harga bermula £150,000 (RM818,758), lebih mahal £45,000 (RM245,647) daripada Range Rover V8 Autobiography. Model tersebut juga ialah Defender V8 pertama dihasilkan Land Rover selama 20 tahun.

ENJIN NA, 400HP

Defender Works V8 direkabentuk semula dengan memuatkan enjin aspirasi natural (NA) 5.0L V8 berkuasa 400hp, jauh sangat berkuasa berbanding dimiliki enjin diesel 4-silinder tradisional, 120hp. Dipadankan dengan transmisi automatik 8-kelajuan ZF, termasuk ciri mod Sports, kenderaan utiliti sukan (SUV) ini mampu memecut 0-100kmj sepantas 5.6 saat, manakala kelajuan maksimum mencecah 170kmj.

BACA >>> Land Rover Defender Edisi Terhad Mengancam

Dua varian Defender Works V8, 90 dan 100 dengan jarak roda pendek dan panjang ditawarkan sebagai pilihan. Bersama enjin baharu, kerja penambahbaikan turut melibatkan pemasangan brek dipertingkat, rim aloi 18-inci eksklusif dengan tayar semua rupa bumi (all-terrain) dan kit pengendalian, terdiri daripada spring boleh laras, peredam dan bar anti-oleng.

CIRI LASAK KEKAL

DNA kelasakan Defender yang mampu pergi ke mana-mana saja masih tidak berubah. Ciri pacuan semua roda (AWD) dikekalkan dengan kotak pindahan 2-kelajuan, termasuk diferensial tugasan berat depan dan belakang. Gandar hidup depan dan belakang turut dikekalkan.

Selain bahagian roda, rupa luaran lain hampir menyamai sepenuhnya model standard. Lapan warna badan ditawarkan, termasuk dua kemasan satin yang dikontraskan warna hitam pada bumbung, gerbang roda dan gril depan. Hendal pintu, penutup minyak dan tulisan ‘DEFENDER’ atas bonet daripada aluminium canai, manakala lampu utama daripada Bi-LED ditambah.

Menjenguk ruang kabin, kerusi kulit sport Recaro menjadi pilihan, dengan papan pemuka, panel pintu dan trim siling turut diberikan kemasan kulit. Tidak ketinggalan sistem infotainment terkini buatan Land Rover Classic.

GALERI

4x4 AWD Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Land Rover Land Rover Defender Land Rover Defender Works V8 Roda4 SUV
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Roda4

Protected: Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

11/03/2026
Auto Terkini

Mercedes-Benz VLE Elektrik, Jarak Lebih 700 km, Kerusi Boleh Keluar

11/03/2026
Zeekr 7X lancar di Menara KL
Auto Terkini

Syarikat EV China Rancang Pemasangan Tempatan (CKD) di Malaysia

11/03/2026
Roda4

Volkswagen Tayang Bayangan Golf Generasi Kesembilan

11/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

By Shazwan Hisam06/03/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.