Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Lampu Kelip Kecemasan V-16 Ganti Segi Tiga Amaran di Sepanyol, Kuat Kuasa 2026!
Auto Terkini

Lampu Kelip Kecemasan V-16 Ganti Segi Tiga Amaran di Sepanyol, Kuat Kuasa 2026!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju27/01/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEPANYOL sudah mengambil pendekatan memperkenalkan lampu kecemasan V-16 sebagai alat pengganti segi tiga amaran (warning triangle) pada awal bulan ini.

Peraturan baharu itu sudah diluluskan Kementerian Pengangkutan Sepanyol (General Directorate of Traffic, DGT) pada Mac lalu yang membenarkan lampu amaran khas diguna untuk kemalangan atau kenderaan rosak.

Sebagai permulaan, segi tiga amaran digunakan bersama lampu amaran V-16 hingga 2026. Selepas itu, penggunaan lampu V-16 bertukar status sebagai syarat mandatori.

Mengapa Lampu V-16 Ganti Segi Tiga Amaran

  • Sebelum ini, Sepanyol mensyaratkan pemandu meletakkan dua segi tiga amaran jika kenderaan dipandu individu tersebut rosak iaitu:
    • Segi tiga amaran diletakkan 50 meter dari belakang kenderaan rosak.
    • Jika jalan dua hala, segi tiga amaran kedua diletakkan di depan kenderaan dengan jarak 50 meter.
  • Sepanyol mengambil langkah beralih kepada lampu V-16 kerana ada ancaman nyawa pemandu perlu berjalan keluar kenderaan bagi meletakkan segi tiga amaran.
  • Ada 28 kemalangan maut membabitkan individu sedang keluar dari kenderaan antara 2019 hingga 2020. Pada Januari 2021, empat lagi nyawa terkorban direkodkan.

Cara Guna Lampu V-16

  • Pemandu hanya perlu meletakkan lampu amaran atas bumbung tanpa perlu keluar dari kenderaan.
  • Lampu akan berkelip dan memancar cahaya jingga sebagai tanda amaran yang dapat dilihat mudah hingga jarak kira-kira 1km.
  • Ada magnet di bawah perumah lampu V-16 yang membolehkan ia melekat atas bumbung.
  • Lampu itu juga ada ciri geo-lokasi dan teknolongi Bluetooth untuk konektiviti dengan telefon pemandu serta sistem Cloud 3.0 DGT dan pusat kawalan trafik. Tujuannya, meminta bantuan tepi jalan. Fungsi ini akan mula ditawarkan bermula Disember ini.
  • Wajib digunakan pemandu kereta, bas dan lori bawa muatan. Namun, tiada syarat wajib dikenakan terhadap penunggang motosikal.
  • Kereta model baharu yang dijual kini didatangkan bersama lampu V-16, manakala pemilik kereta lama boleh beli berasingan.

OSRAM LEDguardian Road Flare Signal V16 by mds Agenturgruppe GmbH on Sketchfab

Syarat Lampu V-16

Syarat ditetapkan untuk pemandu membeli atau menggunakan lampu V-16 adalah seperti berikut:

  • Perlu ada ciri rintangan air (kalis air) dan stabil selepas ditempatkan atas permukaan rata. Tidak boleh bergerak ditiup angin atau hujan.
  • Dapat dilihat sekurang-kurangnya 1km dengan pancaran cahaya merangkumi sudut 360º dengan kadar intensiti antara 40 dan 80 kandela.
  • Menggunakan bateri khas dan kerdipan cahaya perlu bertahan sekurang-kurangnya setengah jam.
  • Ada beberapa pilihan lampu V-16 dijual di platform e-dagang antarabangsa. Harga produk menepati syarat DGT bermula serendah €19 (RM95) hingga €24 (RM120).
  • Antara model terbaik ialah Goodyear V16 yang menawarkan masa penggunaan hingga 6 jam dan jelas dilihat sejauh 1km.

SUMBER: HealthPlanSpain | Osram

General Directorate of Traffic - DGT Lampu V-16 segi tiga amaran tahukah anda
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Roda4

Protected: Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

11/03/2026
Auto Terkini

Mercedes-Benz VLE Elektrik, Jarak Lebih 700 km, Kerusi Boleh Keluar

11/03/2026
Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
Auto Terkini

Jualan Proton e.MAS 5 Menurun Tapi Kekal Dalam 10 Model Paling Laris di Malaysia

11/03/2026
Auto Terkini

Jualan Perodua Hampir Cecah 50k Unit Dalam Tempoh Dua Bulan 2026

11/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

By Shazwan Hisam06/03/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.