Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Lampu Aluan Bentley Batur Bukan Sekadar Logo, Tetapi Animasi Atas Permukaan Jalan
Roda4

Lampu Aluan Bentley Batur Bukan Sekadar Logo, Tetapi Animasi Atas Permukaan Jalan

Abang HirataBy Abang Hirata17/04/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KERETA biasa pun ada pancaran logo atas permukaan jalan, apatah lagi kereta ultra-mewah.

Bentley Batur ialah kereta buatan tangan Mulliner yang dihadkan pengeluaran 18 unit saja dan dilengkapi teknologi pancaran animasi atas permukaan jalan.

Dalam tempoh 100 tahun lalu, Bentley Motors bermain dengan kayu, besi dan kulit yang dipersembah dalam kereta mewah jenama itu. Terbaharu, pencahayaan pula dipilih sebagai elemen penting dalam bahasa rekabentuk. Sebelum ini, Bentley mempamerkan gril bercahaya pada model konsep EXP100 GT 2019.

Teknologi Pemprosesan Lampu Digital Termaju (Advanced Digital Light Processing, DLP) digunakan bagi menghasilkan imej aluan (welcome image) beranimasi apabila pintu dibuka.

BAGAIMANA DLP BERFUNGSI?

Animasi yang dipancarkan ke permukaan jalan itu ialah rekabentuk dan sisi Bentely Batur yang mana sistem membenarkan pelanggan memilih animasi aluan untuk kereta mereka dan permulaan kepada personalisasi digital.

Teknologi DLP sebelum ini digunakan pada lampu utama dan sistem paparan dongak (HUD) yang kali pertama digunakan untuk menyambut pemandu dan penumpang.

Bentley menggunakan olahan pancaran cahaya dan cip silikon Digital Micromirror Device (DMD) bagi menghasilkan animasi aluan atas permukaan jalan.

Cip DMD berukuran 8mm itu terdiri daripada 415,800 cermin halus daripada aluminium dengan lebar 16 mikron atau satu per lima rambut manusia! Setiap cermin menghasilkan satu piksel dalam mainan animasi.

https://pandulaju.com.my/wp-content/uploads/2024/03/Bentley-Batur-Light-Sculpture-2.mp4

Cip DMD biasa digunakan dalam projektor LCD, televisyen dan perkakasan lain. Secara ringkas, sistem pancaran menggunakan tiga lampu berwarna yang dipancarkan melalui lima lensa berbeza, dua prisma, cip DMD, lima lagi lensa dan memainkan animasi atas permukaan jalan.

Imej dihasilkan dengan membentuk cahaya dari sumber cahaya berwarna dan lensa serta mengenai atau menyentuh cermin dalam posisi ‘on’. (Layan dulu video di atas)

Cermin dalam posisi ‘off’ pula akan memantulkan cahaya kepada penenggelam haba (heat sink) dalam projektor yang menyerap cahaya. Cahaya daripada cip DMD bergerak melepasi lima lagi lensa sebelum terpancar atas permukaan jalan.

Bentley Batur ialah hasil kerja Pengarah Rekabentuk Bentley, Andreas Mindt (foto atas) dan kakitangannya yang mempamerkan DNA rekabentuk baharu sebagai panduan kepada model elektrik bateri (BEV) Bentley.

Enjin 6.0L W12 turbo kembar dengan output kuasa 737hp ialah model Bentley paling berkuasa setakat ini. Ciri dan tetapan turut selari dengan kuasa seperti casis paling canggih dengan suspensi udara talaan Speed (model prestasi), kawalan antioleng elektrik aktif dan diferensial gelincir terhad elektronik (eLSD).

Turut membantu dalam pengendalian ialah sistem putaran empat roda (four wheel steering) dan pemvektoran tork (torque vectoring). Setiap unit Bentley Batur dibuat bersama dengan pelanggan mengikut pilihan mereka.

Bentley Batur Light Sculpture
Bentley Batur
Andreas Mindt Auto Terkini Bentley Bentley Batur Bentley Batur Light Sculpture Roda4
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

JAECOO J5 lancar di Malaysia
Roda4

JAECOO J5 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM102,000!

05/03/2026
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

05/03/2026
LRT3 sudah 93.3 peratus siap
Auto Terkini

Projek LRT3 Lewat Siap, Kontraktor Berdepan Denda LAD RM474.8 Juta

04/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

By Shazwan Hisam27/02/2026
Anthony Loke-Siew Fook | Tonto
Auto Terkini

MOT Sokong SPRM Tahan Penguat Kuasa Terlibat Kartel Tonto

By Syafie04/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.