Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Lamborghini Huracán Tecnica (2023) Berkuasa STO yang Hebat di Jalan Raya dan Litar!
Roda4

Lamborghini Huracán Tecnica (2023) Berkuasa STO yang Hebat di Jalan Raya dan Litar!

Abang HirataBy Abang Hirata03/05/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


AUTOMOBILI Lamborghini kini berada dalam fasa transisi antara enjin pembakaran dalaman dan elektrifikasi. Ini bermakna dalam tempoh beberapa tahun akan datang pengguna ditawarkan pilihan enjin elektrik.

Sementara menunggu transformasi tersebut, anda berpeluang mendapatkan Lamborghini dengan nadi yang bakal menjadi khazanah masa depan.

Contohnya, Lamborghini Malaysia baru saja memperkenalkan Aventador LP 780-4 Ultimae (foto atas), iaitu Aventador terakhir sebelum ditamatkan pengeluaran.

Terbaharu Lamborghini memperkenalkan Huracán Tecnica (2023) yang dibangunkan untuk jalan raya dan juga litar lumba. Penamaan Tecnica merujuk kepada evolusi kekuatan teknikal Huracan dan rekaan aerodinamik yang seiring prestasi, kestabilan dan praktikaliti penggunaan, terutama di litar lumba.

BACA >>> #RetroAuto: Aventador – Model V12 yang Paling ‘Kick’ dalam Sejarah Lamborghini!

Ciri Huracán Tecnica

Trenkuasa
  • Menggunakan enjin 5.2L Huracán STO, lebih berkuasa berbanding Huracán EVO RWD.
  • Pacuan roda belakang (RWD).
  • Transmisi 7-kelajuan.
  • Berkuasa 631hp dan tork 565Nm @ 6,500 rpm
  • Pecutan 0-100kmj dalam masa 3.2saat.
  • Berat kering 1,379kg dengan nisbah kuasa kepada berat 1hp/2.15kg.
  • Bunyi enjin lebih nyaring pada rev tinggi.
Kalibrasi LDVI (Lamborghini Dinamica Veicolo Integrata)
  • Sistem LDVI dengan kalibrasi baharu.
  • LDVI mengawal semua karakter dinamik kereta dan mengkoordinasi sistem rumit dan canggih bagi pengurusan dinamika pemanduan berdasarkan input pemandu, kondisi luaran dan mod pemanduan dipilih.
Pembelokan Roda Belakang Secara Terus (Rear-Wheel Direct Steering), P-TCS Berbeza

  • Pembelokan roda belakang dengan nisbah putaran stereng secara terus atau langsung, dan pemvektoran tork (torque vectoring).
  • Sistem Kawalan Traksi Prestasi (Performance Traction Control System, P-TCS) yang diubah suai dan tetapan suspensi khas.
Mod Pandu dengan Tetapan Berbeza
  • Bergantung mod pemanduan seperti STRADA, SPORT atau CORSA, setiap sistem dinamik dikalibrasi bagi memberikan respon berbeza secara ketara mengikut situasi.
  • Dalam mod STRADA, pembelokan roda belakang ditetapkan untuk memberikan kestabilan dan kebolehgerakan (manoeuvrability) berserta pemvektoran tork dan P-TCS.
  • Enjin dan kotak gear ditala untuk keselesaan pemanduan harian pada setiap tetapan.

  • Dalam mod SPORT, pembelokan roda belakang cenderung ke arah oversteer dan penentuan (threshold) P-TCS yang dipertingkat.
  • Pemvektoran tork memastikan kelincahan dan tahap responsif masih boleh dikawal pemandu.
  • Respons enjin sensitif pada pedal dengan karakter dan sensasi anjakan gear.
  • Mod CORSA dengan respons jitu pada setiap input pemandu.
  • Trenkuasa dikalibrasi bagi memberikan respon pedal dioptimumkan mengikut trek dan anjakan gear terpantas.
  • Sistem LDVI menjalankan operasi dengan kejituan dan ketangkasan maksimum, termasuk cengkaman lateral dan ke depan (longitudinal) dari sistem pemvektoran tork dan P-TCS.
Penyejukan Brek
  • Pengurusan penyejukan brek baharu dipengaruhi litar untuk prestasi membrek konsisten atas jalan dan litar.
  • Brek seramik karbon dengan deflektor penyejukan dan saluran kaliper khas yang menyalurkan udara ke cakera bagi memaksimumkan penyingkiran haba dan mengurangkan suhu bendalir brek dan pemanjangan (elongation) pedal brek.
Rekabentuk Berbeza
  • Tampil dengan rekaan berbeza berbanding Huracán.
  • Bampar baharu dengan bentuk Ypsilon seperti Lamborghini Terzo Millennio dan tirai udara pertama untuk Huracán.
  • Spliter depan baharu dengan slat (bidai) yang menghalakan udara melalui roda dan menyumbang kepada daya mendap dan penyejukan lebih baik.
  • 610mm lebih panjang daripada Huracán EVO, manakala tinggi dan lebar kekal sama.

  • Bahagian belakang dengan cerminlintang baharu untuk pandangan lebih baik.
  • Bonet direka baharu yang dibuat daripada gentian karbon ringan.
  • Bampar belakang baharu dengan ventilator udara dioptimum.
  • Paip ekzos heksagon baharu.
  • Sayap belakang dengan rekaan aerodinamik yang menyumbang kepada 35 peratus lebih daya mendap belakang berbanding Huracán EVO RWD.
  • Seretan dikurangkan 20 peratus yang meningkatkan keseimbangan aerodinamik dan membantu kestabilan ketika membrek dan membelok.
  • Bahagian bawah dengan pemesong aerodinamik baharu.
  • Rim 20 inci Damiso dengan pengaruh gaya Lamborghini Vision GT dan tayar Bridgestone Potenza Sport.
Bahagian Dalam Eksklusif untuk Tecnica, Bolt Titanium

  • Rekaan antaramuka HMI baharu, khusus untuk Tecnica.
  • HMI ala STO dengan telemetri berhubung dan maklumat seperti destinasi, masa litar dan disambungkan dengan aplikasi UNICA.
  • Pilihan tali keledar lumba.
  • Bolt rim titanium ringan.
  • Lapan pilihan warna standard dan lebih 200 warna tambahan dalam program pemilihan peribadi Ad Personam.

BACA >>> Untung Duduk dalam Kumpulan Sama, Ketua dari Audi Dilantik CTO Lamborghini
BACA >>> Lamborghini Sekali Lagi Catat Jualan Tahunan Tertinggi, Urus Paling Laris!

Automobili Lamborghini Lamborghini Lamborghini Huracan Lamborghini Huracán Tecnica Roda4 Supercar
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

HEV

Nissan Serena e-POWER C28 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM154,800!

04/03/2026
Kit trek, dan ekzos M Performance untuk BMW M2, dan BMW M2 CS
Bikin Auto

#BikinAuto: Kit Trek, Ekzos M Performance untuk BMW M2, dan BMW M2 CS

04/03/2026
Leapmotor B05 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Leapmotor B05 2026 – Hatchback EV Kompak Tayang di Brussels Autosalon

03/03/2026
Lee Chong Wei kini pemilik Zeekr 7X
Auto Terkini

Lee Chong Wei Kini Pemilik Zeekr 7X!

02/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
Auto Terkini

Baru 5 Minit Buka! Tiket Bas Balik Raya ke Kelantan Terus ‘Licin’

By Syafie25/02/2026
Kenali jiwa motosikal anda
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…

By Shazwan Hisam01/03/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

By Shazwan Hisam27/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.