Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Laluan Bebas Tol KL-Kelantan yang Lebih Pantas Siap 2026!
Auto Terkini

Laluan Bebas Tol KL-Kelantan yang Lebih Pantas Siap 2026!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju27/01/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

PROJEK Lingkaran Tengah Utama (LTU) dijangka membawa banyak manfaat kepada pengguna sebaik saja kemudahan itu siap pada 2026. Nama lama LTU ialah Lebuh Raya Utama Tengah (Central Spine Road – CSR).

Antara manfaat diperoleh pengguna adalah perjalanan bebas tol, memendekkan masa perjalanan Kuala Lumpur- Kelantan, dan membantu penjimatan perbelanjaan bahan api.

Manfaat itu dikatakan akan dinikmati kira-kira dua juta pengguna LTU, terutama pada musim perayaan. Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata;

Lebuh raya ini pastinya memberi kelebihan kepada mereka yang menjalankan aktiviti perniagaan dan pengguna jalan raya yang ingin pulang ke kampung pada musim perayaan.

LTU juga akan menjadi alat perdagangan pelabuhan darat iaitu peniaga dapat membawa barang perniagaan mereka dari Kelantan ke Pelabuhan Klang dalam waktu singkat.”

Abdul Rahman berkata demikian selepas membuat tinjauan di LTU Seksyen 3J di Kuala Lipis, Pahang. LTU adalah antara projek impak besar di bawah Kementerian Kerja Raya (KKR), melibatkan enam pakej dari Kelantan ke Pahang dengan jarak lebih 300km  yang mendapat peruntukan hingga RM10 bilion.

Seksyen 3J melibatkan skop kerja pembinaan jalan baharu berkembar empat lorong dua hala sepanjang 6.95km dari Kampung Seberang Jelai ke Kampung Relong dan pembinaan lima jambatan menjelang Julai 2024.

Hari ini saya melawat sendiri perkembangan projek Lebuhraya LTU Seksyen 3J melibatkan lebuhraya yang menghubungkan Kg Seberang Jelai ke Kg Relong supaya projek ini siap seperti jadual yang dirancang.#DSARM#JKR#Jkrpahang#KKR pic.twitter.com/cuFmQbfoFC

— Rahmanmohamad (@DSARMOfficial) January 26, 2023

ISU LEWAT SIAP

Abdul Rahman berkata, KKR akan melakukan kajian membuka sebahagian laluan siap secara lencongan untuk kemudahan orang ramai. Menurutnya;

Kita sedia maklum terdapat kelewatan akibat beberapa faktor seperti hujan pada musim monsun, kekurangan pekerja asing, keperluan bahan import bagi tujuan pembinaan dan isu pembayaran pampasan tanah.

“Bagaimanapun, banyak bahagian yang sudah siap dan KKR cuba membuka secara sementara untuk digunakan, khususnya pada musim perayaan selepas kajian keselamatan dilakukan.”

Lawatan kerja YB Timbalan Menteri Kerja Raya @DSARMOfficial hari ini dimulakan dengan taklimat ringkas oleh pihak JKR berkenan kemajuan kerja projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) atau dulu dikenali sbg Jalan Central Spine Road. pic.twitter.com/Y8JDyN16Nq

— KKR Malaysia (@MOWorks) January 26, 2023

SUMBER: Bernama

Auto Terkini Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad Kementerian Kerja Raya (KKR) Lebuh Raya Utama Tengah (Central Spine Road - CSR) LTU Seksyen 3J Projek Lingkaran Tengah Utama (LTU)
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Bikin Auto

#BikinAuto: M Performance Track Kit untuk BMW M2 dan Ekzos M Performance untuk BMW M2 CS

02/03/2026
Lee Chong Wei kini pemilik Zeekr 7X
Auto Terkini

Lee Chong Wei Kini Pemilik Zeekr 7X!

02/03/2026
KTM Komuter
Auto Terkini

KTM Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

02/03/2026
Hakim Danish
Sukan Permotoran

#Moto32026: Jentera Hakim Danish Nyaris Terbabas di GP Thailand

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
0
ApaNakBuat

Perodua: Tekan ‘Push Start Button’ Sekali Saja, Kalau Lebih Itu Mitos

By Syafie26/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Auto Terkini

Baru 5 Minit Buka! Tiket Bas Balik Raya ke Kelantan Terus ‘Licin’

By Syafie25/02/2026
Anthony Loke-Siew Fook | Tonto
Auto Terkini

MOT Sokong SPRM Tahan Penguat Kuasa Terlibat Kartel Tonto

By Syafie26/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.