Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Lakaran Scrambler Baharu Tersiar – Norton Atlas dengan Enjin 650cc
Roda2

Lakaran Scrambler Baharu Tersiar – Norton Atlas dengan Enjin 650cc

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju03/07/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


NORTON mendedahkan dua lakaran yang menunjukkan scrambler baharu yang bakal debut pada November depan. Norton Atlas (2019) akan dikuasakan trenkuasa 650cc Twin baharu dengan tanda harga sasaran sekitar £10,000 (RM53,179).

Atlas (2019) membangkitkan semula masa lalu Norton. Model Atlas asal diperkenalkan pada 1962, dengan enjin 745cc Twin penyejukan udara. Itulah enjin terbesar pernah dihasilkan pengeluar tersebut pada masa itu hasil daripada penambahbaikan gerak dan lejang enjin 497cc Norton Dominator.


Ironinya, Atlas baharu ini akan menggunakan enjin terkini Norton paling kecil. Enjin 650cc Twin sebenarnya dibangunkan berasaskan enjin Norton V4 RR, dengan membuang silinder belakang, manakala lejang dipanjangkan. Norton juga dilaporkan sedang cuba menghasilkan tiga versi enjin berbeza: versi kuasa rendah (70hp), talaan biasa (100hp), dan versi supercas (175hp) dengan jangkaan Atlas kekal dengan enjin aspirasi natural (NA).

Lakaran di bawah menunjukkan penggunaan frem tiub keluli, kedudukan ekzos tinggi, rim bilah (wire-spoke), brek cakera depan kembar dan fork terbalik (USD).

Lampu depan bulat disatukan bersama fender paruh tajam dan visor angin kecil. Beberapa perincian mungkin berubah sepanjang tempoh sebelum debut rasmi kelak pada musim luruh ini sempena pameran Pusat Pameran Kebangsaan (NEC) di Birmingham, Britain.

SUMBER: Motorcycle.com

Norton Norton Atlas (2019) Norton Dominator roda2 scrambler
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

06/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

06/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

06/03/2026
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

05/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.