Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Lagi Korporat Pilih Proton, UEM Adgenta Beli 32 Unit Persona, Perdana
Auto Terkini

Lagi Korporat Pilih Proton, UEM Adgenta Beli 32 Unit Persona, Perdana

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju29/01/2018
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PROTON menyerahkan 32 unit kenderaan, terdiri daripada Persona (30) dan Perdana (2) kepada UEM Edgenta Berhad (UEM Edgenta) yang akan digunakan untuk operasi harian Edgenta Propel Berhad, iaitu jabatan servis infra dan syarikat subsidiari milik UEM Edgenta.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Proton, Dr Li Chunrong berkata, jalinan kerjasama dengan UEM Edgenta sudah terjalin sejak 2002 dan sepanjang tempoh itu sudah 236 unit kereta Proton dihantar kepada syarikat berkenaan di bawah program jualan flit korporat.

“Persona jadi antara model paling laris sejak dilancarkan pada 2016 berikutan kualiti pengendalian dan ciri keselamatan terbaik, manakala Perdana dilihat sebagai sedan eksekutif yang bergaya.

“Kepercayaan dibina hasil daripada kejujuran dan nilai kereta Proton yang mampu milik, selain ketahanan dan reliabiliti. Perkara paling utama dalam memilih kenderaan syarikat ialah penyenggaraan mudah. Diharapkan hubungan berterusan ini dapat mendorong lebih banyak jualan daripada UEM Edgenta pada masa depan,” katanya.

Edgenta Propel ialah rangkaian syarikat pengurusan dan pakar penyenggaraan infrastruktur dengan pengalaman lebih 25 tahun. Syarikat berkenaan menyelenggara dan memantau lebih 2,500km laluan lebuh raya, negeri dan juga jalan perladangan seluruh Malaysia setiap hari dan sepanjang tahun.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) UEM Edgenta, Datuk Azmir Merican berkata, komitmen kepada kecekapan operasi sentiasa berterusan dan program pembaharuan flit akan diperluaskan dengan tambahan lori dan trak pikap sebelum akhir tahun ini.

“Untuk mencapai kecekapan operasi maksimum dan memastikan keselamatan pekerja, Edgenta Propel memperbaharu program flit bagi menggantikan kenderaan yang melebihi usia 10 tahun.

“Dengan reliabiliti dan ketahanan kenderaan Proton, saya yakin kami dapat mencapai matlamat syarikat,” jelasnya.

Edgenta Propel Program flit Proton PROTON Holdings Berhad Proton Perdana Proton Persona UEM Edgenta
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Lepas L4 dikesan menjalani penggambaran video promosi
Auto Terkini

Lepas L4 Tiba di Malaysia, Bakal Lancar Tidak Lama Lagi!

13/02/2026
Ibu pejabat Mercedes-Benz di Jerman
Auto Terkini

Kakitangan Mercedes-Benz Jerman Dapat Bonus Sehingga Lebih €3,100

13/02/2026
KTM Komuter
Auto Terkini

KTMB Tambah 46,000 Tiket ETS, EMUPlus Sempena Tahun Baru Cina

13/02/2026
Auto Terkini

LEKAS Aktif ‘Smart Lane’ Mula Hari Ini, Tangani Kesesakan Waktu Puncak

13/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Januari 2026, Proton Saga Jadi ‘King’ Baru!

By Syafie11/02/2026
Roda2

Cyclone RA600 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM25,888

By Syafie11/02/2026
Roda2

Brixton Storr 500 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM29,888

By Syafie11/02/2026
Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
Auto Terkini

Proton e.MAS 5 Tembus Lima Terbaik Kereta Paling Laris Januari 2026

By Syafie11/02/2026
Mitsubishi Xforce 2026 serba baharu dihasilkan CKD di kilang di Pekan
Auto Terkini

Mitsubishi Xforce 2026 Serba Baharu CKD dari Kilang di Pekan, Pahang

By Syafie10/02/2026
Auto Terkini

Yamaha PG-1 2026 Tampil Warna Baharu, Harga Kekal RM6,998

By Shazwan Hisam11/02/2026
Ducati Formula 73 2026
Roda2

Ducati Formula 73 – Cafe Racer Edisi Terhad 873 Unit Sempena Ulang Tahun ke-100!

By Abang Hirata13/02/2026
Wmotot Island 150i dan Hawk 200i lancar di Malaysia
Roda2

WMoto Island 150, Hawk 200i Masuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM6,688

By Syafie12/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.