Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kutipan Parkir PBT Selangor Diurus Konsesi Baharu 1 Ogos Ini
Auto Terkini

Kutipan Parkir PBT Selangor Diurus Konsesi Baharu 1 Ogos Ini

SyafieBy Syafie12/07/2025
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Parkir kereta di bawah Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)
BERMULA 1 Ogos ini, kutipan bayaran parkir di empat kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor akan diuruskan syarikat konsesi baharu dilantik Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Selangor, iaitu Rantaian Mesra Sdn Bhd.

Senarai empat PBT terlibat dalam fasa pertama pelaksanaan ialah:

  • Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)
  • Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ)
  • Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)
  • Majlis Perbandaran Selayang (MPS)

Hasil Kutipan Parkir Dijangka Meningkat

Situasi parkir berlapis di Petaling Jaya
Situasi parkir berlapis di Petaling Jaya.

Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan, Datuk Ng Suee Lim berkata, sistem kutipan parkir sedia ada hanya mengutip sekitar 30 peratus daripada lebih 1,000 petak disediakan.

Melalui pelaksanaan konsesi baharu ini, Kerajaan Negeri mensasarkan peningkatan kutipan melebihi 60 peratus.

Syarikat konsesi akan mengambil alih kutipan dan penguatkuasaan bayaran parkir. Mereka akan dipantau secara ketat PBT dan Kerajaan Negeri.”

Pembahagian Hasil Kutipan Parkir

Daripada jumlah kutipan diperoleh, pembahagiannya adalah seperti berikut:

  • 50 peratus untuk syarikat konsesi
  • 40 peratus untuk PBT
  • 10 peratus untuk MBI Selangor

Isu Tender Tertutup? Bukan!

PBT Selangor laksana zon parkir dua jam
Beberapa PBT Selangor sudah melaksanakan zon parkir dua jam.
PBT Selangor laksana zon parkir dua jam

Menjawab dakwaan kononnya pelantikan dilakukan secara rundingan terus, Suee Lim menafikan sekerasnya dan menjelaskan pelantikan dibuat secara profesional melalui proses permintaan untuk cadangan (RFP).

Sebanyak 26 syarikat menyatakan minat untuk sektor ini dan akhirnya tiga syarikat disenarai pendek sebelum pemilihan dibuat.”

Beliau turut menjelaskan syarat ketat dikenakan ke atas konsesi dan pembatalan kontrak boleh dilakukan bila-bila masa jika gagal memenuhi prestasi ditetapkan walaupun tempoh kontrak diberikan selama 10 tahun.

Tiada Kenaikan Caj Parkir

Pada masa sama, Suee Lim memberi jaminan tiada kenaikan kadar parkir dikenakan kepada pengguna jalan raya.

Caj parkir di Selangor masih kekal berpatutan antara 40 sen hingga 60 sen sejam, bergantung kawasan.”

Fokus Utama: Kurangkan Parkir Bertindih

Langkah ini juga diambil untuk menangani masalah parkir berlapis dan kesesakan kawasan komersial, terutama di pusat bandar yang sering mengalami isu kekurangan petak parkir.

SUMBER: AstroAwani

Auto Terkini MBI Selangor Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI Selangor) parkir kereta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Rantaian Mesra Sdn Bhd
Syafie

Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Warna Dragon Skin Škoda Ini Hasil Tangan Pengundi, Biru dan Oren Tewas Tipis

27/02/2026
Hakim Danish
Sukan Permotoran

#Moto32026: Jentera Hakim Danish Nyaris Terbabas di GP Thailand

27/02/2026
Roda4

Leapmotor C10 PLUS, C10 PLUS ‘Night Edition’ Rasmi Dilancar, Harga Mula RM148k!

27/02/2026
Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.