Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan
Auto Terkini

Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

SyafieBy Syafie26/03/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Petrol RON95

KERAJAAN dilapor merancang untuk mengurangkan kelayakan kuota petrol RON95 bersubsidi di bawah program BUDI95 daripada 300 liter kepada 200 liter sebulan.

Menurut laporan The Edge, langkah itu dijangka diumumkan dalam masa terdekat dan berkemungkinan berkuat kuasa seawal April ini susulan kenaikan mendadak harga bahan api global.

Tekanan Harga Minyak Global

Cadangan itu hadir ketika harga bahan api tanpa subsidi terus meningkat akibat konflik di Asia Barat, sekali gus memberi tekanan kepada mekanisme subsidi kerajaan.

Berdasarkan laporan, pengguna akan menikmati harga RM1.99 seliter bagi kuota bersubsidi tersebut, namun selepas had 200 liter dicapai, harga bahan api akan mengikut harga apungan pasaran.

Harga Bahan Api Terus Meningkat

Sebelum ini, Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) mengumumkan kenaikan harga RON97 dan RON95 tanpa subsidi sebanyak 60 sen seliter, manakala diesel di Semenanjung meningkat 80 sen kepada RM5.52 seliter.

Kenaikan ini merupakan minggu ketiga berturut-turut pelarasan harga bahan api domestik sejak 11 Mac, selari dengan perkembangan pasaran minyak global.

Langkah Tambahan Kawal Subsidi

Dalam masa sama, kerajaan turut merancang memperketat kawalan pembelian diesel, khususnya di Sabah, Sarawak dan Labuan bagi mengekang ketirisan serta penyeludupan.

Bantuan bersasar juga dipertingkat dengan kadar BUDI Individu dan BUDI Agri-Komoditi dinaikkan kepada RM300 sebulan bermula Mac 2026.

Harga Minyak Global Masih Tidak Stabil

Harga minyak mentah Brent yang sebelum ini melonjak hampir AS$120 setong kini susut kepada sekitar AS$94.49 setong, namun masih tinggi berbanding sebelum konflik.

Situasi ini menunjukkan pasaran global kekal tidak menentu dan terus memberi kesan kepada dasar bahan api domestik.

SUMBER: MalaysiaKini

 

Auto Terkini Budi Madani RON95 (BUDI95) harga minyak global Kementerian Kewangan (MOF) Kerajaan Malaysia
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    #BIMS2026: Bangkok International Motor Show Ke-47 ‘Tayang’ Masa Depan Automotif

    26/03/2026
    Nozel RON95 dan RON97
    Auto Terkini

    BUDI95 Kekal RM1.99 Seliter, RON97 dan Diesel Semenanjung Cecah Lebih RM5 Seliter

    26/03/2026
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    25/03/2026
    Auto Terkini

    JPJ Ambil Tindakan Ke Atas 14,455 Kenderaan Sepanjang Op HRA 2026

    25/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    By Shazwan Hisam24/03/2026
    Auto Terkini

    Honda N-VAN 2026, Varian Turbo Baharu, Harga Mula RM37 Ribu

    By Abang Hirata20/03/2026
    Auto Terkini

    KTM 990 RC R 2026 Rasmi di Pasaran Global, Dari RM66,000

    By Shazwan Hisam15/10/2025
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.