Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»KTMB Tidak Lagi Terima Bayaran Tunai Bermula 1 Januari 2025
Auto Terkini

KTMB Tidak Lagi Terima Bayaran Tunai Bermula 1 Januari 2025

SyafieBy Syafie01/11/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KERETA Tanah Melayu Berhad (KTMB) bakal beralih kepada mod bayaran tanpa tunai termasuk transaksi pembelian tiket bermula 1 Januari 2025 di sektor Lembah Klang, Utara, Selatan dan Pantai Timur.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTMB, Datuk Mohd Rani Hisham Samsudin berkata, pihaknya kini berada pada fasa peralihan bagi memberi pendedahan dan kesedaran terhadap orang ramai khususnya warga emas serta orang kelainan upaya (OKU).

Dalam tempoh peralihan sehingga akhir tahun ini, kaunter-kaunter tiket masih menerima transaksi tunai. Pelbagai medium dan hebahan juga dilaksana bagi menguar-uarkan kempen.”

“Antaranya, pemakluman notis dan video melalui media sosial rasmi KTMB, edaran bahan promosi di stesen, pengumuman di dalam tren serta kerjasama dengan bank tempatan untuk membuka reruai pendaftaran pembukaan akaun bagi mereka yang belum memiliki kad debit.”

“Selain itu, kakitangan di stesen juga akan membantu pelanggan khususnya untuk mendaftar aplikasi KTMB Mobile (KITS), membuat pembelian tiket dan mendaftar atau menggunakan kad Komuter Link.”

Sementara itu, bagi 1,000 pendaftar terawal KITS juga akan menerima 500 mata ‘railpoints’ secara percuma sebagai galakkan orang ramai menyokong kempen tersebut.

Kini, semua stesen KTMB terutamanya di Lembah Klang dan Utara telah dilengkapi mesin kios bagi pembelian tiket komuter dan kereta api elektrik (ETS). Manakala bagi stesen-stesen utama di Pantai Timur pula mempunyai mesin kios untuk membuat pembelian tiket Ekspres Rakyat Timuran dan Shuttle Timuran.

Bagaimanapun, mesin kios di stesen sektor Selatan pula hanya akan berfungsi setelah Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas – Johor Bahru siap sepenuhnya.

Orang ramai boleh membuat pembelian tiket menerusi medium sedia ada seperti KITS atau laman sesawang www.ktmb.com.my.

SUMBER: SinarHarian

Auto Terkini Ekspres Rakyat Timuran Kereta Api Elektrik (ETS) Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) KITS (KTMB Mobile) Komuter Pembayaran Tanpa Tunai Shuttle Timuran
Syafie

Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

Artikel Berkaitan

Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

06/03/2026
Chery Malaysia sambut Aidikfitri dengan rebat sehingga RM18,888
Auto Terkini

Chery Malaysia Sambut Aidilfitri dengan Rebat Sehingga RM18,888

06/03/2026
BYD Raya Fiesta 2026
Auto Terkini

BYD Raya Fiesta 2026 Tawar Rebat Hingga RM18,000, Duit Raya RM2,000

06/03/2026
Auto Terkini

Honda Insight Kembali, Jadi EV dan Bukan Hibrid, Gaya Crossover!

06/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Auto Terkini

JPJ Negeri Sembilan Buka Bidaan Nombor Plat Siri ‘NEK’ Bermula 9 Mac

By Syafie04/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.