Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»KTMB Tawar Diskaun 30 Peratus Tiket ETS Sempena Deepavali
Auto Terkini

KTMB Tawar Diskaun 30 Peratus Tiket ETS Sempena Deepavali

SyafieBy Syafie17/10/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

KTMB tambah dua tren ETS sempena sambutan Deepavali

SEMPENA sambutan Deepavali, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menawarkan diskaun istimewa 30 peratus bagi tambang tren elektrik (ETS) untuk laluan KL Sentral-Kluang-KL Sentral.

Tawaran itu sah untuk pembelian tiket dari 20 Oktober – 30 November, manakala perjalanan pula antara 24 Oktober dan 30 November 2025.

Ketua Pegawai Teknikal KTMB, merangkap tugas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan, Ahmad Nizam Mohamed Amin berkata, diskaun boleh ditebus menggunakan kod promosi GO2KLUANG30 ketika membeli tiket.

Sebanyak 5,000 kod promosi ditawarkan tertakluk kepada terma dan syarat ditetapkan.”

Tiket Tambahan, Persediaan Musim Perayaan

Bagi menampung lonjakan permintaan sempena perayaan, KTMB menyediakan 278,792 tiket untuk tempoh 16 – 26 Oktober, seperti:

  • 124,908 tiket ETS
  • 46,684 tiket KTM Intercity (ERT, ES dan Shuttle Timuran)
  • 107,200 tiket Shuttle Tebrau

Turut disediakan dua tren tambahan ETS laluan KL Sentral – Padang Besar – KL Sentral bermula 17 hingga 22 Oktober melibatkan 3,780 tiket tambahan yang mula dijual sejak 7 Oktober.

Inisiatif ini bukan saja bagi memenuhi keperluan perjalanan tinggi sempena Deepavali, tetapi juga usaha KTMB menggalakkan penggunaan pengangkutan awam yang lebih selamat, selesa dan mampan.”

Keselamatan, Khidmat Pelanggan Dipertingkat

KTMB turut menempatkan anggota polis bantuan dan petugas tambahan di stesen utama bagi membantu penumpang serta meningkatkan keselamatan di platform.

Penumpang dinasihatkan tiba sekurang-kurangnya 30 minit lebih awal sebelum waktu berlepas kerana pintu masuk ditutup lima minit sebelum tren bergerak.

Maklumat lanjut boleh diperoleh di laman web www.ktmb.com.my atau melalui talian pusat panggilan KTMB 03-9779 1200.

1,000 Pek Deepavali Diedarkan di Stesen Utama

Logo KTMB

Sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan setia, KTMB turut mengedarkan 1,000 pek Deepavali kepada penumpang perkhidmatan ETS dan Komuter di Stesen KL Sentral dan Stesen Butterworth.

Pek tersebut mengandungi muruku, kacang campur dan minuman yang disampaikan Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Seri Jana Santhiran Muniayan, Pengerusi KTMB, Datuk Ahmad Redza Abdullah dan Ahmad Nizam.

SUMBER: AstroAwani

Auto Terkiini Deepavali 2025 Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) Tren ETS
Syafie

Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

KTM 1390 Super Adventure S Evo 2026 Untuk Jepun, Guna Transmisi AMT!

04/03/2026
LRT3 sudah 93.3 peratus siap
Auto Terkini

Projek LRT3 Lewat Siap, Kontraktor Berdepan Denda LAD RM474.8 Juta

04/03/2026
Harga diesel Semenanjung Malaysia
Auto Terkini

Perbelanjaan Subsidi Diesel Turun RM6.2 Bilion pada 2025, Kerajaan Jimat RM4 Bilion

04/03/2026
Volvo panggil balik Vovlvo EX30, masalah bateri overheating.
Auto Terkini

Pek Bateri Panas Lampau, Volvo Thailand Panggil Balik 1,668 Unit EX30

04/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
Kenali jiwa motosikal anda
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…

By Shazwan Hisam01/03/2026
Auto Terkini

Baru 5 Minit Buka! Tiket Bas Balik Raya ke Kelantan Terus ‘Licin’

By Syafie25/02/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

By Shazwan Hisam27/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.