Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»KTMB Tambah Dua Tren ETS Sempena Deepavali, Mula 17 Oktober Ini
Auto Terkini

KTMB Tambah Dua Tren ETS Sempena Deepavali, Mula 17 Oktober Ini

SyafieBy Syafie06/10/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

KTMB tambah dua tren ETS sempena sambutan Deepavali

SEMPENA sambutan Deepavali pada 20 Oktober ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengumumkan tambahan dua tren elektrik (ETS) bagi laluan Padang Besar – KL Sentral dan sebaliknya.

Dalam kenyataan rasmi, perkhidmatan tambahan itu akan beroperasi enam hari berturut-turut bermula 17 hingga 22 Oktober 2025, dengan jualan tiket mula dibuka Selasa ini (7 Oktober 2025), jam 10 pagi.

630 Tempat Duduk Tambahan Sehari


KTMB memaklumkan tren tambahan itu menawarkan 630 tempat duduk sehari, termasuk koc kelas perniagaan. Secara keseluruhan, 3,780 tempat duduk tambahan disediakan sepanjang tempoh operasi berkenaan.

Langkah itu bertujuan menampung permintaan tinggi ketika musim perayaan, sekali gus membantu mengurangkan kesesakan jalan raya bagi mereka yang mahu pulang ke kampung halaman.

Jadual Perjalanan Tren Tambahan

  • Padang Besar – KL Sentral: Berlepas jam 11.05 pagi, tiba jam 4.30 petang
  • KL Sentral – Padang Besar: Berlepas jam 5.00 petang, tiba jam 10.20 malam

Saranan Buat Penumpang

KTMB menyarankan orang ramai membuat pembelian tiket melalui aplikasi KTMB Mobile (KITS) atau laman web rasmi KTMB. Pembayaran menggunakan KTM Wallet turut digalakkan bagi mempercepat proses pembelian.

Selain itu, penumpang juga disaran:

  • Membuat pembelian tiket lebih awal untuk menikmati tambang fleksi lebih jimat
  • Mengelakkan pembelian saat akhir yang berisiko tiket habis
  • Hadir di stesen sekurang-kurangnya 30 minit sebelum tren berlepas kerana pintu masuk ditutup 5 minit sebelum waktu pelepasan.

Orang ramai boleh melayari laman rasmi www.ktmb.com.my atau hubungi Pusat Panggilan KTMB di 03-9779 1200 untuk sebarang pertanyaan lanjut.

Pilihan Bijak Pulang Beraya Dengan ETS

Tambahan dua tren ETS sempena Deepavali itu memberi lebih banyak pilihan kepada pengguna untuk pulang ke kampung halaman dengan selesa dan cepat.

Selain membantu mengurangkan kesesakan jalan raya, penggunaan tren juga lebih mesra alam dan menjimatkan masa. Jadi, rancang perjalanan lebih awal dan pastikan tiket dibeli segera sebelum habis terjual!

SUMBER: FB KTMB

Auto Terkini Deepavali 2025 Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) KTMB Mobile (KITS) Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS)
Syafie

Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

KTM 1390 Super Adventure S Evo 2026 Untuk Jepun, Guna Transmisi AMT!

04/03/2026
LRT3 sudah 93.3 peratus siap
Auto Terkini

Projek LRT3 Lewat Siap, Kontraktor Berdepan Denda LAD RM474.8 Juta

04/03/2026
Harga diesel Semenanjung Malaysia
Auto Terkini

Perbelanjaan Subsidi Diesel Turun RM6.2 Bilion pada 2025, Kerajaan Jimat RM4 Bilion

04/03/2026
Volvo panggil balik Vovlvo EX30, masalah bateri overheating.
Auto Terkini

Pek Bateri Panas Lampau, Volvo Thailand Panggil Balik 1,668 Unit EX30

04/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
Kenali jiwa motosikal anda
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…

By Shazwan Hisam01/03/2026
Auto Terkini

Baru 5 Minit Buka! Tiket Bas Balik Raya ke Kelantan Terus ‘Licin’

By Syafie25/02/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

By Shazwan Hisam27/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.