• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / KTMB Lancar Asean Express, Lokomotif Pajakan Pertama Malaysia Rentas Empat Negara

KTMB Lancar Asean Express, Lokomotif Pajakan Pertama Malaysia Rentas Empat Negara

June 27, 2024 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


KERETAPI Tanah Melayu Berhad (KTMB) hari ini secara rasmi melancarkan perkhidmatan kereta api kargo Asean Express dan lokomotif pajakan 'Pay-As-Use' pertama buatan Malaysia yang dirasmikan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.

Perkhidmatan kargo rentas negara itu dicapai hasil kerjasama strategik empat negara, iaitu Malaysia, Thailand, Laos, dan China.

Perkhidmatan ini dianggap lonjakan baharu dalam meningkatkan sektor perdagangan antarabangsa dan mengekalkan rantaian bekalan logistik di rantau ini.

Loke berkata;

KTMB menunjukkan komitmen terhadap inovasi dan kemajuan menerusi kerjasama dengan sektor swasta untuk perolehan lokomotif dan gerabak pajakan 'Pay-As-Use' buatan tempatan."

"Inisiatif ini contoh bagaimana kita dapat memanfaatkan kepakaran tempatan untuk mencapai hasil yang luar biasa."

Menurutnya lagi, enam lokomotif pajakan dan 204 gerabak dikeluarkan dari kilang SMH Rail Sdn Bhd di Rasa, Selangor.

Perkhidmatan Asean Express pula menawarkan alternatif lebih pantas dengan unjuran awal berkapasiti 20,000 TEU kontena yang mengambil masa sembilan hari perjalanan dari Kontena Nasional ICD ke Chongqing, China berbanding 14 hingga 21 hari jika melalui jalan laut.

Kereta api kargo ini juga akan membuka laluan perdagangan baharu dan memanfaatkan pelabuhan pedalaman seperti:

  • Depoh Perlepasan Dalam Negeri Kontena Nasional
  • Pelabuhan Pedalaman Perlis
  • Pelabuhan Pedalaman Latkrabang
  • Pelabuhan Kering Thanaleng
ASEAN EXPRESS
ASEAN EXPRESS (11)
ASEAN EXPRESS (2)
ASEAN EXPRESS (3)
ASEAN EXPRESS (6)
ASEAN EXPRESS (7)
ASEAN EXPRESS (5)
ASEAN EXPRESS (4)
ASEAN EXPRESS (9)
ASEAN EXPRESS (10)
ASEAN EXPRESS (8)

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: ASEAN, ASEAN Express, Auto Terkini, Kementerian Pengangkutan (MOT), Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Lokomotif Pajak Pertama Malaysia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • #TahukahAnda: 5 Simptom Mounting Enjin Kereta Anda Sedang Rosak
    #TahukahAnda: 5 Simptom Mounting Enjin Kereta Anda Sedang Rosak

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev