Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»KTM Racing Lantik Orang Kuat Pramac Ducati Sebagai Pengurus
Auto Terkini

KTM Racing Lantik Orang Kuat Pramac Ducati Sebagai Pengurus

WahidBy Wahid30/11/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ANDA mungkin tidak perasan, tetapi pengurus Red Bull KTM Racing, Mike Leitner (foto bawah) ialah individu yang sering ditemu bual ketika pasukan sedang bersiap atas petak grid mula MotoGP.

Terkini, KTM mengumumkan beliau tidak akan memainkan peranan sebagai pengurus pasukan itu lagi dan dipindahkan ke peranan konsultan.

BACA >>> Acosta Sah ke Moto2 Musim Depan, Sertai Red Bull KTM Ajo

KTM sebenarnya sudah menunjukkan kemajuan yang amat baik dalam MotoGP. Mereka berjaya memenangi perlumbaan pertama tahun lalu, selepas empat tahun mengambil bahagain dalam kelas premier itu. Jika dibandingkan pasukan lain, khususnya Aprilia, mereka masih belum memenangi satu pun perlumbaan sejak penyertaan pada 2012.

Namun, musim 2021 adalah menghampakan buat pasukan dari Austria itu. Walaupun Brad Binder dan Miguel Oliveira dapat memenangi satu perlumbaan masing-masing, mereka masih gagal meloloskan diri dalam kedudukan 10 pelumba teratas dalam banyak perlumbaan.

Sebenarnya situasi itu berlaku bukan kerana salah KTM, tetapi menjadi mangsa keadaan kerana Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM) dan pengendali MotoGP, Dorna mengehadkan pembangungan motosikal pada musim 2020 akibat pandemik Covid-19 selain penggunaan tayar depan baharu dibekalkan Michelin yang tidak serasi dengan casis RC16.

BACA >>> Miller Sambung Kontrak Semusim Lagi dengan Ducati

Apapun, jika laporan media Itali betul, tempat Leitner sebenarnya akan diambil alih Francesco Guidotti (foto atas) yang juga pengurus Pramac Ducati.

Pramac Ducati terbukti menyerlah beberapa musim lalu, bermula dengan Jack Miller dan Francesco ‘Pecco’ Bagnaia. Dua pelumba itu menunjukkan prestasi cemerlang hingga menundukkan pelumba pasukan pengilang Ducati, Andrea Dovizioso dan Danilo Petrucci. Akhirnya, kedua-duanya diserap ke pasukan pengilang Ducati bagi musim 2021.

BACA >>> Bagnaia Halang Marquez Jadi Juara GP Sepanyol, Mir Pungut Mata Berharga

Pelana mereka dalam pasukan satelit Ducati pula diberikan kepada mantan juara Moto2, Johann Zarco dan Jorge Martin (atas kiri). Martin berjaya memenangi perlumbaan MotoGP pertama dalam musim rookie sebelum akhirnya dinobatkan sebagai rookie terbaik 2021 walaupun tidak bertanding beberapa pusingan akibat kecederaan.

BACA >>> Martin Hadiahkan Kemenangan Pertama Buat Pramac Ducati di Austria
BACA >>> Oliveira Julang KTM Juara GP Sepanyol, Quartararo Kena Penalti Sebab Tayang Dada

Justeru perpindahan Guidotti dilihat sebagai kejutan besar.

KTM terkenal dengan status pasukan yang sanggup ‘memujuk secara agresif’ (dalam bahasa kasar, merampas) kakitangan terkenal daripada pasukan lain. Misalnya:

  • Dani Pedrosa sebagai penunggang ujian walaupun dia menghabiskan seluruh karier MotoGP bersama Honda. Input diberikan Pedrosalah yang membolehkan KTM membina jentera RC16 yang mampu bersaing dan memenangi  perlumbaan.
  • Syarikat WP Suspension di bawah naungan KTM berjaya menarik jurutera Öhlins, Peter Bergvall. Disebabkan itulah prestasi suspensi WP tiba-tiba menunjukkan peningkatan ketara.
  • Jun Miyazaki diambil dari Honda. Beliau ialah jurutera yang berkerjasama dengan  Shinya Matsumoto untuk menghasilkan transmisi seamless pertama untuk HRC. Teknologi transmisi itu sekarang digunakan semua pengeluar MotoGP.
  • Fabio Sterlacchini ialah jurutera kanan Ducati Corse, juga dibawa masuk ke KTM.

Namun status itu mungkin tidak adil buat KTM kerana ada juga stafnya dirampas pasukan lain, seperti jurutera data, Jenny Anderson yang diambil Honda untuk berkerja dengan Marc Marquez. Rupanya MotoGP pun macam liga bola sepak dunia.

BACA >>> Marquez Tidak Akan Sertai GP Valencia, Gegaran Otak Buat Penglihatan Berganda

Auto Terkini Dorna FIM Francesco Guidotti Kejuaraan Dunia MotoGP KTM MotoGP Pengurus Pasukan Red Bull KTM Racing Red Bull KTM Racing
Wahid

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Xiaomi SU7 Generasi Baharu (2026) Lancar, Jarak Sehingga 902 km, Cas Pantas 12 Minit!

    03/04/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    SUV EV Toyota Urban Cruiser 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM198,000

    03/04/2026
    Yamaha Tenere 700 2026
    Roda2

    HYLM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

    03/04/2026
    Datuk Seri Johari Abdul Ghani | automotif China
    Auto Terkini

    Malaysia Terbuka Terima Pelaburan Automotif China, Fokus Pembangunan Industri Nilai Tinggi

    02/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

    By Han Othman01/04/2026
    Ron95
    Auto Terkini

    Sekatan Kad Debit, Kredit Asing Beli RON95 Bermula 1 April

    By Syafie31/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Roda4

    Isuzu D-Max 2026 2.2L 8AT Kini Jadi Single Cab Automatik Pertama Malaysia!

    By Syafie01/04/2026
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Tesla Model Y L Diperkenal untuk Pasaran Malaysia, SUV 6-Kerusi, Jarak 681km WLTP

    By Syafie30/03/2026
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.