• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / KTM Mahu Jual Dua Jentera MotoGP RC16 2019, Harga RM1.42 Juta

KTM Mahu Jual Dua Jentera MotoGP RC16 2019, Harga RM1.42 Juta

August 11, 2020 By Aryon 1 Comment

226
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KTM memberikan peluang kepada peminat untuk membeli jentera MotoGP RC16 2019 siap lumba sebagai sebahagian pakej MotoGP luar biasa.

Pasukan itu kini mempunyai dua jentera prototaip RC16 untuk dijual pada harga €288,000 (RM1.42 juta), tidak termasuk VAT. Jadi apa yang pembeli akan dapat ialah:

  • Set penuh sut lumba Pol Espargaro
  • Helmet lumba yang ditandatangani Espargaro
  • Pek Acara MotoGP VIP untuk mana-mana acara 2021 (tertakluk akses litar). Pembeli akan menikmati pengalaman jelajah sebalik tabir, jumpa pelumba MotoGP dan set penuh pakaian pasukan Red Bull KTM Factory Racing
  • Akses hari minggu ke unit Red Bull Energy Station dengan katering penuh dan  pilihan makanan dan minuman ringan.
pol-espargaro
red-bull-ktm-factory-racing-pol-espargaro-2

Dengan jentera RC16 2019 ini, Espargaro meraih grid depan di Misano, mendapat tempat kelapan daripada 10 pelumba depan dan meraih 100 mata keseluruhan musim untuk KTM dalam MotoGP.

Dari segi spesifikasi, jentera siap lumba ini dijana enjin konfigurasi V, 4-silinder 1,000cc berkuasa 265hp dengan kelajuan maksimum 340kmj. Jentera ini turut dipasangkan sistem ekzos Akrapovic, kotak gear lancar dan frem trellis yang menjadi signatur KTM.

Jika berminat dan benar-benar serius, hubungi saja [email protected]

Artikel Berkaitan

226
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: auto terkini, Jentera MotoGP, KTM, KTM RC16 2019, Motosikal untuk Dijual, Pol Espargaro, Red Bull KTM Factory, roda2

Comments

  1. Jan says

    August 11, 2020 at 11:26 AM

    memang menggoda, rasanya sape yg ada duit mmg akan beli, jarang2 kot dapat beli mesin motogp yang betul2 pakai dalam race paling berprestige di dunia…

    kalau pergi trackday pakai motor ni, mesti rasa mcm artis pergi reunion sekolah, jadi tumpuan !

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: 5 Tanda Absorber Kereta Anda Perlu Tukar Baharu
    #TahukahAnda: 5 Tanda Absorber Kereta Anda Perlu Tukar Baharu
  • Perbandingan: Yamaha Y16ZR (2021) vs SYM VF3i Pro (2020), Model Mana Paling Berkuasa Sebenarnya?
    Perbandingan: Yamaha Y16ZR (2021) vs SYM VF3i Pro (2020), Model Mana Paling Berkuasa Sebenarnya?
  • Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?
    Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?
  • 7 Motosikal Terbaik untuk Penunggang Urban Harian di Malaysia
    7 Motosikal Terbaik untuk Penunggang Urban Harian di Malaysia

PANDU UJI

#TunggangUji: Modenas Pulsar RS200 (2021) yang Mesra Penunggang Amatur

SELEPAS melancarkan Pulsar RS200 (2021) edisi naik taraf ke pasaran, … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa yang Best, Tak Best Pasal Mercedes-AMG A35 4Matic Sedan?

APABILA berbicara tentang Mercedes A-Series, perkara pertama terlintas … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my