Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»KTM Lancar Jentera Advencer Paling Berkuasa, 1290 Super Adventure S (2021)!
Roda2

KTM Lancar Jentera Advencer Paling Berkuasa, 1290 Super Adventure S (2021)!

AryonBy Aryon28/01/20211 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KTM melancarkan model advencer perdana jenama itu, 1290 Super Adventure S (2021) dengan menampilkan perubahan gaya lebih segar dan naik taraf mekanikal serta ciri bantuan menunggang termaju.

Berikut apa yang baharu tentang 1290 Super Adventure S (2021):

  • Frem kini lebih pendek dan swingarm lebih panjang.
  • Dijana enjin 1,301cc LC8 V-Twin yang kini lebih ringan dan patuh Euro5 dengan menghasilkan kuasa 160hp @ 8,750rpm dan tork 140Nm @ 6,750rpm, masih sama seperti model terdahulu, dan juga kekal sebagai model paling berkuasa dalam segmen itu.
  • Bahagian rake dan trail kini diperketat daripada 26º/4.7 inci kepada 24.7º/4.3 untuk pengendalian lebih tajam tanpa menjejaskan aspek kestabilan.
  • Ergonomik keseluruhan diubah bagi meningkatkan keselesaan. Juga lebih aerodinamik dengan mendapat tangki minyak baharu, tinggi pelana rendah dan visor angin baharu boleh laras.
  • Pakej elektronik dibekalkan kawalan jelajah adaptif (ACC), juga pertama untuk model KTM, dengan sistem berasaskan radar yang dibangunkan Bosch. Ciri ini berfungsi mengekalkan jarak dengan kenderaan depan secara automatik dalam  lima tetapan jarak berbeza.
  • Menggunakan suspensi WP semi-aktif dengan unit kawalan suspensi (SCU) dinaik taraf yang boleh melaraskan redaman pada masa nyata, termasuk menawarkan lebih pelarasan prabeban belakang berbanding model terdahulu.
  • Unit unjuran inersia (IMU) 6-paksi Bosch baharu menjadi ciri penting di sebalik teknologi kawalan stabiliti (MSC), ABS selekoh dan kawalan traksi (MTC), serta lima mod tunggangan: Rain, Street, Sport, dan Offroad, manakala mod Rally sebagai opsyen.
  • Dibekalkan kluster instrumen TFT baharu dengan ciri konektiviti Bluetooth untuk sambungan telefon pintar dengan aplikasi KTM terbina dalam MyRide.
  • Ada tiga pakej ditawarkan, iaitu:
    • Rally Pack – ada mod Rally dengan tetapan MTC dan respon terotel boleh laras.
    • Suspension Pro – Redaman individual untuk fork dan monoshock, suspensi prabebn boleh laras automatik dengan tiga tetapan dan ciri antijunam aktif (boleh on/off).
    • Tech Pack – Dibekalkan teknologi paling terkini seperti ciri antigelincir MSR, kawalan pegun bukit (HHC), QuickShifter+ dan lampu brek adaptif.
  • Harga belum didedahkan. Apa yang pasti bukan murah!

BACA >>> KTM Super Duke R & KTM Super Adventure S Diperkenalkan – Harga Bermula RM115,000
BACA >>> Model Advencer Aras Mula, Honda CB400X (2020) Lancar di Jepun

Advencer Auto Terkini KTM KTM 1290 Super Adventure S (2021) roda2
Aryon

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Syarikat Penerbangan Asia Mula Naikkan Harga Tiket

10/03/2026
Roda4

Porsche Pertimbang Satukan Model Taycan dan Panamera

10/03/2026
Auto Terkini

Chery TIGGO 7 Raih Empat Penarafan Keselamatan Lima Bintang Global

10/03/2026
Roda2

Model Edisi Khas Vespa 946 Horse Raikan Tahun Kuda

10/03/2026

1 Comment

  1. Jan on 31/01/2021 11:05

    baik punya ejaan “advencer” haha

    mmg dia panggil cmtu ke? ataupun lawak jenaka?

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

By Shazwan Hisam06/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.