Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»KTM Komuter Utara Dilanjut 20 Perjalanan Sehari, Buka Tiga Stesen Baharu
Auto Terkini

KTM Komuter Utara Dilanjut 20 Perjalanan Sehari, Buka Tiga Stesen Baharu

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju05/09/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KERETAPI Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengumumkan lanjutan perkhidmatan KTM Komuter Utara laluan Padang Rengas–Butterworth– Padang Rengas hingga Ipoh, bermula sempena Hari Malaysia 16 September ini.

Sejak diperkenalkan pada 2015, Perkhidmatan KTM Komuter Utara meliputi dua laluan berikut:

  • Padang Besar – Butterworth – Padang Besar
  • Padang Rengas – Butterworth – Padang Rengas

SEBAB APA LANJUT PERKHIDMATAN?

Sejak 2015 hingga Ogos 2023, seramai 27.5 juta pengguna sudah menggunakan perkhidmatan KTM Komuter Utara.

Sambutan baik itu mendorong inisiatif lanjutan perjalanan ke Stesen Ipoh dengan tambahan dua stesen di laluan tersebut, iaitu Stesen Sungai Siput dan Stesen Kuala Kangsar.

APA KATA MENTERI PENGANGKUTAN?

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata;

Pihak Kerajaan melalui KTMB mendengar pandangan rakyat yang mahu perkhidmatan tren diteruskan melalui lanjutan perkhidmatan komuter di Sektor Utara yang sebelum ini bermula dan tamat di Stesen Padang Rengas dan kini dilanjutkan hingga Ipoh dengan dua stesen di antaranya, iaitu Stesen Kuala Kangsar dan Stesen Sungai Siput.

“Ia bertujuan memudahkan perjalanan orang ramai dan penduduk sekitar sama ada bagi urusan ke tempat kerja, pelajar bersekolah atau yang berada di pusat pengajian tinggi, termasuk keluarga yang membawa anak-anak bercuti, beli-belah dan sebagainya.”

LEBIH MANFAAT KEPADA PENDUDUK

Loke berkata lagi;

Dengan lanjutan perkhidmatan ini, manfaat dapat diberikan dari segi fleksibiliti kepada orang ramai, terutama yang tinggal di Ipoh, Sungai Siput dan Kuala Kangsar untuk menggunakan perkhidmatan komuter sebagai mod pengangkutan utama bagi urusan perjalanan mereka.

“Secara tidak langsung ia juga dapat menggalakkan aktiviti pelancongan domestik melalui rail tourism.”

MASA PERJALANAN, KADAR TAMBANG

Perjalanan dari Stesen Butterworth ke Stesen Ipoh mengambil masa sekitar 1 jam 56 minit. Berikut kadar tambang dikenakan untuk perjalanan sehala:

  • Dewasa – RM12.80 
  • Kanak-kanak, warga emas dan Orang Kelainan Upaya (OKU) – RM6.40

Waktu Perjalanan

Tren Pertama
  • Dari Stesen Ipoh ke Stesen Butterworth: 4.40 pagi
  • Dari Stesen Butterworth ke Stesen Ipoh: 5.30 pagi
Tren Terakhir
  • Dari Stesen Ipoh: 6.35 petang
  • Dari Stesen Butterworth: 7.10 malam

Penambahbaikan operasi menyaksikan 20 perkhidmatan sehari, berbanding 16 perkhidmatan sebelum ini dengan purata kekerapan setiap 60 minit (waktu puncak) dan setiap 120 minit (luar waktu puncak).

Auto Terkini Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) KTM Komuter Utara KTMB
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    #BIMS2026: Bangkok International Motor Show Ke-47 ‘Tayang’ Masa Depan Automotif

    26/03/2026
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    26/03/2026
    Nozel RON95 dan RON97
    Auto Terkini

    BUDI95 Kekal RM1.99 Seliter, RON97 dan Diesel Semenanjung Cecah Lebih RM5 Seliter

    26/03/2026
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    25/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    By Shazwan Hisam24/03/2026
    Auto Terkini

    Honda N-VAN 2026, Varian Turbo Baharu, Harga Mula RM37 Ribu

    By Abang Hirata20/03/2026
    Auto Terkini

    KTM 990 RC R 2026 Rasmi di Pasaran Global, Dari RM66,000

    By Shazwan Hisam15/10/2025
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.