Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»KTM Kembali, Bajaj Sedia Dana Lebih RM3.8 Bilion!
Auto Terkini

KTM Kembali, Bajaj Sedia Dana Lebih RM3.8 Bilion!

Abang HirataBy Abang Hirata23/06/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

KTM Is Back
BERITA baik buat peminat dunia KTM! Selepas berbulan-bulan usaha gigih dan perancangan strategik, KTM AG mengumumkan pencapaian penting kejayaan mengukuhkan hubungan dengan rakan kongsi lama, Bajaj, dan kini menjadikan syarikat gergasi India itu sebagai pelabur utama.

Ini menandakan babak baharu penuh harapan dan tenaga bagi jenama motosikal ikonik dari Austria itu.

CEO KTM, Gottfried Neumeister

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KTM AG, Gottfried Neumeister menyatakan rasa gembira dan penghargaan buat Bajaj.

Hari ini kami diberikan peluang meneruskan sejarah KTM. Bersama rakan kongsi lama kami, Bajaj, kami berjaya menyusun strategi yang akan membolehkan kami mengumpul tambahan €600 juta (RM2.88 bilion) untuk permulaan baharu, selain €200 juta (RM962 juta) yang sudah tersedia.

“Lokasi sedia ada, terutama kilang utama kami di Mattighofen/Munderfing, akan kekal menjadi asas kejayaan masa depan. Ini bermakna kami akan terus menjadi majikan penting bagi seluruh rantau.

“Melihat peluang kedua baharu ini, kami di KTM bersyukur dan rendah hati kepada semua pihak di dalam dan luar kumpulan syarikat yang menjayakannya.

“Saya juga ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada Stefan Pierer bagi pihak yang bersama kami sepanjang perjalanan. Beliau meletakkan asas bagi salah satu jenama motosikal paling terkenal dunia yang mempunyai komuniti unik,” katanya.

Dengan tenaga diperbaharui dan momentum tidak dapat dihentikan, KTM kini bersedia melangkah penuh ke babak seterusnya.

Bajaj Jamin Kelangsungan Perniagaan KTM

Bajaj Auto International Holdings B V memainkan peranan penting menyediakan dana diperlukan untuk memastikan kesinambungan perniagaan KTM. Ini termasuk membiayai penstrukturan semula hutang syarikat KTM yang sudah lama dinanti.

Terdahulu, kreditor KTM AG, KTM Components GmbH, dan KTM Forschungs & Entwicklungs GmbH meluluskan kuota rancangan penstrukturan semula sebesar 30 peratus pada 25 Februari 2025, yang harus dibayar selewatnya 23 Mei 2025.

Jumlah keseluruhan dan akhir diperlukan untuk membiayai kuota tersebut berjumlah €525 juta (RM2.52 bilion).

Bagi tujuan itu, pinjaman berjumlah €450 juta (RM2.16 bilion) diberikan kepada KTM AG, dan tambahan €150 juta (RM721.5 juta) kepada PIERER Mobility AG, yang kemudian baki dana tersebut disalurkan kepada syarikat KTM untuk penstrukturan semula hutang.

Perubahan Barisan Kepemimpinan

Verena Schneglberger-Grossmann

Dalam perkembangan lain, perubahan penting akan berlaku dalam barisan kepemimpinan. Pierer akan mengundurkan diri daripada Lembaga Eksekutif PIERER Mobility AG pada Jun 2025 selepas selesai prosiding penstrukturan semula.

Lembaga Penyeliaan melantik Verena Schneglberger-Grossmann, yang bersama kumpulan itu sejak November 2015 sebagai ahli baharu Lembaga Eksekutif (Ketua Pegawai Undang-Undang) PIERER Mobility AG. Beliau akan bekerjasama dengan Neumeister, dalam memajukan syarikat.

Motosikal KTM 2025: Pengembaraan Baharu Bakal Bermula!

Babak baharu KTM diserikan lagi dengan pengumuman mengujakan bagi peminat motosikal. Model baharu seperti KTM 125 SMC R, KTM 390 SMC R, KTM 125 Enduro R, KTM 390 Enduro R, KTM 390 Adventure X, dan KTM 390 Adventure R akan mula tiba di pengedar sah KTM seluruh dunia.

Siri motosikal baharu itu menjanjikan prestasi serius dengan suntikan tenaga segar kepada kedua-dua siri Street dan Adventure KTM.

KTM 125 dan 390 SMC R 2025
KTM Enduro R 2025
KTM 390 Adventure R 2025

 

bajaj Gottfried Neumeister KTM KTM AG PIERER Mobility AG roda2
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Honda Super-N Diperkenal, Hanya GBP20k (RM106k)!

    10/04/2026
    Honda Vario 125 Street 2026
    Roda2

    Honda Vario 125 Street 2026 Rasmi Tiba di Malaysia – Gaya Street, Harga RM7,468

    10/04/2026
    Auto Terkini

    Denza Z9GT: Shooting-Brake China Kini Di Eropah, Fungsi Crab-Walk, EV dan Hibrid

    10/04/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    Kerajaan Teliti Mekanisme MyKad, MyKasih untuk Subsidi Diesel

    10/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

    By Syafie10/04/2026
    Pakej aksesori Mitsubishi Xforce 2026
    Aksesori

    MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700!

    By Syafie09/04/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
    Auto Terkini

    Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Yamaha Tenere 700 2026
    Roda2

    HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Moto Morini X-CAPE 700 2026
    Roda2

    Moto Morini X-CAPE 700 2026 Kini di Malaysia, Harga RM33,888

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Proton X50 2026 Quartz Black
    Roda4

    Proton X50 2026 Terima Warna Quartz Black, Gantikan Passion Red

    By Shazwan Hisam09/04/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Ford Ranger Super Duty – 209 Horsepower, Harga Hampir RM200k di Thailand

    By Shazwan Hisam01/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.