• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / KTM Gugurkan RC 390 Di Semua Pasaran Global Kecuali India

KTM Gugurkan RC 390 Di Semua Pasaran Global Kecuali India

December 22, 2025 By Shazwan Hisam Leave a Comment

FacebookTwitter

Jenama Austria, KTM secara rasmi menamatkan jualan model sportsbike kapasiti kecil RC 390 di semua pasaran antarabangsa kecuali India, menandakan penamat perjalanan lebih sedekad model tersebut di peringkat global.

Data Kurang Positif

Menurut laporan MCN, pengeluar dari Austria itu memaklumkan bahawa jentera satu silinder berkenaan gagal mencatatkan permintaan mencukupi dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Keadaan menjadi lebih mencabar apabila kos untuk menaik taraf enjin 373 cc bagi memenuhi piawaian emisi Euro 5+ dijangka melonjakkan harga jualan, pada ketika banyak pasaran sedang berdepan tekanan ekonomi.

Susulan keputusan tersebut, RC 390 akan digugurkan daripada barisan produk di Eropah, UK dan pasaran antarabangsa lain. Stok sedia ada di pengedar dijangka akan terus dijual sehingga sepanjang tahun 2026.

India Kekal Sebagai Pasaran Utama

Bagaimanapun, terdapat satu pengecualian penting. Pengeluaran RC 390 akan diteruskan khusus untuk pasaran India, di mana KTM menyatakan permintaan masih cukup kukuh untuk mengekalkan model ini dalam pengeluaran.

India ketika ini menjadi satu-satunya pasaran yang menunjukkan prestasi jualan memadai, sejajar dengan kedudukan negara itu sebagai pangkalan kepada syarikat induk KTM, Bajaj.

Sejarah & Perkembangan RC 390

Dilancarkan buat pertama kali pada tahun 2014 berasaskan platform Duke 390, RC 390 telah melalui beberapa kemas kini sepanjang hayatnya. Naik taraf terbesar diperkenalkan pada tahun 2022, merangkumi paparan TFT, pakej elektronik sensitif kecondongan, serta sistem penyejukan yang dipertingkatkan.

Pengumuman penamatan ini hadir walaupun KTM baru-baru ini melabur besar dalam pembangunan platform 390 mereka. Bermula pada 2024, KTM memperkenalkan enjin baharu 399 cc untuk Duke 390, sebelum mengembangkan penggunaan enjin tersebut kepada beberapa model lain termasuk 390 Enduro R, 390 SMC R, serta 390 Adventure Rdan 390 Adventure X.

Langkah ini memberi gambaran jelas bahawa fokus KTM kini beralih kepada segmen naked, adventure dan dual-sport, berbanding sportsbike kecil di pasaran global.

SUMBER: MotorcycleNews.com

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: beginner bike, beginner sportbike, ktm malaysia, KTM RC 390, superbike

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my