Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»KTM 390 Duke Adventure (2023) di India Kini dengan Fork USD, Monoshock Boleh Laras
Roda2

KTM 390 Duke Adventure (2023) di India Kini dengan Fork USD, Monoshock Boleh Laras

AryonBy Aryon16/05/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KTM India hasakhirnya melancarkan model paling ditunggu KTM 390 Adventure (2023) yang dikemas kini dengan for terbalik (USD) boleh laras di depan dan rim jejari.

Model advencer itu kini tampil lebih versatil yang dijual pada harga 360,000 rupee (RM19700), iaitu 80,000 rupee (RM4,380) lebih mahal daripada varian X dan 22,000 rupee (RM1,200) lebih mahal daripada varian standard.

Apa yang baharu dengan KTM 390 Adventure (2023) versi kemas kini ini?

Naik taraf paling signifikan ialah fork USD WP Apex 23 boleh laras lantunan (rebound) dan mampatan (compression) di depan, manakala monoshock WP Apex juga boleh laras jenis prabeban dan lantunan di belakang.

Tetapan suspensi itu membolehkan penunggang melaraskan spring mengikut gaya tunggangan masing-masing dan pilihan kondisi jalan.

Sistem brek cakera tunggal di depan dan belakang dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) Bosch 9.1 MP berserta ABS Belokan dan mod off-road boleh nyah aktif.

Model ini juga didatangkan dengan rim aluminium anod hitam 19 inci di depan dan 17 inci dengan set tayar Metzeler Tourance.

Kombinasi rim dan tayar tiubles itu membantu meningkatkan keupayaan off-road, terutama ketika menunggang di permukaan jalan berbatu. Set rim kali ini lebih baik daripada unit aloi pada model terdahulu.

Rekabentuk KTM 390 Adventure (2023) dikekalkan seperti model 2022 dengan lampu utama vertikal dan lampu siang (DRL) bentuk bumerang. Begitu juga bentuk maskular tangki minyak yang lebar. Namun, model edisi 2023 ini menjadi skema warna baharu Rally Orange (jingga) yang meniru jentera Dakar KTM.

Dijana enjin 4-lejang silinder tunggal 373cc penyejukan cecair dengan sistem suntikan bahan api (FI) berkuasa 42.9hp dan tork 37Nm, manakala transmisi klac manual 6-kelajuan berserta ciri klac antigelincir (slipper clutch).

KTM 390 Adventure (2023) turut mendapat sistem lampu LED penuh, panel meter TFT dengan paparan spidometer, meter trip, odometer, bar petrol, takometer, suhu enjin, dan konektiviti telefon pintar. Juga dilengkapi ciri bantuan penunggang seperti  quickshifter, kawalan traksi, ABS belokan dan off-road, serat mod tunggang.

SUMBER: BikeWale

KTM 390 Duke Adventure (2023) KTM India naked bike roda2 Sportbike Advencer
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    CHJ Motors Sambut Ulang Tahun ke-55, Lancar Kempen ‘Satu Motor, Satu Rumah Impian’ – Hadiah Kondominium

    28/03/2026
    Aveta Care On Wheels
    Auto Terkini

    Aveta Perluas ‘Care on Wheels’ – Servis Mobile Lebih Pantas, Liputi Seluruh Semenanjung Malaysia

    27/03/2026
    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    24/03/2026
    Auto Terkini

    Aprilia RS 660, RS 457 Kuasai Pasaran Itali, Pegang Lebih 21% Segmen Sport Bike

    23/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    By Syafie26/03/2026
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    By Shazwan Hisam24/03/2026
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.