Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»KTM 390 Adventure (2019) Lancar Tahun Depan
Roda2

KTM 390 Adventure (2019) Lancar Tahun Depan

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju24/06/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KTM mengesahkan 390 Adventure akan dilancarkan tahun depan. Sejak debut generasi pertama 390 Duke pada 2013, sudah ada desas-desus mengenai jentera KTM versi advencer itu.

Sebenarnya, ada  sebab untuk peminat KTM bergembira kerana portfolio antarabangsa pengeluar dari Austria itu sudah sedia membariskan jentera kembara terbaik. Jangan lupa penguasaan KTM dalam rali Dakar (menang kejuaraan rali sejak 2001).

Selain itu, kesedaran dan penerimaan umum terhadap motosikal dwi kegunaan atau dual purpose juga mula mendapat tempat di hati peminat dua roda. 390 Adventure (2019) diilhamkan daripada 1290 Super Adventure dan di peringkat antarabangsa, model itu ditawarkan dalam dua varian, versi jalanan dan off-road.

BACA >>> #TunggangUji: Reviu KTM 250 Duke dan 390 Duke (2017), dari USJ ke Bukit Tinggi

Jadi KTM mungkin menggunakan pendekatan sama untuk 390 Adventure (2019) yang juga bakal ditawarkan dalam dua varian. KTM pastinya mensasarkan pelanggan berbeza menerusi beberapa pengubahsuaian yang menumpukan kepada aspek jelajah atau touring dengan tayar jalanan, dan rim aloi, termasuk ciri ergonomik yang lebih selesa untuk tunggangan jarak jauh.


Sebaliknya, varian off-road didatangkan dengan suspensi travel panjang, bunga tayar besar, rim jejari, jarak kelegaan tanah tinggi dan panel badan yang sedikit tirus sebagai habuan meredah trek kecil. Malah versi scrambler berasaskan 390 Duke juga dilihat sedang diuji di pinggir Mattighofen, Austria tahun lalu.

Ada kemungkinan KTM melancarkan 390 Adventure (2019) dalam satu varian terlebih dahulu sebelum varian lain menyusul secara berjadual. Namun, tidak mustahil KTM mempunyai melakukan kejutan.

BACA >>> KTM RC 390 R (2018), Model Edisi Terhad untuk Pelumba Serius – 500 Unit Sahaja

390 Adventure (2019) mungkin menggunakan enjin sama seperti 390 Duke, iaitu 373cc, silinder tunggal penyejukan cecair. Kami jangka jurutera KTM akan menala motosikal itu untuk prestasi low-end lebih baik dan beberapa perubahan lain seperti nisbah gear dikemas kini dan gegancu atau sprocket belakang besar.

Mungkin juga prestasi top-end 390 Adventure (2019) diturunkan berbanding 390 Duke. KTM mendakwa model baharu itu akan jadi mesin yang dapat menunggang jarak jauh dan kelajuan jelajah selesa 120 hingga 130kmj. Pesaing kepada BMW G 310 GS itu bakal melakukan debut pada Pameran Motosikal Intermot di Jerman atau Pameran Motosikal Milan (EICMA) di Itali.

SUMBER: AutoCarIndia

Dual-Purpose KTM KTM 390 Adventure KTM 390 Adventure (2019) KTM 390 Duke ktm malaysia roda2
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

05/03/2026
Roda2

KTM 1390 Super Adventure S Evo 2026 untuk Jepun, Guna Transmisi AMT!

05/03/2026
Honda X-ADV 2026
Roda2

Honda X-ADV 2026 Dapat Warna Baharu, Kini Lebih Mesra Alam

03/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

By Shazwan Hisam27/02/2026
Anthony Loke-Siew Fook | Tonto
Auto Terkini

MOT Sokong SPRM Tahan Penguat Kuasa Terlibat Kartel Tonto

By Syafie04/03/2026
Hakim Danish
Sukan Permotoran

#Moto32026: Jentera Hakim Danish Nyaris Terbabas di GP Thailand

By Shazwan Hisam27/02/2026
Kenali jiwa motosikal anda
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…

By Shazwan Hisam01/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.