Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kronologi ‘Valve-Gate’: Beza Material Punca Yamaha Ditolak Mata
Auto Terkini

Kronologi ‘Valve-Gate’: Beza Material Punca Yamaha Ditolak Mata

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju14/11/2020
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PENULIS majalah sukan pemotoran, Mat Oxley menulis kronologi insiden ‘valve-gate’ pasukan Yamaha hingga dipotong mata akibat gagal mematuhi protokol perubahan teknikal yang memerlukan kelulusan Persatuan Pengilang Permotoran (MSMA).

Akibatnya, Yamaha Motor Company didenda potongan 50 mata dalam kategori pengeluar. Mujurlah tidak melibatkan mata terkumpul pelumba-pelumba pasukan itu yang majoriti menduduki ranking atasan.

BACA >>> Jarvis: Yamaha Rekrut Lorenzo Sebab Rossi Hendak Masuk F1

Berikut garis masa insiden ‘valve-gate’ tersebut:

1. Masalah injap Yamaha YZR-M1 bermula sejak musim sejuk penghujung 2019 dan awal 2020 kerana pengeluar yang menghasilkan injap jentera itu menghentikan pengeluaran.

2. Kemudian, Yamaha Factory Racing menemui vendor baharu untuk injap tersebut dan memulakan musim dengan menggunakan produk daripada dua pengeluar berbeza.

3. Walaupun dua pengeluar berbeza, tetapi spesifikasi sama. Namun, ini menyalahi peraturan enjin MotoGP yang mewajibkan enjin setiap pelumba mesti sama dengan enjin contoh seperti dihantar kepada unit kawalan teknikal MotoGP sebelum perlumbaan pertama. Inilah dimaksudkan  Yamaha sebagai salah faham regulasi.

4. Penghantaran enjin untuk homologasi adalah mengikut kumpulan (per-batch), dan bukan lima enjin serentak. Enjin yang dihantar Yamaha ke trek untuk disahkan ialah dua enjin setiap pelumba (keseluruhan lapan enjin) dengan injap vendor baharu.

5. Enjin kumpulan pertama rosak akibat masalah teknikal disebabkan panas lampau (overheat) pada pusingan pertama MotoGP di Jerez. Yamaha menghasilkan kumpulan enjin seterusnya dengan injap dari pembekal injap lama (yang sudah tutup operasi).

6. Umumnya dimensi injap baharu dan lama (dari dua pengeluar berbeza) adalah sama. Berdasarkan maklumat itu, sudah jelas Yamaha tidak melanggar syarat homologasi dan isu ini perlu dibetulkan hingga ada kesalahan maklumat.

7. Ini kerana ada dua jentera pertama menggunakan produk buatan pengilang B, manakala jentera selepas itu menggunakan buatan pengilang A. Inilah isyarat pertama Yamaha sudah melanggar regulasi.

8. Kedua, Yamaha menggantikan spesifikasi injap itu, yang dianggap sama (kerana salah faham regulasi) tanpa protokol betul, iaitu menggunakan pintu pertama MSMA untuk berbincang mengenai rancangan penukaran itu.

Logo MotoGP

9. Yamaha ke jabatan teknikal Dorna dan inilah sebenarnya keperluan penjelasan daripada Dorna. Adakah Dorna membenarkan penggunaan injap baharu pada kumpulan jentera pertama? Secara logik, orang Jepun yang begitu patuh peraturan mengambil keputusan sedemikian.

10. Angka perbatuan enjin Yamaha makin mencapai had maksimum yang layak digunakan Maverick Vinales dan Fabio Quartararo. Yamaha merancang menukar injap enjin di Jerez seperti digunakan Quartararo supaya dapat dipertingkat (maksudnya, enjin perlu dirombak), tetapi ini memerlukan persetujuan MSMA.

11. Namun, permintaan inilah membuatkan rancangan Yamaha diketahui umum, termasuk isu penggunaan injap yang tidak mengikut spesifikasi. Kedua, soal protokol penukaran injap salah pada kumpulan enjin pertama.

12. Yamaha sedang berusaha mengemukakan analisis bebas untuk dua produk injap tersebut dengan harapan boleh membuktikan kepada pasukan kawalan teknikal MotoGP yang keduadua jenis injap itu adalah sama.

13. Inilah menyebabkan masalah itu diperkatakan sejak awal November lalu. Hasil analisis baharu akan diketahui akhir minggu lalu (sebelum GP Valencia pertama) . Hasilnya, walaupun dimensi sama, tetapi ada perbezaan dari segi sifat komposisi titanium-aluminium dan kekerasan kedua-dua jenis injap berkenaan.

Injap yang digunakan di GP Jerez pertama adalah kebih lemnbut secara signifikan berbanding versi homologasi (injap buatan pengeluar pertama), dengan perbezaan 50 peratus.

14. Hasil analisis material daripada dua injap itu jugalah yang memaksa bos Yamaha, Lin Jarvis (foto atas) mengakui terdapat beberapa perbezaan dalam material.

15. Selepas mengadakan pertemuan dengan panel FIM MotoGP Stewards, Yamaha dan anggota MSMA lain berbincang mengenai masalah tersebut dan memutuskan Yamaha akan dikenakan hukuman, iaitu pemotongan mata terkumpul.

BACA >>> Rossi: Rea Cukup Laju untuk Berlumba dalam MotoGP
BACA >>> Rossi Geram dengan Zarco Sebab Sengaja Brek Depan Muka Morbidelli

2020 MotoGP Auto Terkini Lin Jarvis Mat Oxley Pasukan Yamaha MotoGP roda2 Valve-Gate Yamaha Yamaha Ditolak Mata Yamaha M1
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Frauscher x Porsche 790 Spectre, Bot Guna Trenkuasa Porsche Macan!

25/01/2026
Auto Terkini

Pemandu Mabuk Rempuh Palang Keselamatan Pintu 2 Istana Negara

24/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Denza Malaysia Rai Ulang Tahun Pertama, Harga D9 Kekal Hingga 2026

24/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Tesla Model Y Long Range RWD Kini di Malaysia, Jarak 661km WLTP, Harga RM216,450

24/01/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Spider Ace 115 Tiga Roda
Roda2

Modenas Spider Ace 115: daripada Kapcai Standard Jadi Tiga Roda

By Syafie19/01/20261
Warga asing bawa lori sampah
Auto Terkini

JPJ Tak Halang Warga Asing Bawa Lori Sampah Kalau…

By Syafie21/01/2026
Lepas L8
Roda4

Lepas Umum Perluas Rangkaian di Malaysia, Debut Separuh Pertama 2026

By Syafie23/01/2026
Pemegang lesen memandu yang tamat tiga tahun tidak layak mendapat subsidi RON95
Auto Terkini

Tiada Lagi Bukti Perjalanan Luar Negara untuk Lesen Memandu Fizikal, Caj RM20

By Syafie23/01/2026
Modenas Z15GT 2026
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapa Modenas Guna Nama ‘Z15GT’?

By Syafie19/01/2026
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/20261
Yamaha NMAX 155 ABS 2025 | Japan
Roda2

Yamaha NMAX 155 ABS 2026 Perkenal Warna Baharu untuk Jepun!

By Abang Hirata20/01/2026
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Benarkah Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie19/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.