Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»KP Kesihatan: Tiada Penghantar Makanan Malaysia Positif Covid-19
Auto Terkini

KP Kesihatan: Tiada Penghantar Makanan Malaysia Positif Covid-19

AryonBy Aryon18/04/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) masih belum mengesan sebarang kes positif Covid-19 dalam kalangan penghantar makanan di negara ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Bagaimanapun, mereka yang terlibat dalam perkhidmatan itu perlu melakukan langkah pencegahan seperti menjalani ujian saringan di klinik kesihatan atau klinik swasta bagi memastikan mereka bebas virus tersebut.

“Bagi mereka yang berdaftar, menjadi tanggungjawab syarikat menanggung kos ujian saringan. Bagi mereka yang tidak berdaftar mereka digalakkan tampil ke klinik kesihatan KKM atau swasta bagi memastikan mereka sihat untuk menjalankan tugas.

“Ini kerana kita melihat mereka ini sebagai golongan yang berisiko terdedah kepada virus ini,” katanya dalam sidang media harian perkembangan COVID-19 di Putrajaya, semalam.

BACA >>> Selangor Buka e-Bazar Ramadan dengan Kerjasama Grab

Pada Jumaat lalu, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, semua pekerja penghantar makanan yang berkhidmat dengan syarikat e-hailing atau dilakukan secara individu perlu menjalani saringan kesihatan sebelum dibenarkan beroperasi sepanjang Ramadan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa.

Terdahulu, ada laporan media luar negara mendakwa seorang penghantar piza di Delhi, India disahkan positif Covid-19, tetapi masih meneruskan kerja walaupun menunjukkan simptom dijangkiti virus itu selama 20 hari.

Dr Noor Hisham berkata, KKM juga mencadangkan golongan penghantar makanan diwajibkan menjalani saringan kesihatan seperti pengendali makanan sekarang ini.

KKM juga sedang meneliti garis panduan wakil rakyat yang mahu turun padang bagi menyampaikan bantuan kepada penduduk kawasan mereka. Perkara itu akan turut dibincang dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Ini bagi memastikan semua pergerakan akan mematuhi langkah pencegahan seperti jarakan sosial dan sebagainya,” katanya.

BACA >>> Rider Foodpanda Kini Dapat Caruman Perkeso

SUMBER: Bernama

Auto Terkini Covid-19 Datuk Dr Noor Hisham Abdullah Foodpand GrabFood Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) KKM Majlis Keselamatan Negara (MKN) Penghantar Makanan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Rider
Aryon

Artikel Berkaitan

JAECOO J5 lancar di Malaysia
Roda4

JAECOO J5 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM102,000!

05/03/2026
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

05/03/2026
LRT3 sudah 93.3 peratus siap
Auto Terkini

Projek LRT3 Lewat Siap, Kontraktor Berdepan Denda LAD RM474.8 Juta

04/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

By Shazwan Hisam27/02/2026
Anthony Loke-Siew Fook | Tonto
Auto Terkini

MOT Sokong SPRM Tahan Penguat Kuasa Terlibat Kartel Tonto

By Syafie04/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.