Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Kos Penyelenggaraan EV Lebih Jimat Berbanding Trenkuasa Konvensional?
Autotainment

Kos Penyelenggaraan EV Lebih Jimat Berbanding Trenkuasa Konvensional?

ShawkathBy Shawkath26/10/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Kongsi
Facebook Twitter Telegram Threads

KEBANYAKAN pemilik kereta sudah biasa dengan rutin pemeriksaan dan penyelenggaraan berkala, sama ada setiap 5,000km atau 10,000km. Setiap kunjungan ke premis pemeriksaan, ada beberapa komponen wajib ditukar seperti minyak enjin, pemeriksaan sistem bahan api dan juga sistem transmisi.

Pada masa sama, penyelenggaraan kenderaan elektrik (EV) pula nampak lebih mudah dan bersifat ekonomi disebabkan hanya beberapa komponen mekanikal perlu dijaga berbanding kenderaan enjin konvensional (petrol atau diesel).  

BACA >>> Harga Kereta Elektrik Turun Hampir 50 Peratus di China, Dapat Beli Semurah RM8.3k
BACA >>> Honda Mahu Lancar 10 Model EV Di China Dalam Tempoh 5 Tahun

Kurang Rasa Bimbang dan Kos Penggunaan 

Laporan Consumer Reports oleh penganalisis Chris Harto mendapati pemilik EV di Amerika Syarikat mampu jimat 50 peratus kos baik pulih dan penyelenggaraan berbanding pemilik kenderaan pembakaran dalaman (internal combustion engine – ICE).

Kajian itu dibuat dengan pengumpulan data pada 2019 dan 2020, membabitkan beribu-ribu unit kenderaan yang digunakan sehingga jarak 200,000 batu atau 321,000km.

Statistik Consumer Reports mendapati kos purata penyelenggaraan dan baik pulih EV dan kenderaan ICE untuk jarak setiap batu adalah seperti berikut:

  • EV: AS$0.03 (RM0.12) 
  • ICE: AS$0.06 (RM0.25)

*Jarak 1 batu menyamai 1.6km.

BACA >>> Tidak Boleh Cas EV Sambil Jerang Air, Pesan Firma Elektrik UK
BACA >>> 8 Sebab Kenapa Motosikal Elektrik Lebih Baik daripada Motosikal Petrol?

Kumpulan pengkaji Consumer Reports menyatakan unit trenkuasa yang lebih ringkas dengan faktor tidak perlu tukar minyak enjin secara berkala adalah penyebab utama kos penyelenggaraan EV lebih rendah berbanding enjin diesel atau petrol.

Dalam sesebuah EV, motor elektrik digunakan mengandungi dua bahagian utama iaitu komponen bergerak (rotor) dan komponen jana kuasa statik (stator).

Kedua-dua komponen itu mempunyai jangka hayat lebih baik dan aspek penjagaan cuma membabitkan kerja-kerja pembersihan, pemeriksaan, tambahan bahan pelincir pada bebola besi (bearing) selain pemeriksaan wayar elektrik.

Selain unit motor, ada dua lagi komponen penting pada EV iaitu sistem kotak gear dan pek bateri yang tidak memerlukan kerja-kerja penyelenggaraan rumit. Mungkin sekadar penukaran minyak kotak gear atau cecair penyejuk untuk sistem penyejukan bateri.

Sebagai tambahan, banyak pengeluar EV menawarkan polisi waranti antara 8 hingga 10 tahun atau sejauh 160,000km untuk pek bateri. Ini mengurangkan rasa bimbang pemilik mengenai daya tahan bateri semasa menggunakan kenderaan EV.

Setiap bulan, pemilik EV perlu memeriksa kadar kehausan tayar dan tekanan angin dalam tayar untuk memastikan kenderaan mereka berada dalam tahap operasi terbaik (sama untuk kenderaan ICE).

Pemeriksaan lain ialah bekalan solusi bantuan seperti bahan pencuci cermin dan bendalir brek agar mencukupi.

BACA >>> Azani – Hypercar Elektrik Pertama India Sekuat 1,000hp, Sepantas 322kmj
BACA >>> #TahukahAnda: Benarkah Tayar Belakang Lebih Besar Boleh Tambah Top Speed?

INI SARANAN GREEN CARS

  • Laman web Green Cars mengesyorkan pemilik EV membawa kenderaan mereka ke pusat servis bertauliah untuk pemeriksaan paras cecair penyejuk, pembalik (inverter), kuasa bantuan (auxiliary power) dan modul pengecas.
  • Ada beberapa komponen mekanikal EV yang perlu dipertimbangkan dan dinilai seperti kenderaan ICE seperti sistem stereng, brek, stereng kuasa, syaf transmisi dan casis. Tidak lupa juga sistem lampu dan penyaman udara.
  • Green Cars mengesyorkan pemilik EV menukar pengilap cermin, penapis penyaman udara, cecair coolant pada jarak pemanduan  24,000km (15,000 batu), 58,000km (36,000 batu) dan 120,000km (75,000 batu).
  • Sistem brek, tayar dan suspensi perlu diperiksa secara berkala mengikut jadual setiap 5,000 hingga 10,000km. Penggantian perlu dibuat jika mengesan ada kerosakan atau haus.
  • Ada beberapa pengeluar kenderaan seperti  Renault dan Skoda mengesyorkan pemilik membuat penyelenggaran utama EV setiap  30,000km iaitu lebih tinggi berbanding kereta petrol atau diesel (antara 15,000-20,000km).

BACA >>> Kajian: Pemandu Berusia Lebih Pandai Selenggara Kereta, Pilih Baca Peta Manual
BACA >>> Ini Senarai Harga Kos Servis, Penyelenggaraan Bugatti Chiron Pur Sport…
BACA >>> Perlukah Ambil Kira Faktor Jenama Sebelum Beli Kereta Baharu?
BACA >>> SIDRIVE IQ: Aplikasi Mudah Alih Pantau Kondisi Bering Motor Elektrik Kereta Hibrid, EV

SUMBER: Zing

EV EV vs Petrol kereta elektrik Kos Penyelenggaran Kereta EV Roda4 Servis EV murah
Shawkath

Artikel Berkaitan

BMW Group, dan Universiti Malaysia (UM), bekerjasama untuk aplikasi bateri hayat kedua.
Auto Terkini

BMW, UM Meterai MoU untuk Pembangunan Aplikasi Bateri EV Terpakai

16/01/2026
New Kia Carnival 2026
Roda4

Kia Carnival 2026 Baharu Rasmi Lancar di Malaysia, CKD dari Kulim, Harga Mula RM188,888

16/01/2026
Roda2

Honda UC3, skuter EV 122km Kini di Thailand dan Vietnam, sekitar RM17 ribu!

15/01/2026
Toyota Vellfire 2.5 HEV Executive Lounge 2025
Roda4

Toyota Vellfire HEV 2026 Kini di Malaysia, Harga RM549,800!

13/01/2026
Add A Comment
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 991.8K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Betul Ke Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie15/01/2026
Yamaha Ego Avantiz 2026 Roda2
Roda2

Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

By Shazwan Hisam12/01/2026
Modenas Z15GT 2026 Auto Terkini
Auto Terkini

#Tahukah Anda: Kenapa Modenas Guna Nama Z15 GT?

By Syafie15/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Spider Ace: Ace 115 Tiga Roda untuk Kegunaan Industri?

By Syafie15/01/2026
Jenama automotif paling laris di Malaysia sepanjang 2025 Auto Terkini
Auto Terkini

10 Jenama Kereta Terlaris Sepanjang 2025, Perodua Kekal Raja Automotif Malaysia!

By Syafie13/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)
Kenderaan Elektrik (EV)

XPENG G6 Standard Range Rasmi di Malaysia, Harga RM158,888

By Shazwan Hisam16/01/2026
Pandu uji dan menang cabutan bertuah Chery PHEV Auto Terkini
Auto Terkini

Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!

By Syafie12/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.