• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Konspirasi Juara MotoGP: Presiden FIM Malas Layan Tuduhan West

Konspirasi Juara MotoGP: Presiden FIM Malas Layan Tuduhan West

January 29, 2020 By AI Leave a Comment

36
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MANTAN pelumba MotoGP, Anthony West baru-baru ini mencetuskan kontroversi apabila bertindak mengecam Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM), termasuk mendedahkan konspirasi di sebalik Kejuaraan Dunia MotoGP sambil menuduh badan pengendali itu sebagai korup kerana cuba mengawal keputusan perlumbaan.

Segalanya berlaku apabila West diharamkan terbabit dalam sebarang perlumbaan motosikal, termasuk Kejuaraan Superbike Brazil yang menurut pelumba Australia itu tiada kaitan langsung dengan FIM. Dia yang berang dengan keputusan berkenaan menuduh FIM cuba menyekat karienya dalam dunia permotoran.

BACA >>> Tak Puas Hati Haram Berlumba, West Bongkar Konspirasi FIM Tentukan Juara MotoGP

Apakah pula respons FIM susulan kenyataan pedas West tersebut?

jorge-viegas-1
jorge-viegas-2

Presiden FIM, Jorge Viegas berkata, FIM akan tetap tegas terhadap hukuman yang diputuskan ke atas West mengenai penggunaan bahan terlarang.

Menurutnya, FIM tidak berminat mengambil tindakan ke atas West kerana sudah ada terlalu banyak isu mengenai pelumba yang mendakwa mereka turun berlumba, tetapi gagal menjadi yang terbaik.

"Denda ke atas Anthony West sudah berlarutan sangat lama. Dia pelumba hebat yang turun ke trek dan bukan yang terbaik. Pada masa ini, sudah ada banyak isu untuk kami respon pasal ayat terdesak itu," katanya.

Menurut Viegas, apa dilakukan FIM adalah mengikut perjanjian dengan WADA (badan dadah sukan), dan bukan keputusan sendirian.

Nampaknya Presiden FIM sendiri tidak mahu ambil peduli tentang apa diperkatakan West. Entahkan betul, entahkan tidak. Mungkin isu tersebut akhirnya akan berkubur begitu saja dan West pula kena move on  dan mencari bidang baru untuk mencari nafkah hidupnya.

Hmmm...

BACA >>> Mahkamah Rayuan MotoGP: Dovizioso Kekal Juara, Peranti Swingarm Boleh Digunakan

SUMBER: VisorDown

Artikel Berkaitan

36
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: 2020 MotoGP, Anthony West, auto terkini, FIM, Jorge Viegas, MotoGP, Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM), roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #Spyshot: Kelibat Skuter SYM Jet X 150 Sedang Diuji di Lebuhraya PLUS?
    #Spyshot: Kelibat Skuter SYM Jet X 150 Sedang Diuji di Lebuhraya PLUS?
  • Drama Belum Siar, Tapi Netizen Pertikai Aksi Tembak 'Skuad JPJ'!
    Drama Belum Siar, Tapi Netizen Pertikai Aksi Tembak 'Skuad JPJ'!
  • Hyundai Kona (2021) Facelift Tiba! Boleh Pecut 198kmj, Harga Mula RM119k!
    Hyundai Kona (2021) Facelift Tiba! Boleh Pecut 198kmj, Harga Mula RM119k!
  • Honda Civic (2022) Generasi ke-11 Dedah Imej Rasmi!
    Honda Civic (2022) Generasi ke-11 Dedah Imej Rasmi!

PANDU UJI

#TunggangUji: Modenas Pulsar RS200 (2021) yang Mesra Penunggang Amatur

SELEPAS melancarkan Pulsar RS200 (2021) edisi naik taraf ke pasaran, … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa yang Best, Tak Best Pasal Mercedes-AMG A35 4Matic Sedan?

APABILA berbicara tentang Mercedes A-Series, perkara pertama terlintas … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my