Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»MV Agusta Tayang Konsep Enjin 5-Silinder di EICMA 2025, Kuasa Lebih 240hp!
Roda2

MV Agusta Tayang Konsep Enjin 5-Silinder di EICMA 2025, Kuasa Lebih 240hp!

Abang HirataBy Abang Hirata19/11/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Konsep enjin 5-silinder MV Agusta

DI SEBALIK pertembungan pengeluar Eropah dan Asia di Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2025, MV Agusta tampil mengejutkan dengan konsep enjin 5-silinder baharu.

Pembangunan kejuruteraan itu giat dijalankan di bawah Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) di ibu pejabat MV Agusta di Schiranna, Itali.

Takrifan Semula Prestasi, Segmen

Konsep enjin 5-silinder MV Agusta
Konsep enjin 5-silinder MV Agusta

Platform enjin 5-silinder quadrato serba baharu itu direka sebagai langkah seterusnya dalam prestasi, inovasi dan kecemerlangan kejuruteraan Itali.

Sebagai rekod, enjin 5-silinder yang terkenal sebelum ini ialah Honda RC211V apabila mendominasi kelas MotoGP 990cc.

Platform enjin baharu itu dibangunkan dengan matlamat untuk mentakrif semula jangkaan dalam pelbagai segmen motosikal, seperti: supersport, naked bike dan touring

Ini menandakan lonjakan berani ke hadapan dalam usaha berterusan MV Agusta untuk mencapai kesempurnaan rekabentuk dan fungsi.

Spesifikasi, Output Kuasa

Konsep enjin 5-silinder MV Agusta

Platform itu menampilkan sesaran modular yang membolehkan pengeluaran dihasilkan dalam versi berbeza.

  • Sesaran modular 850cc – 1,150cc
  • Output kuasa lebih 240hp dengan rev lebih 16,000rpm dan tork 135Nm dengan rev 8,500rpm
  • Berat bawah 60kg

Walaupun mempunyai ‘lebihan silinder’ dan output kuasa tinggi, enjin itu mengekalkan ciri kelancaran operasi dan saiz kompak luar biasa.

Kelebihan Kejuruteraan, Rekabentuk

Trenkuasa 5-silinder itu menggabungkan keringanan, keseimbangan dan sistem elektrifikasi canggih. Bagi meningkatkan kecekapan dan daya respons, enjin itu menggunakan komponen elektrik sepenuhnya seperti pam air elektrik dan pam minyak elektrik

Susun Atur, Operasi Enjin

  • Urutan letupan (firing order) 5-silinder: Membolehkan penyampaian tork dan kebolehtunggangan (rideability) yang cemerlang
  • Tiada Pemasaan Injap Variabel (VVT): Mencapai kebolehgunaan pada julat rev rendah dan output kuasa maksimum tanpa memerlukan sistem VVT
  • Rekabentuk tren engkol (cranktrain): Menggunakan aci engkol depan 3-silinder dan aci engkol belakang dwi-silinder dalam konfigurasi U. Susun atur itu memberikan kelancaran ketara dan mengurangkan getaran, selain menghasilkan mutu operasi dan keseimbangan dinamik cemerlang

Dimensi

Hasil rekabentuk inovatif, enjin 5-silinder MV Agusta memiliki dimensi ringkas, sekali gus menetapkan penanda aras baharu untuk rekabentuk prestasi tinggi yang kompak:

  • Lebih langsing berbanding enjin empat sebaris (inline-four)
  • Lebih pendek berbanding enjin V4

Model Terpilih?

Enjin unik pastinya untuk model istimewa. Menurut MV Agusta, enjin itu belum lagi berada dalam barisan produk ditawarkan. Bilakah masanya? Bukan masa terdekat tetapi dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Konsep enjin 5-silinder MV Agusta
Konsep enjin 5-silinder MV Agusta
Konsep enjin 5-silinder MV Agusta
Konsep enjin 5-silinder MV Agusta
Konsep enjin 5-silinder MV Agusta
Konsep enjin 5-silinder MV Agusta
Konsep enjin 5-silinder MV Agusta
Konsep enjin 5-silinder MV Agusta
EICMA 2025 Enjin 5-Silinder MV Agusta Enjin Konsep Konsep Enjin MV Agusta Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2025
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

06/03/2026
Chery Malaysia sambut Aidikfitri dengan rebat sehingga RM18,888
Auto Terkini

Chery Malaysia Sambut Aidilfitri dengan Rebat Sehingga RM18,888

06/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

06/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

06/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.