Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kongsi Video Pemandu Myvi Cari Gaduh, Tapi Tak Sangka Sendiri Kena Kecam!
Auto Terkini

Kongsi Video Pemandu Myvi Cari Gaduh, Tapi Tak Sangka Sendiri Kena Kecam!

FarahBy Farah26/05/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


GARA-gara memintas laluan pemandu Perodua Myvi, seorang pengguna jalan raya terkejut apabila disuruh berhenti di tepi jalan kerana tidak berpuas hati.

Aksi itu dirakam menerusi kamera pemuka (dashcam), Chen Dha Whan ketika melalui laluan berdekatan Setapak Central Mall, Kuala Lumpur Selasa lalu.

BACA >>> Tidak Pernah Dibuat Orang!!! Myvi Tunjuk ‘King’ Selamba Parkir dalam Garaj Rumah Orang

Dalam rakaman itu, pemilik dashcam baru saja melakukan pusingan-U dan perlu memasuki lorong tengah yang kebetulan sedang dilalui pemandu Myvi tersebut.

Disebabkan lorong dilalui pemilik dashcam semakin mengecil kepada laluan dua lorong, dia bertindak melajukan kenderaannya untuk memintas di depan pemandu Myvi berkenaan. Namun, tindakan itu mengundang kemarahan pemandu Myvi itu yang pantas memecut dan memintas semula pemilik dashcam dan sengaja membrek mengejut sebelum mengajaknya berhenti. Mungkin untuk ajak minum.😅

Selepas pemilik dashcam tidak mengendahkan pemandu Myvi tersebut, dia kemudia terus berlalu pergi.

Jikalau korang nampak King jangan sesekali cuba sailang masuk depan weii.. Mana mau tak marah sekali nak ajak gaduh.. Apa lagi gua cabut lari dulu pergi balai..😅😅,” kata Chen Dha Whan.

Bagaimanapun, status itu mengundang kecaman netizen yang bukan kepada pemandu Myvi, sebaliknya kepada tuan punya dashcam tersebut. Rata-rata menganggap pemilik dashcam perlu kembali belajar ke sekolah memandu untuk belajar cara memasuki laluan.

Aku tak nampak pulak salah king tu, dalam situasi ko ni, ko yang salah bro,” kata Mohd Khairuddin Ab Samad.

“King kena kecam❎ Owner Dc kena kecam✅,” kata Mat cheap.

“Kepada owner video sila ambil semula lesen memandu,” kata Han’s NJ.

“Buuuu kena kecam🤣🤣 nih mesti atas jalan mencari kesalahan orang,” kata Cikwa Lyy.

BACA>>> Siap Gali Dalam-Dalam, Kucing Berak Atas Bumbung Honda Bikin Netizen Musykil
BACA>>> Ibu, Anak 2 Tahun Cedera Langgar Van Warga Asing Buat ‘U-Turn’ Suka Hati

Auto Terkini Dashcam Myvi Potong Barisan Potong Sailang Sailang sailang kereta
Farah

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    25/03/2026
    Auto Terkini

    JPJ Ambil Tindakan Ke Atas 14,455 Kenderaan Sepanjang Op HRA 2026

    25/03/2026
    Auto Terkini

    Harga Minyak Global Turun, Harapan Diplomatik Redakan Ketegangan Asia Barat

    25/03/2026
    Perdana Menteri DS Anwar Ibrahim, turunkan harga RON95 1.99 seliter mula 30 September ini.
    Auto Terkini

    MOF: Salah Guna Subsidi BUDI95, MyKad Individu Terlibat Disekat

    24/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    Honda N-VAN 2026, Varian Turbo Baharu, Harga Mula RM37 Ribu

    By Abang Hirata20/03/2026
    Auto Terkini

    KTM 990 RC R 2026 Rasmi di Pasaran Global, Dari RM66,000

    By Shazwan Hisam15/10/2025
    Autotainment

    #TahukahAnda: Apakah Kawalan Traksi (TRC)? Bagaimanakah Ia Berfungsi?

    By Han Othman06/02/20192
    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    By Shazwan Hisam24/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.