• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kongsi Tip Kereta Sudah Bagus, Tapi Sebut Bodoh, Sekali Netizen Datang Kecam!

Kongsi Tip Kereta Sudah Bagus, Tapi Sebut Bodoh, Sekali Netizen Datang Kecam!

March 11, 2022 By Farah Leave a Comment

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SUDAH namanya manusia, memang tidak dapat lari daripada sifat lupa. Benda kecil macam kedudukan tangki minyak kereta pun boleh jadi terkeliru.

Seorang gadis menerusi akaun TikTok Qoalamy membuat memuat naik video konten mengenai cara mengetahui kedudukan tangki minyak kereta sama ada sebelah kiri atau kanan. Namun pendekatan digunakannya dalam video tersebut mengundang kecaman netizen.

BACA >>> #TahukahAnda: Penutup Tangki Ada Penyangkut, Kenapa Perlu Letak Atas Bumbung?

@qoalamy I was today years old when... #qoalamy #DuetDenganIkhlas #thinkb4youdo #sayitright #learnontiktok #TikTokGuru #education ♬ Gatal - Janna Nick

Ini kerana dalam video itu, dia  menggunakan kata kesat, "Kak, orang kata bodoh tu simpan sikit," untuk menegur cara pemandu Axia yang menarik pam minyak hingga melintang panjang belakang but kereta.

Video itu kemudian disudahi dengan tip mengenal pasti kedudukan pam minyak kereta. Bagaimanapun, ramai netizen tidak berpuas hati dengan bahasa digunakan gadis tersebut dan ada mendakwa tidak semua kereta ada fungsi sama seperti diajarnya.

 

Malah, ada juga berpendapat tidak salah pun mengisi minyak seperti dilakukan pemandu Axia tersebut asalkan urusan tersebut dapat dilakukan. Disebabkan kecaman diterima, pemilik akaun kemudian memaklumkan aksi dalam video berkenaan hanya lakonan semata-mata.

Daripada tinjauan kami, pemandu Axia itu juga sebenarnya rakan kepada gadis tersebut. Bagaimanapun tip dikongsikan adalah betul kerana simbol anak panah sebagai penunjuk arah kedudukan tangki minyak kereta sudah jadi standard panel meter kereta moden masa kini.

Namun, memang ada sesetengah kereta lama tiada simbol berkenaan seperti dikatakan netizen, misalnya Proton Iswara. Apapun, pesanan kami kepada adik TikTok, buatlah konten dengan menggunakan bahasa yang sopan dan baik.

BACA>>> #ApaNakBuat: Bagaimanakah Isi Minyak Cara Jimat dan Klinikal? (Ikut Liter, Bukan RM)
BACA>>> #TahukahAnda: Ini 10 Tip Jimat Minyak Setiap Pemandu Perlu Tahu

WhatsApp Image 2022-03-11 at 4.43.08 PM
WhatsApp Image 2022-03-11 at 4.43.19 PM

Related

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: cara isi minyak, lakonan, minyak petrol, TikTok, Tip Tahu Kedudukan Tangki Minyak

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Bas Diesel Rapid KL, Penang Baru Lancar, Apa yang Baharu?
    Bas Diesel Rapid KL, Penang Baru Lancar, Apa yang Baharu?
  • Litar Antarabangsa Sepang (SIC): Lokasi Terbaik untuk Hari Trek, Acara Korporat, dan Pelancaran Automotif
    Litar Antarabangsa Sepang (SIC): Lokasi Terbaik untuk Hari Trek, Acara Korporat, dan Pelancaran Automotif
  • Blueshark Malaysia Umum Prapelancaran SoloEra Solo 1C 2025, Harga RM599!
    Blueshark Malaysia Umum Prapelancaran SoloEra Solo 1C 2025, Harga RM599!
  • Pembinaan LRT Laluan Mutiara di Pulau Pinang Bermula Secara Rasmi
    Pembinaan LRT Laluan Mutiara di Pulau Pinang Bermula Secara Rasmi

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev