Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Komponen Rosak Kini Dibaik Pulih Porsche Sebagai Sebahagian Ekonomi Kitaran
Auto Terkini

Komponen Rosak Kini Dibaik Pulih Porsche Sebagai Sebahagian Ekonomi Kitaran

Abang HirataBy Abang Hirata16/04/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

SEJAK berdekad lalu, pengguna tempatan mengamalkan ‘Ekonomi Kitaran’ (Circular Economy) dengan menggunakan alat ganti terpakai. Stok alat ganti terpakai begitu mudah diperoleh dari kedai potong atau half cut. Jika ada yang risau tentang keselamatan barangan mekanikal, anda masih boleh mendapatkan komponen terpakai lain seperti pintu, kerusi dan pelbagai lagi.

Menggunakan semula barang terpakai bermakna sumber baharu seperti besi, pelepasan emisi dan sebagainya dapat dijimatkan. Bayangkan berapa banyak proses terlibat untuk mengeluarkan panel pintu baharu.

Pengeluar kenderaan ternama kini menekankan kepada ‘Ekonomi Kitaran’ dan contoh itu boleh dilihat pada Porsche. Dengan pendekatan pengilangan semula (remanufacturing), komponen kenderaan rosak akan dibaik pulih menjadi alat ganti yang berfungsi, supaya fungsionaliti semula dapat diambil kira sejak pembangunan awal sesebuah kenderaan.

Menerusi projek rintis rentas jabatan, Porsche mahu memperluas lagi proses sedia ada dalam bidang membaik pulih komponen rosak daripada kenderaan Porsche yang menyumbang kepada kelestarian.

Logo Porsche

Dengan membaik pulih komponen rosak menjadi alat ganti berfungsi seperti baharu, itu dapat membantu menjimatkan sumber sepanjang kitaran hayat produk.

Pengilangan semula akan disepadukan ke dalam proses pembangunan projek kenderaan Porsche supaya keperluan khusus untuk kebolehgunaan semula komponen tertentu dapat diambil kira seawal proses pembangunan produk.

Komponen dibaik pulih sudah digunakan dalam projek kenderaan terdahulu dan semasa

Dengan cara tersebut, Porsche bukan saja ingin memajukan konsep kitaran tertutup sepanjang rantaian nilai kenderaannya, tetapi turut menyumbang kepada penggunaan alat ganti yang menjimatkan sumber.

  • Komponen rosak terpilih daripada pelbagai siri model kenderaan kini sedang diberi nafas baharu melalui pengilangan semula yang disasarkan.
  • Sekitar 20 kumpulan komponen sedang dibaik pulih masa ini melibatkan kotak gear, komputer navigasi, penghidup (starter), dan alternator.
  • Komponen yang dibaik pulih mesti memenuhi piawaian kualiti dan keselamatan sama seperti alat ganti baharu yang sebanding.
  • Pengedar seluruh dunia akan membuat permintaan khusus untuk komponen rosak yang mempunyai proses baik pulih dan disimpan secara berpusat di gudang alat ganti Porsche di Sachsenheim.
  • Komponen akan dihantar ke loji pengilangan semula khusus dan kebiasaannya pengeluar asal komponen tersebut.
  • Di kilang, komponen akan melalui proses pembersihan teliti, pembongkaran dan ujian menyeluruh.
  • Bahagian yang tidak boleh digunakan lagi akan diganti alat ganti baharu.
  • Bahagian yang masih berfungsi akan digunakan semula.
  • Selepas dipasang semula secara profesional, komponen yang sudah dibaik pulih akan menjalani ujian kualiti dan keselamatan sama seperti alat ganti baharu.
  • Komponen yang sudah dibaik pulih akan ditawarkan semula kepada pengedar Porsche.

Pengilangan Semula Bakal Jadi Sebahagian Pembangunan Kenderaan Porsche

Kilang Porsche di Sachsenheim, Jerman.

Porsche sedang berusaha berterusan meningkatkan jumlah komponen kenderaan yang sesuai untuk pengilangan semula. Komponen tambahan yang mempunyai potensi besar untuk proses pengilangan kini sudah dikenal pasti. Ini termasuk komponen seperti lampu utama, pemacu elektrik untuk spoiler belakang, penutup pengecas dan unit kawalan elektronik lain.

Berdasarkan kejayaan terdahulu, Porsche kini sedang mengorak langkah menyepadu proses baik pulih komponen secara tetap ke dalam proses pembangunan kenderaan.

Mengikut rancangan adalah untuk memasukkan pengilangan semula sebagai elemen tetap dalam pembangunan kenderaan pada peringkat jangka pertengahan. Selain itu, alat ganti yang sudah dibaik pulih akan tersedia untuk pengedar Porsche pada peringkat lebih awal dalam kitaran hayat kenderaan.

Dengan pendekatan tersebut, Porsche bukan saja berhasrat memanjangkan jangka hayat perkhidmatan kenderaan dan komponen, tetapi juga menyumbang kepada pengurangan impak alam sekitar sepanjang kitaran hayat kenderaan dari pengambilan bahan mentah hingga akhir hayat produk.

Unjuran awal menunjukkan proses pengilangan semula komponen terpakai boleh mengurangkan pelepasan gas rumah hijau hingga separuh berbanding pengeluaran alat ganti baharu. Tambahan pula, penjimatan bahan mentah hingga 80 peratus boleh dicapai berbanding alat ganti baharu setara.

Auto Terkini Porsche tahukah anda
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Aveta Care On Wheels
    Auto Terkini

    Aveta Perluas ‘Care on Wheels’ – Servis Mobile Lebih Pantas, Liputi Seluruh Semenanjung Malaysia

    27/03/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    Sabah Layak Terima Subsidi Diesel Penuh Sebagai Penyumbang Minyak

    27/03/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Bangkok International Motor Show Ke-47 ‘Tayang’ Masa Depan Automotif

    26/03/2026
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    26/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    By Syafie26/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    By Shazwan Hisam24/03/2026
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.