PENGGUNA Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) dinasihatkan merancang perjalanan lebih awal susulan dua notis penutupan lorong melibatkan jajaran arah utara sekitar KM18.
Makluman rasmi PROLINTAS berkata, penutupan itu dibuat bagi memberi laluan kepada kerja pembinaan persimpangan baharu dan kerja penghitaman serta garisan jalan sementara.
Penutupan Pertama: Kerja Pembinaan Persimpangan
Penutupan melibatkan lorong motosikal dan laluan kecemasan di KM18.1 hingga KM19.5 (arah utara), dan tempoh pelaksanaan bermula 24 Februari hingga 8 Mac 2026.
Kerja itu mengenai pembinaan persimpangan baharu di kawasan berkenaan dan pengguna, terutama penunggang motosikal dinasihatkan mematuhi papan tanda keselamatan serta arahan petugas trafik sepanjang tempoh tersebut.
Penutupan Kedua: Kerja Penghitaman, Garisan Sementara

Selain itu, satu lagi penutupan lorong dijadualkan di KM18.3 hingga KM18.9 (arah utara) untuk kerja penghitaman garisan jalan dan pemasangan garisan sementara (lencongan) yang akan dijalankan pada 24 hingga 25 Februari 2026, dari jam 10 malam hingga 5 pagi.
Pelaksanaan waktu malam bertujuan meminimumkan gangguan trafik pada waktu puncak siang hari.
Pengguna Diminta Waspada
PROLINTAS memohon maaf atas sebarang kesulitan dan menasihatkan semua pengguna lebuh raya supaya memandu dengan berhati-hati serta mematuhi had laju ditetapkan ketika melalui kawasan kerja.
Bagi sebarang pertanyaan lanjut, pengguna boleh menghubungi talian hotline PROLINTAS di 1-800-22-8888.
Dengan dua kerja berasingan berlangsung serentak di sekitar KM18 arah utara, pengguna laluan GCE khususnya yang berulang-alik ke Shah Alam dan Rawang disaran mempertimbangkan masa perjalanan bagi mengelakkan kelewatan.
SUMBER: FB PROLINTAS






